Menteri Agama Indonesia Suryadharma Ali berkata ajaran Ahmadiyah sesat kerana menyimpang dari al-Quran dan tidak mempercayai Nabi Muhammad SAW sebagai nabi terakhir.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Suryadharma di Madura, Jawa Timur semalam ketika merasmikan Madrasah Aliyah Al-Hamidiyah, Desa Senasen, Bangkalan.
“Setelah dilakukan musyawarah akhirnya kami memutuskan bahawa ajaran Ahmadiyah itu memang sesat,” katanya.
Suryadharma menjelaskan, kerajaan kini sudah membuat keputusan bersama bahawa ajaran Ahmadiyah dilarang keras dan menyebarkan ajaran ini di Indonesia adalah dilarang.
Sehubungan itu kerajaan meminta polis bertindak tegas jika mendapati ajaran Ahmadiyah yang berkembang di kalangan masyarakat.
Beliau juga meminta rakyat tidak menggunakan kekerasan jika mendapati wujudnya penyebaran ajaran Ahmadiyah, melainkan dengan melaporkannya ke polis.
“Jangan berbuat kekerasan. Sebab agama Islam tidak menyukai kekerasan,” kata Suryadharma dipetik Antara. -TMI
Sunday, August 1, 2010
Menteri Indonesia: Ajaran Ahmadiyah sesat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.