Sunday, August 8, 2010

KES SAKUR TAN, PENGAJARAN UNTUK SABAH?

SETELAH dua kali hampir kehilangan nyawa kerana cubaan membunuhnya gagal, Gabenor Sulu, Sakur Tan perlu bersyukur kerana beliau bernasib baik berbanding dengan rakyat Sabah yang ‘tidur tidak lena’ sejak warga Filipina membanjiri Sabah pada 1970-an sehingga kini, apatah lagi telah diberi kerakyatan songsang.

Ketika saya menelefon beliau, dalam nada lemah Sakur Tan mengakui pengebom berani mati berkenaan mensasarkan bom tersebut kepada beliau dan anaknya, Mayor Maimbung, Shamir; namun beristigfar kerana beliau hanya cedera ringan dan anaknya yang disangka cedera, tidak mengalami luka sebaliknya terkena serpihan cebisan tubuh mereka yang terbunuh dan tercedera.

Saya masih ingat sekitar 1974, ketika bersekolah di SRJK St. Stephen, Lahad Datu, saya pernah memberi makan kepada ramai pelarian perang termasuk dua orang yang saya tidak tahu nama mereka. Bapa saudara saya, Sarjan Hamzah yang menjaga semua tahanan yang ditempatkan di Kem Askar berdekatan Sungai Segangan meminta saya membantu beliau memberi makan tahanan atau pelarian yang ditempatkan di situ.

Setelah melanjutkan pelajaran menengah di SMK Agaseh Lahad Datu, saya terserempak dengan dua orang yang saya beri makan setiap hari selama lebih satu bulan di Kem Askar Segangan ketika makan di ‘Pasar Gantung’ Lahad Datu yang berdekatan dengan Pejabat Pos lama.

Mereka membelanjakan saya makan mihun sup dan memperkenalkan diri mereka sebagai Galib Andang dan Mujib Susukan yang mengakui bekerja dengan seorang pegawai Imigresen Lahad Datu sebagai penjaga ayam sabung sehinggalah mereka mendapat kad pengenalan biru melalui projek khas.

Setelah bekerja dengan Jabatan Audit Negara Malaysia, saya terserempak mereka menjual ikan di Pasar Ikan Kota Kinabalu dan selepas itu sepi sehinggalah Insiden Penculikan Sipadan dan Ligitan berlaku pada 2000.

Ketika itu saya tidak lagi bekerja dengan kerajaan dan menjadi penulis buku sepenuh masa setelah menghasilkan buku ‘IC Palsu Merampas Hak Anak Sabah’ pada 1999 sebagai ‘Signal’ kepada Kerajaan Negeri agar berwaspada dan menyelesai segera masalah PATI di Sabah.

Setelah insiden penculikan Sipadan barulah nama Galib Andang dan Mujib Susukan dengan wajah mereka terbayang di ruang mata saya dan minda bawah sedar saya meyakini bahawa merekalah orang yang saya beri makan di kem askar berkenaan (kini telah ditutup) kerana wajah mereka tidak dapat saya lupakan sepanjang hayat saya.

Deria keenam (Six Sense) saya telah lama menjangkakan mereka akan menjadi ‘detenator’ kepada bom jangka yang dipasang oleh pemimpin Sabah yang rakus kuasa dan menggunakan PATI yang mendapat kad pengenalan projek (termasuk Galib dan Mujib) sebagai ‘Fixed Deposit’ dalam perniagaan politik mereka.

Kini Galib atau nama popularnya Komander Robot dan Mujib masih sibuk menjawab ‘Audit Querry’ dengan ‘Mungkar dan Nakir’; hampir sejuta warga Filipina yang masih berkiblatkan ‘Jus Sanguinis’ berkeliaran di Sabah seolah-olah jerangkap samar yang telah dipasang di segenap ini bumi Vietnam; tetapi menjadi ‘bom jangka’ yang bergerak 360 darjah setiap hari dan akan meletup para bila-bila masa di Sabah.

Saya hampir menggantung pena apabila semua buku yang saya tulis berhubung isu PATI bukan sahaja mendapat cemuhan dan pujian masyarakat Sabah tetapi sikap pemimpin Sabah seperti ‘Haruan Makan Anak’ yang sanggup menggadaikan nasib dan masa hadapan anak jati Sabah demi sebuah kuasa politik yang tidak mampu dipertahankan, termasuk Datuk Pairin?

Apabila insiden Sebangkat berlaku pada 8 Februari 2010, saya tambah kecewa kerana Polis Sabah seperti cuba menyembunyi kegagalan mereka dengan mengemukakan pelbagai teori sedangkan selepas dua hari dua tebusan ini diculik, saya sudah mendapat maklumat bawa mereka sudah berada di Filipina yang telah saya dedahkan secara panjang lebar dalam Sabahkini.net.

Walaupun kes penculikan Sebangkat masih belum dapat diselesaikan dengan jayanya, namun kita bersyukur kerana dua mangsa culik berkenaan masih hidup sekalipun belum pasti bila dan bagaimana mereka akan dibebaskan apabila tuntutan ‘Food & Lodging’ para penculik belum dijelaskan juruperunding kerana beberapa masalah teknikal dan perhubungan.

Nasib dua mangsa berkenaan bergantung kepada budi bicara Kerajaan Filipina dan Malaysia yang masih bertarik tali; namun nasib rakyat Sabah masih berjerebu kerana penculikan akan berulang; jenayah yang dilakukan oleh PATI berterusan; Pengundi hantu akan muncul setiap kali pilihanraya menjelang; UMNO dan parti politik lain telah diresapi elemen PATI gagal melakukan sesuatu kerana jumlah mereka lebih ramai daripada rakyat tempatan yang menyertai UMNO?

Oleh: MUTALIB M.D (sabahkini)

24 comments:
Write comments
  1. sebagai rakyat Sabah, hal seperti ini sangat dikesalkan. sukar untuk kita bayangkan bagaimana masa depan negeri Sabah yang bakal beralih tangan. nama2 orang yang bertanggungjawab dalam memperbanyakkan jumlah PATI patut didedahkan dan diberikan pengajaran.

    ReplyDelete
  2. isu PATI di Sabah perlu diselesaikan. ini bagi mengelakkan isu ini daripada menjadi semakin teruk. semoga isu ini dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  3. Masalah PATI ini wajib diselesaikan secepat mungkin. Bertindaklah sebelum terlambat.

    ReplyDelete
  4. PATI di sabah semakin byk dan mereka semakin berani dan bermaharajalela. perkar ini benar2 dikesali. sya berharap hak ini dpt diselesaikan dgn segera. ia bagi memastikan hak2 dan kepentingan anak jati negeri sabah tidak terjejas.

    ReplyDelete
  5. maslaah PATI ini tak pernah selesai2 dari dulu hgga kini. kerajaan perlu memikirkan langkah dan alternatif yang lebih berkesan dalam menangani masalah ini.

    ReplyDelete
  6. PATI, memang patut diselesaikan. kerjasama dari semua pihak amat diperlukan.

    ReplyDelete
  7. semua pihak perlu berganding bahu dalam menyelesaikan isu PATI. sebagai rakyat pun kita boleh melakukan sesuatu, seperti jangan mengambil pekerja asing tanpa izin bekerja dengan kita. diharap pihak kerajaan dapat mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  8. one of the moral value here is 'be nice to people' but know the limits... well, this issue is nothing new, and i am still hoping to end it with all hands joining together as one and prepare for war against PTIs...

    ReplyDelete
  9. Ada antara mereka dah bermaharajalela di negeri kita, sebagai orang Sabah, siapa tidak marah? Diberikan betis, mahu lagi paha.

    ReplyDelete
  10. To the Sabahan leaders, walk the talk. The 30 years long problems with the illegal immigrants is a never-ending battle that we should win from the start.

    ReplyDelete
  11. Selagi ahli politik tidak sedar akan kesan buruk yang dicetuskan oleh perbuatan keji mereka, mimpi ngeri orang Sabah akan berterusan.

    ReplyDelete
  12. betul tu jieah, majikan jangan terlalu bergantung dengan buruh asing, jangan bagi sewa rumah/bilik/lot kedai kepada PATI, dan jangan beli barangan yang dijual PATI yang kebanyakkannya adalah barang seludup.

    ReplyDelete
  13. kalau mahu kerajaan mainkan peranan, rakyat juga wajib mainkan peranan. dengan cara ini tidak mustahil 1.7 juta pendatang asing akan balik ke negara masing2.

    ReplyDelete
  14. Harap pagar, pagar makan padi.
    Ketamakan segelintir manusia keji membawa padah terhadap keselamatan Sabah.

    ReplyDelete
  15. Keselamatan negara akan terancam jika pekara ini tidak ditangani secara serius dan berterusan.

    ReplyDelete
  16. Kes-kes penculikan yang berlaku telah melemahkan keyakinan rakyat tempatan mahupun pelabur asing terhadap keupayaan anggota keselamatan negara.
    Tindakan sewajar harus diambil untuk menggembalikan kewibawaan anggota keselamatan kita.

    ReplyDelete
  17. Kita tidak tahu samada ada orang yang memegang Mykad yang meragukan telah memasuki pasukan keselamatan kita. Jumlah mereka, motif, tahap kesetiaan mereka? Semua ini adalah tanda soalan.

    ReplyDelete
  18. Ancaman bukan saja dari luar, kini mungkin dari dalam. terlau ramai Pati, tidak termasuk dengan pemegang IMM13.

    ReplyDelete
  19. Lama sudah mendengar tentang ic palsu, pati dapat ic dll. Sungguh merisaukan. Makin lama kes ini tidak diselesaikan, makin besar impak terhadap keselamatan negara.

    ReplyDelete
  20. Pengajaran dari kisah ini tidak dapat membuat pihak yang berkenaan terjaga. Masih belum ada tindakan yang sewajah diambil terhadap pati di Sabah.

    ReplyDelete
  21. Jumlah pati meliputi hampir setengah dari populasi Sabah mengikus sesetengah sumber.
    Bukankah ini sudah satu ancaman kepada keselamatan negara?

    ReplyDelete
  22. Sukar hendak menyelesaikan masalah pati sekarang kerana jumlah mereka terlalu besar dan mendapat lindungan dari pihak yang mendapat manfaat oleh keadaan ini.

    ReplyDelete
  23. PATI bagai kanser di Sabah, sukar diubati.
    Bukan tidak boleh diubati, kena pakai cara dan ubat yang kuat.

    ReplyDelete
  24. Mungkin satu hari nanti, Sabahan yang jadi palarian.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.