Barisan Nasional (BN) Sabah pada mesyuaratnya Selasa memutuskan agar hasil penemuan makmal khas yang diwujudkan untuk mengetahui masalah pendatang tanpa izin di negeri ini dibincangkan secara bersama di kalangan pemimpin BN negeri.
Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Negeri Datuk Seri Musa Aman berkata kesemua pemimpin parti komponen BN Sabah memandang serius isu pendatang tanpa izin yang menurut mereka memerlukan penyelesaian yang konkrit.
"Kabinet negeri sudah diberi taklimat mengenai makmal khas pendatang tanpa izin dan apa juga hasil cadangan (makmal itu), kita akan bincangkan bersama," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN negeri di sini.
Beliau berkata ini menunjukkan kesungguhan BN negeri mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah pendatang tanpa izin yang tidak berkesudahan itu.
Katanya pemimpin BN negeri turut membincangkan isu tanah terutama yang membabit kawasan tanah simpan yang didiami penduduk tempatan.
Musa berkata beliau telah memberi penjelasan tentang dasar kerajaan negeri yang memberi hak milik berkelompok kepada penduduk tempatan yang layak dan merancang untuk menukar status kawasan tanah simpanan kepada tanah kerajaan negeri.
Beliau berkata pendekatan seumpama itu akan membolehkan penduduk tempatan yang mendiami kawasan hutan simpan terus kekal tinggal di situ melalui pemberian hak milik berkelompok.
Katanya mesyuarat itu turut memutuskan agar jawatankuasa khas yang terdiri daripada parti komponen BN dibentuk bagi meneliti pelbagai isu yang membabitkan kepentingan bersama. -Sabahkini
Thursday, August 26, 2010
ISU PATI DIBINCANG BERSAMA PEMIMPIN BN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kedua2 isu tersebut iaitu pendatang tanpa izin dan isu tanah sangat memerlukan perhatian dari kerajaan negeri dan pusat. kerajaan patut tunjukkan keperihatinan kerajaan terhadap masalah ini bukan sahaja melalui perbincangan tetapi juga melalui tindakan yang berterusan. saya harap kerajaan Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman dapat mengatasi masalah ini sebaik mungkin agar tidak menjadi beban kepada generasi Sabah akan datang sekaligus mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan kerajaan Sabah.
ReplyDeleteYa, isu PATI ini memerlukan cara yang lebih berkesan untuk menanganinya. Diharapkan perbincangan ini akan berbuah.
ReplyDeleteBN sabah mmg benar2 serius untuk menyelesaikan maslaah PATI di Sabah. harap dgn perbincangan yang diadakan ini, mereka dpt kata sepakat untuk mencari jalan penyelesaian masalah ini.
ReplyDeleteperbincangan seperti ini memang baik kerana ia melibatkan pemimpin-pemimpin. diharapkan penyelsaian terhadap isu PATI dapat dicari dan dilaksanakan.
ReplyDeleteInilah tindakkan yang baik. Alangkah baiknya sekiranya dari dulu lagi parti BN membuat perbincangan untuk menangani apa-apa masalah terutamanya masalah PTI dan juga Tanah Rakyat. HArap perbincangan ini akan mendapatkan kata putus untuk menyelesaikannya.
ReplyDeleteSeveral discussions are badly needed. Thus, please invest more time on that, stop being so critical.
ReplyDeleteSebaik-baiknya bukan perbincangan saja yang harus ada, tapi jalan penyelesaian. Masalah PTI menjadi semakin bernanah gara2 ramai yang dihantar balik tapi pulang ke Sabah.
ReplyDeleteisu pendatang asing di negeri sabah terutama pendatang haram kini menjadi semakin parah hingga merisaukan penduduk tempatan negeri sabah..
ReplyDeletehasil daripada kajian makmal tersebut harus diimplementasikan dalam usaha menyelesaikan isu PTI di sabah..
ReplyDeletetindakan yang lebih comprehensive harus diambil bagi menyelesaikan isu ini...
ReplyDeleteharus juga dimasukkan dalam perbincangan tersebut mengenai isu MyKad yang diberikan kepada pendatang asing...hal ini adalah berkait rapat dengan isu2 keselamatan negeri dan negara..
ReplyDeletediharap dalam perbincangan tersebut akan ada kata putus bagi mengenal pasti langkah2 penyelesaian yang efektif bagi menyelesaikan isu ini yang sekian lama bertapak di negeri sabah..
ReplyDeleteThis is not an easy issue to solve as it has been around for a very long time. Its good to know that the CM is trying his hardest to solve this issue. Hopefully this issue will be solve.
ReplyDeleteDengan kesungguhan BN negeri mencari jalan penyelesaian terbaik kepada masalah pendatang tanpa izin, saya pasti lambat laun BN akan dapat mencari penyelesaiannya.
ReplyDeleteSekurang2nya kita lihat dan sedar pelbagai usaha yang dilakukan demi untuk keluar dari masalah ini...Apapun usaha yang telah diketengahkan, sokongan dari rakyat amat2 diperlukan.
ReplyDeleteperbincangan yang diadakan adalah untk memperbincangkan jalan penyelesaian masalah PATI yang berleluasa di sabah. kerajaan nampaknya benar2 serius dalam usaha untuk menyelesaikan masalah PATI di Sabah. harap ia dpt mencari jln yang benar2 berkesan dalam menangani masalah ini.
ReplyDeleteIllegal issue in Sabah need to be addressed! I know it won't be an overnight solution but at least, make us feel slightly better. I'm worried that it will cause more chaos in the city especially during this season.
ReplyDeleteperbincangan seperti ini amat baik bagi mencari pennyelesaian bagi isu PATI. diharap kaedah terbaik dalam menangani isu PATI akan diperoleh.
ReplyDeletekeputusan bersama lagi bagus daripada keputusan sendirian. Kerana semua orang akan puas hati dan tidak akan salahkan orang lain kelak.
ReplyDeleteTeam members need to be ' in the team '.
ReplyDeleteNgamlah tu. Harap perbincangan tu nanti bakal memberikan hasil yang baik.
ReplyDeleteBetul mandau. Mereka berusaha untuk cari jalan tanggani isu pati ni. Harap2 usaha mereka berjaya.
ReplyDeleteYa ba kan Badrul. Tapi tak mengapalah... Biar lambat, daripada langsung tidak ada inisiatif utk berbincang kan. hehhee
ReplyDeleteSemoga kerjasama wujud dikalangan ahli anggota dan seterusnya mendorong semua pihak untuk bersatu dan bekerjasama. Saya yakin setipa isu pasti lebih berkesan utk ditanggani jika kesatuan ada.
ReplyDeleteSo, all the best. Rakyat pasti ternanti-nanti suatu perubahan yang baik :)
ReplyDeleteFind out the best method ever to solve those problems. PTI should be alleviated from our worry list.
ReplyDeleteDiharapkan dengan pendapat dan kerjasama semua pemimpin, masalah PTI ini boleh diselesaikan dengan cara yang berkesan.
ReplyDeletebaguslah kalau kepimpinan negeri sedar dan dapat mengambil langkah wajar. PBS dan UPKO yang sebelum ini banyak bercakap mengenainya harap jangan hangat-hangat tahi ayam. Jalan terbaik beri mereka keterangan diri pas lawatan dengan membuka ruang imigresen, hasilnya negeri dapat hasil mereka bebas ada keterangan barulah tiada PTI. Daftar melalui PPKPSL selepas itu gerakan OPS bersepadu bagi mengesan mereka yang ingkar untuk mendaftar bagi keterangan diri.
ReplyDeleteApa yang penting adalah semua pemimpin akan menumpukan perhatian dalam perkara yang penting daripada membuang masa mempolitikan sesuatu isu.
ReplyDelete