Wednesday, August 4, 2010

GAMBAR PM DILEMPAR CAT?

Saudara Pengarang,...SEBAGAI rakyat Sabah yang cintakan keamanan dan sentiasa menjaga keharmonian kaum, saya merasa terkilan apabila ada pihak yang saya anggap sebagai ‘subversif’ menghina Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sehingga sanggup melempar cat ke arah poster beliau.

Agak malang kerana saya tidak mengetahui siapa yang terlibat namun saya harap pihak polis dan pemimpin masyarakat di Sabah agar segera mengambil tindakan sewajarnya bagi menebus maruah rakyat Sabah yang cuba dipalitkan dengan insiden tidak bermoral berkenaan.

Gambar ini saya ambil di Ladang Merotai, lima kilometer daripada Bandar Tawau.

Salam Hormat,

YANG MENYAYANGI PEMIMPIN

Sumber: Sabahkini

24 comments:
Write comments
  1. BIADAP . . Biadap dan otak binatang betul orang yang melempar cat ke gambar Perdana Menteri Malaysia, jika tidak hormat PM Malaysia diminta keluar dari Negera Malaysia ini... Orang ini macam tidak hormat bapaknya sendiri, jadi dia akan hina bakanya sendiri... betul betul biadap biadap biadap !!!!!

    ReplyDelete
  2. Tindakan ini mencemarkan nama baik orang Sabah yang mencintai keharmonian.

    ReplyDelete
  3. kalau boleh, tangkap orang yang buat kerja ni dan minta dia ganti balik.. dia ingat murah ka poster tu??

    ReplyDelete
  4. tindakan yang tidak sepatutnya dilakukan. kita sepatutnya menghormati pemimpin kita.

    ReplyDelete
  5. tindakan ini adalah satu perbuatan yang tidak baik. ia mencemarkan maruha perdana menteri kita dan juga penduduk sabah.

    ReplyDelete
  6. mesti mahal kan cat yang di guna untuk 'mengecat' poster pm. kesian orang yang keluar duit untuk beli cat tu. kalau cat rumahmu lagi bagus

    ReplyDelete
  7. Tangkap orang yang buat kerja tersebut dan suruh mereka ganti rugi poster. Bukan murah buat poster tau!

    ReplyDelete
  8. buat apalah nak lempar cat kat gambar tu.. kan baik cat tu diguna untuk cat rumah.

    ReplyDelete
  9. melempar cat itu bukan orang lain juga itu, memang orang yang mahu menjatuhkan beliaulah itu. orang yang begitu benci dengan beliau.

    ReplyDelete
  10. orang yang buat ini sebenarnya ada otak, tapi tidak guna otak itu dengan baik. mungkin cuma dengar cakap bos mereka saja. jadi itulah sampai terjadinya begini.

    ReplyDelete
  11. pacayang,, sebenarnya bukan cat yang dia guna tu, dia guna otak dia bikin lempar tu poster. kalau dapat orang tu, habis sampai gugur rambutnya cari duit bikin bayar.

    ReplyDelete
  12. Ini kerja orang yang langsung teda life. Losers on the lose..

    ReplyDelete
  13. menabur cat di muka PM atau sesiapa sahaja adalah tidak beretika...bagus kalau orang yang sembur cat tu disembur dengan minayk hitam kereta

    ReplyDelete
  14. sedih lihat generasi sekarang yang suka berbuat sesuatu tanpa berfikir

    ReplyDelete
  15. Apa pasal dia simbah cat ya???
    Pasti ada yang terbuku di hatinya tu ???

    ReplyDelete
  16. Wang yang digunakan untuk membuat poster tu juga wang rakyat. Aktiviti vandelisma seperti ini bagaikan melemper cat ke muka sendiri. Yang lain seperti merosakkan benda awam juga kerugian sendiri, kerana semua itu dibuat daripada wang sendiri, bila digantikan dengan baru juga mengunakan wang rakyat. Fikirlah baik-baik sebelum bertindak. Lagipun, apa yang orang luar akan fikirkan jika ternampak sikap buruk rakyat Sabah, ia menjatuhkan maruah semua orang Sabah.

    ReplyDelete
  17. Bodoh sebenarnya. Tiada apa-apa yang diselesaikan kalau membuat demikian.

    ReplyDelete
  18. Ini menunjukan sikap kasar dan tidak beretika orang yang berbuat demikian.

    ReplyDelete
  19. Tangkap dan dakwa perosak ini.

    ReplyDelete
  20. Mungkin kerja budak-budak nakal. Adalah baik jika dapat tangkap siapa yang buat ini. Mesti diajar.

    ReplyDelete
  21. Ini memenag kerja orang bodoh.

    ReplyDelete
  22. Kelakuan yang patut dikutuk. Kalau ada apa-apa tidak puas, gunalah jalan yang lebih bertamadun. Cara ini tidak dapat menyelesaikan apa-apa masalah, malah menunjukan sikap buruk orang yang membuat demikian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.