GELOMBANG perebutan projek di kalangan ahli jawatankuasa dan penyokong kuat UMNO Tenom semakin membadai apabila Setiausaha Barisan Nasional pula yang bertindak sebagai ‘KingPin’ bagi beberapa ‘Key Players’ untuk membolot projek PPRT kawasan Kemabong bernilai ratusan ribu ringgit setelah mereka tidak berpuas hati dengan sistem pengundian berkomputer yang dijalankan di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) di Kota Kinabalu.
Setiausaha BN itu dikatakan ‘melenting’ kerana ‘kroni dan proksinya’ tidak berjaya mendapat sebarang projek kecil lalu mendesak Adun Kemabong, Datuk Rubin Balang campurtangan bagi membatalkan keputusan itu dan mengadakan cabutan secara ‘manual’; sedangkan sebelum ini sistem manual telah dicaci kerana kononnya tidak telus dan diragui justifikasinya.
Menurut pandangan kolot Setiausaha BN tersebut, undian secara manual akan lebih berpihak kepada Setiausaha BN dan segelintir pemimpin Umno lain yang mempunyai lesen kontraktor PKK Kelas F.
Persoalannya sekarang, bagaimanakah ‘memujuk’ kontraktor yang telah berjaya dan telahpun dimaklumkan untuk memulakan kerja-kerja projek tersebut untuk menyerahkan kembali surat tawaran? Sudah tentunya ‘Mission Impossible’ ini tidak akan berjaya kerana kontraktor terbabit tidak akan tunduk kepada arahan pembatalan itu sebaliknya akan menyaman kerajaan dalam bentuk tindakan guaman, ‘Breach of Contract’.
Ramai yang berpendapat, jika saman menyaman itu berlaku, ia akan menjadi satu lagi titik sejarah hitam bagi kerajaan BN di Sabah hanya kerana kelibat buruk Setiausaha BN Tenom yang boleh disifatkan sebagai ‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga’.
Apakah kerajaan BN boleh akur atau tunduk kepada kemahuan Setiausaha BN yang sudahpun kayaraya tetapi masih bersifat ‘tamak dan haloba’ mahu mengaut semua kekayaan negara?
“Perlukah SPRM berdiam diri dalam masalah ini? Atau apakah SPRM membiarkan pemilikan projek jutaan ringgit nilainya yang diragui prosesnya seolah-olah mengenepikan prosedur kerajaan sepertimana termaktub di dalam Akta Acara Kewangan dan Arahan Perbendaharaan terutama sekali dalam sistem tender dan sebut harga?,” ujar salah seorang penjawat awam setelah didesak dengan pelbagai soalan oleh Krew Sabahkini.net.
Difahamkan bahawa pada 6 Ogos 2010, satu pengundian berkomputer telah diadakan di Pejabat Pegawai Pembangunan Negeri Sabah (PPNS) Kota Kinabalu. Proses pengundian itu dikendalikan sepenuhnya oleh PPNS serta disaksikan oleh Timbalan Pengarah PPNS dan juga beberapa Pegawai daripada KPLB.
Bilangan keseluruhan kontraktor yang mendaftar pengundian itu seramai 77 orang manakala yang datang hanya 24 orang namun perkiraan untuk dibenarkan menyertai pengundian itu adalah kesemua 77 peserta memandang mereka juga berkelayakan yang mengambilkira bahawa mereka telahpun membuat pendaftaran.
Hasil pengundian secara berkomputer, 16 kontraktor telah berjaya mendapat projek sedangkan sebelum pengundian dijalankan, satu taklimat telah pun diberi dan semua kontraktor yang mendaftar mempunyai peluang dan ‘level’ yang sama dari segi hak dan bukan di sebaliknya.
Sebaik sahaja keputusan pengundian berkomputer itu diketahui hasilnya, protes demi protes dari pihak yang tidak berjaya dalam pengundian itu telah mula berlaku sehinggakan banyak perkara ditimbulkan malah dipertikaikan, di antaranya kenapa diadakan di PPNS Kota Kinabalu dan tidak dibuat di Kemabong.
Menurut seorang Penjawat Awam yang enggan dikaitkan di dalam pertikaian ini, ketika dihubungi menjelaskan bahawa, proses pengundian berkomputer hanya boleh dilakukan di Pejabat PPNS Kota Kinabalu.
Sistem itu tidak dapat dibawa ke daerah lain kerana ketidak sesuaian prasarana; tambahan pula bukan arahan khusus daripada pihak PPNS kerana Pejabat Daerah Kemabong sekadar meminta bantuan PPNS demi ketelusan dan keadilan seperti yang dikehendaki para kontraktor.
Pegawai itu menambah, mereka sebelum ini telah dimomokkan dengan pelbagai tuduhan ketidak telusan berhubung sistem pengendalian secara ‘manual’ yang dianggap kontraktor lain sebagai tidak adil dan Pegawai Penjawat Awam bersekongkol dengan pemimpin Politik.
Demi keadilan dan ketelusan semua pihak kata Pegawai itu lagi, mereka berusaha sedaya upaya melakukan pembaharuan yang terbaik terhadap sistem cabutan yang sering dipertikaikan ketelusannya dan bukan mempunyai agenda lain.
Pegawai itu turut memohon kerjasama daripada pihak tertentu agar memberikan laluan dan peluang seluas-luasnya kepada penjawat awam melakukan tugasan mereka demi mempertahankan imej kerajaan daripada tercalar di mata masyarakat sekeliling.
Oleh: GONOD SUNDA (sabahkini)
Wednesday, August 11, 2010
UMNO TENOM MEMBADAI AKIBAT TSUNAMI PROJEK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kanapa masih tidak puas hati dengan proses pengundian berkomputer, sedangkan itu lah kaedah terbaik. kalau tidak puas hati lagi bagi cadangan apa kaedah yang perlu diguna pakai. cara manual lagi la bias..
ReplyDeletesetiausaha BN yang menimbulkan kekecohan itu patut disiasat dan dikenakan tindakan bagi menjaga imej kerajaan.
ReplyDeletejika pengudian berkomputer membolehkan semua kontraktor yang mendaftar mempunyai peluang dan ‘level’ yang sama, maka kita harus menerima hasil keputusan yang ada. dalam apa pekara sekalipun kita patut menggunakan kaedah yang terbaik bagi mengelakkan berlakunya bias.
ReplyDeleteproses pengundian tak mungkin akan silap. sebaiknya prkara ini diselesai dgn cara baik.
ReplyDeleteApa apa pun, diharapkan semua ini tidak akan menjejaskan prestasi semua.
ReplyDeleteYa, asalkan semuanya adil dan saksama, maka kita kenalah menerima keputusan akhir.
ReplyDeleteklu tak puas hati mengenai pengundian ini, siasatan perlu dibuat.
ReplyDeletekaedah manual itu memang ditengok tidak begitu tidak tulus, diragui dan tidak adil. Dengan sistem pemilihan dengan sistem komputer itu sangat baik dan adil. jadi kenapa harus ditukar lagi secara manual.
ReplyDeletePerkara ini boleh dibawa berbincang, jangan perbesarkannya, salah satu pihak perlu bersikap bertolak ansur, jika kedua2 pun berdegil, tidak akan menyelesaikan masalah ini....
ReplyDeleteThey should have use computer system instead the manual. It makes application much more easier.
ReplyDeletePenyambutan dan sokongan harus diberi kepada penjawat awam yang berusaha mencari jalan terbaik dan adil menyalur projek-projek kerajaan.
ReplyDeleteprojek kerajaan haruslah dibahagikan dengan adil dan saksama. oleh itu, penggunaan pemilihan dengan sistem komputer adalah cara yang terbaik.
ReplyDeleteJangan tunduk pada tekanan manusia tamak yang konon berpangkat. Pegawai kerajaan yang beprinsip kita sokong sama-sama.
ReplyDeleteManusia tamak kita kutuk beramai-ramai.
sepatutnya beliau sedar yang cara manual itu adalah langkah kebelakang yang sudah tentu menimbulkan rasa tidak puas hati ramai pihak. saya harap beliau akur dengan keputusan yang dibuat melalui sistem komputer.
ReplyDeleteDiharapkan cara yang terbaik akan digunakan untuk menjaminkan keadilan dalam pengundian.
ReplyDeleteJika cara pengundian berkomputer terbukti lebih adil dan telus, terukan dengan cara ini. Jangan peduli degan titik nila yang merosakan susu.
ReplyDeleteMereka akan membuat sabotaj selagi kepentingan mereka terjejas.
ReplyDeleteApa-apa pun, kita harap semua dijalankan sebaik mungkin.
ReplyDeleteKutuk pemimpin yang gilakan projek, jangan undi mereka baik diperingkat parti atau pilihan raya.
ReplyDeleteIni pemimpin yang sesat. Ia sepatutnya bekerja untuk rakyat, ini pula mau cari kekayaan melalui projek.
ReplyDeletePasal undian itu, kenalah tunggulah PRU-13, undi jangan tak undi, saudara sekalian.
ReplyDeleteJangan undi pimimpin yang gilakan projek.
ReplyDeleteRakyat harus menyambut baik langkah yang diambil oleh agensi kerajaan untuk mengurangkan penyelewengan.
ReplyDeleteKan bagus projek dikeluarkan dengan cara berkomputer. Semua yang layak berpeluang sama dan adil.
ReplyDeleteKalau ada rezeki, dapatlah. Kalau tiada buat kali ini, kita tunggu kali akan datang.
Kerana projek, perjuangan dan tugas sudah lama ditanamkan bawah tanah.
ReplyDeleteTujuan pemimpin ini jelas. Tidak untuk perjuangan rakyat, cuma untuk menjuangkan kekayaan diri. Apa boleh kita buat? Tahulah anda. Jangan sokong dia.
ReplyDeleteOrang politik ini tak habis-habis mau projek saja.
ReplyDelete