Saudara Pengarang,.....WALAUPUN kita akan menyambut ulang tahun ke 47 Sabah sebagai salah satu komponen dalam Malaysia, keselamatan rakyat Sabah sebagaimana yang dijamin Perlembagaan Malaysia masih diragui, terutama kemunculan ramai warga asing di Tenom yang semakin memimbangkan.
Untuk makluman pembaca Sabahkini.net dan Kerajaan Persekutuan, sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) telah menyewa bilik di Hotel Orchid, Tenom dan menjual DVD lucah dan haram dari pagi sehingga ke petang tanpa sebarang halangan daripada pihak berkuasa.
Kami percayai mereka dilindungi oleh pihak berkuasa termasuk Polis Tenom dan Majlis Daerah Tenom kerana setiap petang kami nampak mereka jumpa seorang inspektor polis dan pegawai penguatkuasa di sebuah pub yang agak terpencil untuk membayar wang perlindungan.
Memandangkan jumlah mereka semakin ramai, maka kami bimbang remaja dan penduduk tempatan akan terlibat dengan gejala kebejatan moral akibat pengedaran VCD, DVD dan pengedaran syabu yang turut dijual secara kecil-kecil oleh PATI berkenaan.
Salam 1Malaysia,
ANTI DVD LUCAH
Sumber : Sabahkini
Saturday, August 21, 2010
PATI JUAL DVD LUCAH BERLELUASA DI TENOM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
harapkan pagar, pagar makan padi.. kuasa polis semakin lemah sebab amalan rasuah sehingga sanggup tunduk kepada PATI. masalah seperti ini benar2 serius dan memerlukan perhatian pemimpin2 politik dan ketua polis negara bagi membawa tertuduh kemuka pengadilan sekaligus membersihkan imej polis.
ReplyDeletekita tak boleh biarkan penjualan DVD lucah berleluasa, ia boleh meruntuhkan akhlak masyakarat terutamanya remaja. jika benar dakwaan bahawa penjual2 ini dilindungi oleh pihak polis, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka yang terlibat.
ReplyDeleteini merupakan pekara yang serius. dikhuatiri ia boleh mempengaruhi remaja untuk terlibat dengan kegiatan tidak bermoral. tindakan perlu diambil bagi membenteras pekara ini.
ReplyDeletepihak berkuasa tidak seharusnya terlibat untuk melindungi penjenayah ini, tambahna lagi adalah PATI. POLIS dan MDTenom seharusnya sama-sama menanganinya dan bukan duduk dan melindungi mereka. Jalankanlah tugasa anda sebagai pegawai penguasa.
ReplyDeletepenjualan DVD iniilah punca kepada keruntuhan akhlak remaja masa kini. penjual2 ini perlu ditangkap dan disumbat dalam penjara. pihak polis yang bersubahat juga perlu ditangkap sama.
ReplyDeleteNo wonder there are many baby dumping case. Its because of police like them allowing those scumbags PATI to sell porno DVDs. What happen to all the good cops???
ReplyDeleteMana-mana polis yang bersubahat dengan penjenayah harus dilucut jawatannya. Polis sepatutnya menangkap penjenayah dan bukan pula mendorong mereka buat jenayah. Diharapkan PATI tersebut juga ditangkap dan dihantar balik ke tempat asal mereka.
ReplyDeleteini salah satu punca kenapa PATI suka berada di Sabah. sebab bagi mereka Sabah terlalu mudah untuk mencari makan. kalau di negara lain nasib pendatang haram sangat berbeza, ada yang terus jadi buruh kasar, ada yang ditembak mati, ada yang dipenjara serta merta...
ReplyDeletepekara ini perlu dibendung dengan segera. pihak berkuasa perlu menangkap PATI yang menjual DVD lucah tersebut. jika ada polis yang bersubahat dengan PATI tersebut, polis berkenaan juga patut dikenakan tindakan tegas.
ReplyDeletePATI sekarang ini telebih bijak dan berani untuk melakukan kesalahan. Jadi, pihak yang tertentu yang patut melakukan operasi janganlah melindungi mereka ini. 1 malaysia, ANTI DADAH DAN ANATI VIDEO LUCAH...
ReplyDeleteOMG! Really messing up my hometown!
ReplyDeleteisu PATI di Sabah semakin parah..kini mereka semakin berani melakukan apa saja tanpa menghiraukan undang-undang negara..malaysia terutama sabah kini ibarat patung permainan PATI..sungguh memalukan sebagai sebuah negara yang merdeka tidak dapat mengawal isu PATI...
ReplyDeletedemikian juga gejala rasuah..rasuah harus diperangi habis-habisan untuk governance yang baik dan lancar..tidak hairan jika rakyat semakin hilang kepercayaan kepada pihak berkuasa terutama polis..
ReplyDeletejika benar PATI dilindungi oleh mereka yang berkenaan, diharap pengadu akan mengemukakan bukti yang sahih bagi menyokong dakwaan beliau...kata2 sahaja tidak cukup untuk membuktikan kebenaran dakwaan mereka.
ReplyDeletediharapkan agar peihak berkuasa tidak memandang ringan isu ini...siasatan dan tindakan yang sepatutnay harus dijalankan segera..
ReplyDeleteselain itu, diharapkan agar kerajaan malaysia akan segera melaksanakan sebarang tindakan yang sepatutnya bagi menyelesaikan isu PATI di sabah..telah banyak kajian serta kertas kerja dikemukan namun tanpa sebarang tindakan yang berkesan, isu ini tidak akan selesai..rakyat sudah jemu dengan alasan yang sama..tidak perlu lagi kajian dijalankan..sudah tiba masanya untuk membuat tindakan..
ReplyDeleteSPRM boleh menggunakan tektik pengintipan atau penyamaran untuk mendapatkan maklumat dan bukti berkenaan kes ini. Tak perlulah asyik meminta 'information' dari orang awam. Bertindak pantas proaktif.
ReplyDeleteKonpom kaya yang jual ni.. hehhee
ReplyDeleteYang jual tu belakang cerita.. Yang membeli tu ba.. aish napa juga mahu beli??? Beli dari PATI lagi tu... huhuhu
ReplyDeleteSemoga pihak berkuasa akan mengambil tindakan sepatutnya. Kalau hal ni boleh dihidu oleh media mustahil pula pihak berkuasa tak dapat hidu kan.
ReplyDeleteJadi buatlah apa yg patut ya.
Soal percaya atau tak pati ni dilindungi, semuanya bergantung pada bukti. kalau ada bukti, then buatlah apa yg sebetulnya. Kemukakan bukti pada pihak berkuasa supaya hal ni dapat diselesaikan. kalau semua pihak bekerjasama pasti hal ni akan selesai dgn baik.
ReplyDeleteApapun saya harap isu pati dapat ditanggani segera. Tiada PATI, tiada juga lah isu mcm ni keluar. Bikin malau org sabah saja! huuhu
ReplyDeleteIllegal immigrant bah kan yang jual pron dvd. Should be controlled and curbed by now.
ReplyDeletePenyiasatan lanjut terhadap semua pihak yang terlibat diperlukan, terutamanya pihak berkuasa yang didakwa melindungi PATI ini. Jangan bagi peluang.
ReplyDeletesaya tidak setuju yang ada pehak mengatakan pehak polis dan penguat kuasa majlis daerah tak buat kerja....membenteras vcd lucah ini..kerna saya sendiri beberapa kali telah datang ke pejabat majlis daerah untuk membuat lapuran ini dan membincangkan ....dan pehak penguatkuasa beberapa kali buat serbuan dan bekejaran di pekan....saudara tak nampak ka....
ReplyDeleteMalaysia memang tidak dapat dikawal lagi. Susahlah.
ReplyDeleteApa-apa pun, diharapkan semuanya akan selesai sebaik mungkin. Perkara seperti ini tidak boleh dibenarkan.
ReplyDelete