Monday, August 23, 2010

RAMAI PROFESIONAL SERTAI PKR TENOM

PELAN ‘Transformasi PKR’ Tenom yang diasaskan Ambrose Mail Mathew nampaknya semakin mendapat sambutan hangat akar umbi malah terdapat bekas beberapa pemimpin UMNO Bahagian di sini telah meninggalkan parti itu dan menyertai PKR dalam satu upacara ringkas di Sokid Villa, kediaman rasmi Naib Presiden PKR Kebangsaan, Datuk Dr Jeffrey Kitingan pada minggu lepas.

Demikian dinyatakan mantan Penolong Pengarah Kastam Negeri Sabah, Richard Joe Jimmy yang telahpun mendapat semula keahliannya dalam PKR baru-baru ini, optimis bahawa PKR dan PR seakan-akan sudah bersedia untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN pada PRU13 akan datang ini.

Bagaimanapun kata Joe lagi, kekuatan PKR dan PR hanya akan dapat direalisasikan hasilnya, banyak bergantung kepada formula kesepakatan yang tulen oleh semua pemimpin tanpa mengira kelas dan warna kulit terus berganding bahu dan bekerjasama dalam satu pasukan; termasuk mengikis sikap yang lebih cenderung kepada sifat-sifat suka meragui dan syak wasangka yang bukan-bukan terhadap diri seseorang.

“Saya bersetuju bahawa, wacana yang ditonjolkan Ambrose Mail sebelum ini yang berminat meletakkan pemimpin muda, berwibawa, berintergriti dan berpendidikan untuk membarisi kepimpinan bahagian selain pemimpin muka lama adalah langkah sebaik baiknya diketengahkan supaya saf kepimpinan bahagian lebih mantap dan berwibawa,” tegas Joe lagi.

Dalam pada itu, Yafta Musa, 40, bekas Penolong Setiausaha Bahagian Umno Tenom yang baru menyertai PKR ketika ditanya halatuju perjuangannya yang kini sudah berada dalam pembangkang, Yafta berkata, selepas ini sudah tentu ada yang berkata khususnya pemimpin Umno yang mendakwa bahawa penyertaannya dalam PKR semata-mata untuk mencari pangkat dan jawatan.

“Kita sendiri pun dapat lihat apa keupayaan pembangkang memberi saya pangkat dan jawatan yang perlu dimegah-megahkan, kalau pun ada, ia hanyalah jawatan dan pangkat dalam parti yang tiada dibayar apa-apa walau sesen pun tetapi bagi saya itu tidak mengapa dan yang penting kita mengajak rakyat menumbangkan kerajaan yang sudah lari daripada landasan sebenar seperti Umno dan BN,” kata Yafta yang berharap agar rakyat Sabah dapat menggantika kerajaan yang ada sekarang kepada sebuah kerajaan baru, seperti PKR-PR yang benar-benar dapat membela rakyat dan mampu mengapungkan semula ekonomi negara yang sudah terjunam ke bawah sekarang.

Sehubungan itu kata Yafta, beliau bersetuju dengan pelawaan Ambrose Mail dan menyokong beliau kerana perjuangannya dilihat ada kesungguhan untuk menentang korupsi atau politik wang seperti yang diamalkan Umno dalam setiap kali pemilihan mereka.

Amalan korupsi dan pemimpin yang bekas pengamal korupsi, kata Yafta, tidak patut diberi peluang lagi dalam PKR, tetapi bukan bermaksud pemimpin yang dituduh dalam forum politik kerana tiada bukti yang jelas.

Yafta mengakui bahawa sebenarnya beliau telah menghantar borang keahliannya dalam PKR selepas PRU12 tetapi baru sekarang ini beliau mengaktifkan terus perjuangannya dalam PKR bersama-sama dengan muka baru, Dr Lehendry Kaunsir yang merupakan mantan Pengarah Hospital Daerah Tenom tetapi telah meletakkan jawatan dalam perkhidmatan awam dan kini membuka Klinik Perubatan di Penampang.

Oleh: NUR NATASHA FAUZI (sabahkini)

26 comments:
Write comments
  1. nie adalah perkembangan yg amat baik setakat nie,semoga ianya b'panjangan hingga ke PRU 13 nnti.lawan tatap lawan...semoga kemenangan akan b'pihak kepada kita dan akan menjadi kenyataan PRU 13 nnti.

    ReplyDelete
  2. balik balik tenom, balik balik tenom

    ReplyDelete
  3. terlebih dahulu yakinkan kepada rakyat bahawa PKR tidak mengamalkan rasuah, benar2 mampu membela rakyat serta mampu meningkatkan ekonomi negara melalui tindakan atau idea2, bukannya sekadar melepaskan janji.

    ReplyDelete
  4. Betulkah semua orang ini betul-betul iklas mahu berkhidmat untuk rakyat? Jangan nanti kedengaran hijrah secara ramai ke parti lain kerana tidak mendapat kebaikan.

    ReplyDelete
  5. jangan hanya bercakap tapi tunjukkan usaha tu dulu.

    ReplyDelete
  6. Agree with Jonny. Somehow, its hard to trust a party hopper and their real intention.

    ReplyDelete
  7. Neway, good luck to all candidates.

    ReplyDelete
  8. biarapun ramai profesional menyertai PKR, namun tanpa pengurusan yang baik dan masalah2 PKR sendiri tak selesai, ia tk menjamin kemenangan PKR.

    ReplyDelete
  9. biarpun ramai golongan profesional atau golongan muda yang berpendidikan, itu bukanlah jaminan bahawa parti itu lebih baik. ada juga golongan profesional yang suka ambil kesempatan dan ada juga golongan muda yang kecundang kerana kurang pengalaman.. oleh itu jangan terlalu yakin dan teruskan usaha..

    ReplyDelete
  10. itu belum pasti lagi dengan penyertaan itu adalah betul-betul atau hanya sekadar untuk mengaburi mata orang ramai. PKR jangan terlalu yakin dengan semua itu. masa berlalu dan padani berubah-ubah, jadi tidak juga mustahil orang yang PKR bawa itu juga akan berubah fikiran kelak.

    ReplyDelete
  11. Tidak apalah kalau mereka menyertai PKR. baguslah kalau macam itu. Jadi apa masalah kalau mereka sertai PKR? adakah PKR yakin menang dengan mudah berbanding UMNO. Undi adalha rahsia, jadi PKR haruslah tahu perkara itu.

    ReplyDelete
  12. biarpun ramai profesional menyertai PKR, ia tak menjamin kemenangan, rkyat yng menentukan pemimpin mereka.

    ReplyDelete
  13. I find that hard to believe. Sounds like a bluff..

    ReplyDelete
  14. Apa-apa pun, selamat berjuang semua. Rakyat akan menelitikan prestasi calon parti dan membuat pertimbangan bila PRU-13 nanti.

    ReplyDelete
  15. Tahniah PKR Tenom yang dilihat amat agresif dalam mengesan penyokongnya. PRU 13 merupakan satu garis mula pada mereka yang inginkan kuasa dan kedudukan. Lebarkan saya gerakan negeri kesetiap pelusuk dan bertemu secara langsung pada pengundi tanpa menggunakan mereka yang punya agenda tersendiri demi Dendam Kesumat. Lahirlah sebagai pemimpin yang telus tanpa janji bulan dan bintang. Apa pun fahaman agama kita ianya tetap menyeru kepada kebaikan. Jangan berselindung disebalik Songkok dan Tasbih dengan tujuan mengabui pemikiran bukan hanya pandangan pengundi. Bercakaplah dengan benar dan kalau berkuasa jangan rampas hak yang sepatutnya bukan miliknya.

    ReplyDelete
  16. Macam famous pula PKR di Tenom... hmmm ada apa2 ke ni:P hehehe

    ReplyDelete
  17. hahahhahaa... kiasfansuri_asnf ko boring ka tu??? hehehe

    ReplyDelete
  18. Setuju adam. Tak payah cakap, buktikan saja kalau memang layak.. hehe

    ReplyDelete
  19. Ganti kerajaan belum tentu mampu menyelesaikan semua masalah yang timbul bah.. Kadang2 saya terfikir, susah sangat ka untuk bekerjasama???

    ReplyDelete
  20. Kalau ada kerjasama ramai, kan lagi mudah tanggani isu2 yang timbul? hmmm. tapi entah la bah... yang penting next GE nanti pandai2 lah rakyat buat pilihan yang terbaik!

    ReplyDelete
  21. Tapi diharapkan peserta ini bukan katak yang suka lompat parti.

    ReplyDelete
  22. Sila betulkan ayat diatas. Saya belum lagi menjadi ahli mana-mana parti politik.

    ReplyDelete
  23. Macam bagus ini. Boleh tau kah apa itu Pelan Transformasi PKR Tenom? Apa beza dengan GTP gomen Umno-BN?

    ReplyDelete
  24. dr lehenry da bersuara... sila jelaskan dr.

    ReplyDelete
  25. For sure i am not interested. So please correct it. I have not fill any form yet. I have never involved in whatever their plan.

    ReplyDelete
  26. Tunggulah dan lihat.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.