Friday, August 13, 2010

HENRYNUS AMIN KECAM BELIA SABAH?

PEMIMPIN Parti Komponen Barisan Nasional (BN) khususnya Setiausaha Agung Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Henrynus Amin harus peka berhubung permasalahan yang melanda belia di Sabah hari ini dan seterusnya mencari jalan penyelesaiannya.

Agak malang kerana Henrynus lebih asyik ‘memutar semula pita rakaman berulang- ulang berhubung enigma belia’ dan lantas menyalahkan mereka (belia) dengan pelbagai tanggapan negatif sekaligus memalukan mereka di mata masyarakat.

“Apakah Henrynus bermaksud dalam kenyataan beliau hari ini menyuruh belia belia kita mengambil alih tugas tugas yang dijalankan oleh rakyat asing PTI sebelum ini?,” tanya Dr Nicholas James Guntobon ketika mengulas kenyataan Setiausaha Agung PBS itu dalam laporan akhbar hari ini (Khamis).

Dr Nick yang juga Penyelaras PKR DUN Liawan Parlimen Keningau berkata demikian sebagai bantahan beliau terhadap kenyataan Henrynus yang seolah-olah memperkecil kewibawaan dan intergriti belia tempatan meskipun tidak dinafikan oleh Dr Nick bahawa graf peningkatan belia menganggur semakin meningkat.

Namun jalan penyelesaiannya, kata Dr Nick tetap mempersalahkan kerajaan kerana tidak serius menanganinya terutama Henrynus yang kini berada di pihak kerajaan, seharusnya mengemukakan pelan tindakan penyelesaian masalah tersebut kepada kerajaan dan bukan merungkainya ke media.

“Saya berani mengatakan bahawa Henrynus dan PBS sekadar ingin sekali lagi bersandiwara kepada rakyat Sabah tetapi mereka sedar mereka tidak mampu menanganinya sedangkan kerajaan Pusat memang tidak berminat menyelesaikan masalah PTI yang kini sudah memiliki Kad Pengenalan tulen menerusi pintu belakang,” tegas Dr Nick lagi.

Bukan sahaja setakat itu tegas Dr Nick, mereka (PTI) kini telah mendapat kerakyatan tetap di negara ini malah setaraf hak dengan rakyat asal Sabah kerana mereka juga mempunyai kelayakan memiliki tanah, harta dan jawatan professional malah mungkin suatu ketika mereka juga boleh jadi Menteri kerana ada sudah yang menjadi Adun dan isteri Ahli Parlimen.

“Masalah PTI sudah berlarutan sejak lebih 40 tahun lalu, namun minat pihak tertentu khususnya kerajaan Pusat untuk menyelesaikan masalah ini tidak memperlihatkan keseriusan mereka; malah sering berdolak-dalih. Kenapa Henrynus masih memilih media untuk mengutuk belia menganggur? Kenapa dahulu tidak memukul meja di Parlimen untuk mendesak kerajaan Pusat menangani masalah ini?,” tambah beliau lagi.

Tegas Dr Nick, kini bukan masanya untuk bercakap atau berdebat mengenai jual satey atau menjual air di warung-warung; kerana isu remeh dan biasa, tetapi yang perlu diperdebatkan ialah masa hadapan belia menganggur yang berpendidikan tetapi tiada kilang atau industri yang secukupnya untuk menempatkan mereka ini.

Dr Nick seterusnya menjelaskan bahawa masa hadapan belia di Sabah akan terus menemui arus kegelapan selagi kerajaan BN memerintah negara ini kerana kerajaan BN termasuk PBS kurang cekap dan kurang berminat membela nasib rakyat jelata iaitu selepas sahaja PBS menyertai BN.

Justeru, beliau menegaskan bahawa sudah tiba masanya rakyat Sabah harus menukarkan kerajaan BN kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menjelang PRU13 kelak, supaya hak dan masa depan rakyat akan terus terbela.

Komponen BN juga seharusnya berusaha membebaskan negara ini daripada kemelut pelbagai penyelewengan seperti rasuah, pemborosan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan seterusnya memulihkan integriti sistem perundangan di negara ini yang kian tercemar di mata dunia.

Oleh: JACKSON LU (sabahkini)

28 comments:
Write comments
  1. Tolonglah kurangkan berpolitik dan mengambil tindakan untuk menyelesaikan masalah ini. Ini ditujukan kepada BN dan PKR, jangan hanya mempolitikan isu penting tapi kerja tiada.

    ReplyDelete
  2. masalah ini perlu kerjasama dari semua pihak, sebaiknya mereka bekerjasama menyelesaikan masalah ini, bukan saling menyalahkan satu sama lain.

    ReplyDelete
  3. pada saya, belia juga perlu berusaha untuk memajukan diri mereka. janganlah hanya menunggu peluang sebaliknya cubalah mencari peluang. terdapat program-program yang boleh diikuti oleh belia bagi menambahkan kemahiran, sekaligus dapat membantu mencari kerja.

    contohnya, program penempatan pekerjaan yang diadakan oleh jabatan tenaga kerja Sabah antara peluang untuk belia menganggur mendapatkan pekerjaan. apa pun, harap peluang pekerjaan dapat ditambah bagi membolehkan golongan belia mendapat lebih banyak peluang.

    ReplyDelete
  4. macam mana jaminan PR itu boleh menyerap masuk kejiwa rakyat sedangkan PR juga tidak menunjukkan usaha/idea/cadangan untuk menyelesaikan masalah2 di Sabah. yang paling jelas PR sering mempolitikkan isu2 yang berkaitan dengan masalah rakyat dan memutarkan berkali2 laungan 'tukar kerajaan'. mungkin juga lepas berjaya tukar kerajaan semua janji2 itu dibuang ke tong sampah. jadi tunjukkan usaha sebagai jaminan...

    ReplyDelete
  5. berkenaan dengan isu belia menganggur, tidak patut ada pihak yang dipersalahkan. dari sebelah timur hingga ke sebelah barat sabah terdapat banyak peluang pekerjaan. belia itu sendiri yang bertanggungjawab mencari pekerjaan, bukannya parti politik. memang patut bidang yang dikuasai PTI diambil alih oleh belia tempatan bagi menghapuskan kebergantungan kita terhadap buruh asing dan mengukuhkan pasaran buruh kita supaya lebih kompetitif dalam menarik pelabur asing.

    ReplyDelete
  6. Bagi saya kedua2 pihak yang menyurakan pendapat ada betulnya..sebab kedua2 situasi pun wujud d mana sesetengan belia di Sabah harus dipersalahkan dan pihak kerajaan juga harus dipersalahkan kerana gagal untuk menangani masalah ini. Tapi jika kita saling salah menyalahkan ini tidak akan menyelesaikan masalah..... Apa yang perlu adalah kita akui kedua2 pihak ada kelemahannya, cari kelemahan tersebut, sama2 kita perbaiki...

    ReplyDelete
  7. berkaitan isu PTI pula, semua pihak kenalah bekerjasama dalam menangani masalah ini. tidak perlu saling menyalahkan. memberikan idea adalah lebih baik.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. isu belia mengangur ni bukanlah salah satu pihak sahaja, semua pihak harus ambil peranan dalam mencari penyelesaian masalah ini, ia juga dri sikap belia yng terlalu memilih kerja dan pada masa sama kerajaan perlu wujudkan lebih byk peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  10. saling salah menyalahkan hanya membantu masalah itu menjadi serba salah.. kerajaan sepatutnya berusaha menyelesaikan masalah2 rakyat terutamanya masalah yang telah berlarutan sekian lama agar tidak dijadikan point oleh pihak pembangkang untuk menyerang kerajaan..

    ReplyDelete
  11. Kerajaan Pusat dengan isu ini, menyelesaikan masalah ini tidak memperlihatkan keseriusan mereka untuk menanganinya sebaliknya hanya berdolak dalih. Kerajaan pusat seharusnya mengambil tindakkan secepatnya.

    ReplyDelete
  12. kerjasama semua amat penting dalam menangani masalah PTI ini. tidak kira orang kerajaan atau bukan harus berkerjasama. Ini akan melemahkan kerajaan sekiranya tidak dapat menyelsaikan masalah sebegini kerana ini memudahkan PR mencari kelemahan kerajaan nanti.

    ReplyDelete
  13. atuk Henrynus Amin sepatutnya menasihatkan dan cuba bantu belia Sabah yang menganggur dan bukannya mengkritik dan mengecam mereka. Itu tidak membantu keadaan di mana masih ramai belia Sabah menganggur tapi hanya memburukkan keadaan. Sila cari jalan penyelesaian untuk masalah dengan bekerjasama dengan pihak2 yang lain.

    ReplyDelete
  14. Prtama2 saya mnghormati smua pndangan tuan2 di atas. Kalau dhimpunkn belia2 dari smua plusuk daerah d Sabah/Srawak kbnyakannya memiliki dploma/dgree.Dg klayakn seumpama ini adalah tidak adil mereka mnganti krja2 PTI mnjadi buruh binaan/mnjual di warung2. Spatutnya nasib/pluang mereka lebih baik dg mnjawat jawatan guru, kerani, penolong pegawai, pegawai, penolong pengarah atau mnjadi pengarah dlm prkhid krajaana prsekutuan/badan brkanun prsekutuan. Tapi malang bagi belia2 kita pluang mereka trtutup rapat krana kuasa mlantik adalah dari Putrajaya. Kalaupn dpt pratusnya trlalu kecil dan kena lapor diri trlebih dahulu di Putra jaya. Syarat2/pluang2 seumpama inilah harus diprhalusi oleh para pemimpin Sabah.

    ReplyDelete
  15. Sebelum kita memutuskan bahawa tiada kerja di Sabah dan Sarawak, kita kenalah tengok dulu adakah betul tiada kerja untuk belia penggangur di Sabah dan Sarawak, setahu saya, kerja memang ada, tapi bergantunglah dengan individu adakah mereka mahu mengambil kerja tersebut. Ada banyak ofis yang ingin mengambil pekerja tapi tiada orang datang interview.

    ReplyDelete
  16. kalau kita masuk kemana2 kampung di Sabah, kita akan dapati masih ramai belia2 yang mengganggur disebabkan tidak mempunyai latar belakang pendidikan yang baik ataupun kemahiran. mereka2 ini patut diberikan peluang dan saya amat mengharapkan supaya kerajaan atau syarikat2 yang terdapat di Sabah dapat merekrut belia2 ini dengan menyebarkan maklumat kekosongan jawatan sehingga ke peringkat kampung. dengan cara ini kita akan dapat mempertingkatkan kemahiran mereka sekaligus menggalakkan majikan menggunakan tenaga kerja tempatan..

    ReplyDelete
  17. Awal tahun ini (2010) sebuah agensi kerajaan bersama syt2 swasta telah mengadakan temuduga trbuka di K.K., Tawau, Sandakan dan beberapa daerah lain. Stiap daerah distiap dewan masyarakat yg mngadakn temuduga trbuka telah dibanjiri oleh belia2 pncari krja.Kbnyakan belia2 pncari krja memiliki PMR,SPM,STPM,Dploma,Dgree dan master. Contoh kes - Stelah trlepas giliran ditemuduga ddaerah Tawau bebrapa belia dtg ke dewan msyarkt sndkn mngadu nasib didaerah lain. Selang sbulan stelah mnghadiri temuduga trbuka sorg belia dri Twu ini telah diminta melaporkan diri di daerah Beluran dg mnjawat jawtn kerani walaupun beliau mempunyai dgree.Dewan masyrkat diBANJIRI BELIA, berita sprti inilah spatutnya didedahkn kpd umum/pemimpin Sabah..Bukn disembunyikn malah usaha seolah2 tidak prlu dilakukn dg mematikn ruang dan pluang kpd belia2 dg mngatakn kbnyakn mereka tidak mempunyai plajarn..Pemimpin Sabah spatutnya dpt membawa masuk ke Sabah projek2 megah, kilang2 elektronik, kilang2 automotif, kilang2 penapis minyak mentah Sabah dan brbagai sumber pluang pkrjaan utk belia2 Sabah..smoga paradigma kita tranjak utk membantu belia2 Sabah tidak kira belia itu dari kampung/suku kaum atau parti politik manapun dia datang..

    ReplyDelete
  18. Lebih fokus kepada penyelesaiab masalah daripada asyik mencari masalah ataupun buat gimik!!!

    ReplyDelete
  19. Kalau bertegas mahu kerja di jabatan kerajaan, itu memang lebih sukar. Tapi, setahu saya ada banyak syarikat peribadi yang memerlukan pekerja, kebanyakannya tidak menegaskan bahawa calon yang memohon perlu ada pengalaman dan fresh graduate digalakan memohon, tapi saya sering diberitahu tiada calon yang datang interview. Pekerjaan memang ada.

    ReplyDelete
  20. Keadaan ini mungkin tidak berubah walaupun PR menjadi Kerajaan.
    Tetapi saya setuju dengan apa yaan diuraikan dalam perengan terakhir artikal ini.

    'Komponen BN juga seharusnya berusaha membebaskan negara ini daripada kemelut pelbagai penyelewengan seperti rasuah, pemborosan wang rakyat, penyalahgunaan kuasa dan seterusnya memulihkan integriti sistem perundangan di negara ini yang kian tercemar di mata dunia.'

    ReplyDelete
  21. Ada juga kebenaran kenyataan Henrynus. Cuba kita tanya pada orang yang pernah mengaji pemuda tempatan sebagai pekerja, sikap kerja mereka sangat menyakitkan hati.

    ReplyDelete
  22. Sebenarnya, semua ini bergantung pada setiap individu. Jika sikap sendiri buruk ataupun malas. Walaupun bekerja di semenanjung, sama juga sikap mereka itu akan dikritik. Bukan hanya berpelajaran tinggi akan dipilih, tapi sikap juga penting.

    Kalau tidak dapat mencari kerja, pergilah tanya di Sabah Job Center. Mereka pasti boleh menolong. Janganlah putus asa sebelum mencuba. Selamat mencari kerja belia penggangur sekalian.

    ReplyDelete
  23. Betul kata Jonny, tiada majikan yang suka pakai pekerja yang bersikap malas.

    ReplyDelete
  24. Mungkin ada pemuda yang tidak berpeluang mendapat taraf pendidikan yang baik, jika dia rajin dan sanggup merendahkan diri meminta ajar, majikan suka memberi peluang kepada pemuda yang bersikap proaktif ini.

    ReplyDelete
  25. Kejayaan tiada jalan mudah melainkan mempunyai ilmu, rajin dan tidak putus asa berusaha hingga menikmati hasil kejayaan.

    ReplyDelete
  26. Jangan kecil hati, terima teguran dari orang.

    ReplyDelete
  27. kalau kerajaan tidak membina jalanraya yg menghubungkn kampung trpencil kpd pekan/bandar besar maka buah tarap orang kampung akan buruk/runtuh tidak dpt dipasarkn..bgitu juga pluang pkrjaan..krajaan negri/prsekutuan brtanggungjawab utk membawa plabur membina kilang2 di Sabah bagi membuka pasarana/pluang pkrjaan..jgn asyik mnghentam belia Sabah malas/tidak brpndidikn/brsikap buruk..cuba tuan2 yg brkrja di Smnjung yg kos sara hidupnya tinggi..brapa lama harus brtahan..?

    ReplyDelete
  28. This is getting out of hands.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.