Wednesday, August 4, 2010

WASPADA TAKTIK SERONG PEMBANGKANG?

RAKYAT khususnya masyarakat yang tinggal di perkampungan kepulauan khusus di kawasan Sekong disaran agar berusaha lebih gigih lagi dengan menceburi pelbagai bidang, sama ada nelayan mahupun petani untuk meningkatkan pendapatan harian khusus untuk menyara keluarga.

“Walaupun kini kerajaan telah banyak memberi bantuan dan pelbagai kemudahan kepada rakyatnya, tetapi kita tidak boleh berpeluk tubuh sahaja dan jangan terlalu mengharapkan semata-mata bantuan daripada kerajaan secara berterusan; namun sebaliknya mereka hendaklah juga berdikari sendiri untuk mengubah nasib seseorang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Sekong Datuk Haji Samsudin Yahya.

Beliau membuat saranan tersebut ketika berucap merasmikan Program Sempena Bulan Usahawan dan Ekonomi bagi Peringkat Kampung Pulau Trusan Baru, Sandakan, kelmarin.

Katanya, kerajaan BN memang sentiasa prihatin kepada kaum nelayan dan juga petani di negeri ini dan sebagai rakyat yang inginkan kemajuan dalam kehidupan diri masing-masing mereka perlu bekerja keras dan menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap bidang yang diceburi.

Justeru itu jelas Samsudin, “sebagai yang inginkan pelbagai kemajuan di satu-satu kampung, khususnya kampung-kampung di kepulauan hendaklah menyokong dasar-dasar kerajaan yang memerintah agar segala projek dan kemudahan lain dapat dibekalkan dan disalurkan dengan licin.

“Kita tidak nafikan sejak kebelakangan ini ramai di kalangan pemimpin politik sama ada daripada parti Keadilan Rakyat (PKR) dan SAPP masuk kampung keluar kampung menemui para penduduk sambil menaburkan pelbagai fitnah dan janji-janji manis,” pesan Samsuddin lagi.

Sehubungan itu, Samsuddin menggesa agar rakyat, khususnya pengundi di kawasan Sekong mahupun Batu Sapi tidak mudah terpengaruh dengan tipu daya mereka yang hanya sekadar mengelirukan dan memesongkan fikiran rakyat untuk kepentingan politik mereka sahaja.

“Saya akan sentiasa memantau dari semasa ke semasa untuk memastikan penduduk di setiap kampung akan mendapat kemudahan-kemudahan asas dan bantuan lain yang diperlukan,” ujarnya.

Sebagai pengisian program tersebut, pelbagai aktiviti telah diadakan, antaranya gotong-royong membaik pulih surau di samping membina jambatan, Penyerahan Borang Bancian Penduduk Kampung dan Borang e-Kasih dan dikuti dengan sukaneka dan perlawanan bolak Sepak 9 sebelah bagi Zon Kepulauan kawasan Sekong dan tidak ketinggaan memikat menangkap ketam dan menganyam ketupat.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

24 comments:
Write comments
  1. pihak kerajaan perlu buktikan kepada rakyat bahawa dakwaan2 dari parti pembangkang itu adalah fitnah.. maksudnya, kerajaan perlu tunaikan semua janji2 mereka, sentiasa turun padang dan penuhi keperluan rakyat terutamanya di kawasan2 pedalaman.

    ReplyDelete
  2. pihak kerajaan kena memastikan sokongan rakyat terhdapnya masih kukuh, rkayt pla jgnlah mudah terpedaya dgn jnji2 manis pmbangkang.

    ReplyDelete
  3. kerajaan perlu sentiasa mendekati rakyat agar rakyat terus memberikan sokongan yang padu kepada kerajaan. semua masalah rakyat perlulah diselesaikan agar rakyat sentiasa terbela.

    ReplyDelete
  4. Ya, saya memang setuju, rakyat tidak sepatutnya asyik saja mengaharapkan bantuan kerajaan tapi kenalah juga berusaha sendiri. Kerajaan memang ada memberikan pelbagai bantuan dari segi kewangan ataupun peluang, tapi tanpa usaha rakyat sendiri, tak mungkin juga boleh berjaya. Kalau hanya tunggu disuap kerajaan, bila kerajaan dah tiada, dah tentu akan mati kebuluran.

    ReplyDelete
  5. kadang kala sikap terlalu bergantung harap dengan bantuan ini boleh menjadi punca kenapa masyarakat kita sukar untuk maju. bila ada pihak lain yang menyalahkan kerajaan berkenaan dengan kemiskinan rakyat, mereka pun mulalah terikut2 sama menyalahkan kerajaan sedangkan untuk memajukan diri itu sebenarnya dari dalam diri individu itu sendiri, bukannya kerajaan.

    ReplyDelete
  6. Tapi kebanyakkan mereka memang tidak pernah bersyukur dan Usaha. Ingat mau kena tolong saja... Kalau begitu gaya sampai bila pun tidak akan maju..

    ReplyDelete
  7. kerajaan harus mnegutamakan kepentingan rakyat, rakyat juga seharusnya berusaha untuk membangunkan diri mereka. jgn terlalu mgharapkan kerajaaan semata2.

    ReplyDelete
  8. itu memang betul, jangan mudah terpengaruh oleh kata-kata pembangkang begitu saja.

    ReplyDelete
  9. saya setuju dengan semua komen diatas,, cuma mahu tambah sikit ja, kepada pembangkang tu cuba bersikap jujur dengan rakyat dan perihatin dengan masalah2 rakyat, bukannya perihatin dengan kelemahan/kesalahan kerajaan yang kemudian dikongsikan dengan rakyat.

    ReplyDelete
  10. rakyat harus berusaha untuk memajukan diri mereka sendiri. kerajaan hanya boleh membantu melalui bantuan yang diberikan, namun usaha individu itu sendiri akan menentukan kejayaan.
    rakyat juga jangan mudah terpengaruh dengan khabar-khabar angin, pastikan dulu kebenarannya.

    ReplyDelete
  11. berhati-hati dan rakyat pandai memikirkan tentang kebenaran. jangan mudah terpedaya dengan helah Pembangkang.

    ReplyDelete
  12. Be honest dear opposition. If you fight for the people's rights and finding solutions for their plight, i think it's good but if not, it will only make you look desperate if you apply dirty tactics..

    ReplyDelete
  13. kalau para pembangkang dapat menyaingi perkara yang dilakukan BN, why not? rakyat lihat siapa yang aktif dan kerap ambil peduli tentang mereka. BN kenalah bergerak aktif...

    ReplyDelete
  14. pembangkang dianggap tidak menggunakan taktik serong sekiaranya mereka berjasa kepada rakyat. yang serong ialah ahli-ahli BN yang tidak melaksanakan tugas dan tidak menunaikan jani menyebabkan rakyat beralih perhatian kepada pembangkang

    ReplyDelete
  15. Hanya bergantung kepada bantuan kerajaan tapi diri sendiri enggan berusaha sama juga macam tiada. Sebagai contoh, kerajaan memberikan bahan bina untuk membuat rumah, tapi sendiri enggan membina rumah sendiri, akhirnya bahan bina tersebut bertimbun di luar, tidak berguna langsung.

    ReplyDelete
  16. apa pun, jangan mahu membuat andaian sendiri. apa yang penting BN haruslah lebih menumpukan kerja kepada rakyar dan bukan mahu kesalahan orang lain seperti yang pembangkang lakukan.

    ReplyDelete
  17. BN haruslah selalu turun padang untuk berjumpa dengan rakyat dan bukan cuma duduk dan mendengar. sekurangnya cuba melawat kawasan penduduk.

    ReplyDelete
  18. Kalau kita jujur dan iklas berjuang demi kebaikan rakyat, rakyat pandai menilai.
    Jangan fikir rakyat mudah terpedaya.

    ReplyDelete
  19. Yang baik rakyat tetap sokong. Tidak perlu buat kenyataan begini suruh rakyat waspada pada taktik serong pembangkang, macam rakyat ini bodoh sampai tidak pandai menilai apa itu kebenaran.

    ReplyDelete
  20. Jangan fikir rakyat bodoh, rakyat tahu siapa cakap benar atau bohong.

    ReplyDelete
  21. Geram saya terbaca tajuk ini. Harap jangan lagi mengeluarkan kenyataan begini seolah-olah kita ini tidak berpelajaran, naif dan bodoh.

    ReplyDelete
  22. Yang benar tidak dapat dinafikan.

    ReplyDelete
  23. Sebenarnya siapa yang menggunakan taktik serong?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.