Dua belas anggota PKR Sabah yang digantung daripada parti kerana dikatakan terlibat dalam rancangan menubuhkan sebuah parti baru masih boleh merayu kepada jawatankuasa disiplin PKR, kata Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata ini disebabkan 12 anggota terbabit menarik balik cadangan itu dan tidak melancarkan parti yang telah mereka tubuhkan.
"Saya harap mereka akan menerimanya secara jujur dan saya juga meminta kepimpinan parti supaya tidak merumitkan perkara ini.
"Kami perlu memberi mereka peluang untuk merayu. Ini hanyalah satu prosedur," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa perhubungan PKR Sabah di Kinarut semalam.
Anggota terbabit dikatakan telah membuat permohonan kepada pendaftar pertubuhan untuk mendaftarkan Parti Cinta Sabah pada Disember lalu ekoran rasa tidak puas hati naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan terhadap campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah.
- Bernama
Monday, August 30, 2010
Anwar: 12 ahli PKR Sabah yang digantung boleh rayu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Apa-apa pun, diharapkan perkara ini boleh selesai sebaik mungkin.
ReplyDeletekukuhkan parti terlebih dahulu sebelum mengukuhkan kedudukan di Sabah. seperkara lagi, jangan tubuhkan terlalu banyak parti di Sabah jika ianya tidak membawa perubahan yang diharapkan oleh rakyat Sabah.
ReplyDeletemasalah dalam PKR sabah menunjukkan bahawa parti ini tidak kukuh.
ReplyDeletepekara ini menampakkan PKR sedang menghadapi masalah. ini adalah disebabkan oleh tindakan pemimpin-pemimpin mereka sendiri.
ReplyDeleteAnwar takut nanti PKR disabah huru hara sebab itulah dia memberikan kelonggaran kepada 12 orang itu, alasannya sebagai prosuder parti tapi adalah sebaliknya.
ReplyDeletePKR begitu ketara tengah dalam menghadapi masalah, naib presiden PKR Datuk Jeffrey Kitingan sendiri tidak puas hati dengan campurtangan kepimpinan pusat dalam urusan PKR di Sabah. tambah lagi sekarang ini masalah 12 orang ahli dikenakan tindakkan disiplin kerana menubuhkan PCS kerana ingin membantah kepimpinan pusat.
ReplyDeleteMana2 ja la yang penting semuanya OK :)
ReplyDeleteApapun semuanya akan terjawab next GE nanti. sama2 kita tengok nanti siapa pilihan rakyat :) hehe
ReplyDeletemasalah dalaman PKR ini sudah diketahui umum. ini pasti memberikan kesan terhadap PKR.
ReplyDeletebuat apa lagi terima pemimpin yang tiada jatidiri tiada semangat kePKRan niat dan hasrat diaorang sudah diketahui oleh pemimpin dan ahli yang setia pada PKR kalau lah diaorang ini diambil jadi calon macamna dengan pemimpin yang bersemangat tinggi lagi setia berjuang utk PKR...
ReplyDeleteSAMPAI BILA MAU IKUT TELUNJUK PARTI IMPORT DARI PENJAJAH TANAH MELAYU? DR JEFREY..TUBUHKANLAH PARTI SABAH BAHARU UNTUK MEMPERJUANGKAN HAK RAKYAT SABAH. KENAPA PAIRIN MEMBISU? RM2 BILION UNTUK PROJEK KLIA 2. JAMBATAN LABUAN - SABAH MANA? TU DUIT DTG DARI MANA? TAK LAIN DAN TAK BUKAN MINYAK DARI BUMI SABAH-LABUAN
ReplyDeleteSepatutnya dari mula sebuah parti yg mencerminkan perjuangan hak anak sabah telah dilakukan. Hari ini tiada lagi parti yang benar-benar memperjuangkan asas 20 perkara. PBS seolah kanak-kanak yang telah termakan gula-gula. Kepimpinan PBS hari ini tidak lagi seperti semangat PBS dahulu era adanya Allahyarham Datuk Haji Malek Chua. Hari ini kepimpinan seolah menang sorak kampung tergadai, Pak turut dan jadi boneka, ANGUK.....ANGUK....ANGUK....ANGUKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK. Tahniah Kepimpinan Sarawak yang matang.
ReplyDeleteMengapa perlu ada UMNO, KeADILan, PAS, MCA, MIC, Gerakan dll diSabah ? Negeri Sarawak pun tiada parti macam ini boleh maju. Kalau hendak pun cukuplah BN atau PR yang jadi tunjang. Seharusnya kepimpinan Sabah harus memikirkan perkara ini dan perlu merasa malu dengan Kepimpinan Negeri Kenyalang.
ReplyDeleteSelesaikan masalah dalaman dahulu.
ReplyDeleteKrisis demi krisis melanda PKR. Mungkin sudah sampai masa.
ReplyDeleteRakyat harus pandai menilai dan memilih parti yang benar-benar dapat mentadbir dan membangunkan negara.
Sudah digantung boleh buat rayuan pula? Apa ini? Sebuah lakonan?
ReplyDeleteKrisis dalam parti masih belum selesai? Pru 13 sudah dekat,masa tidak mengizinkan penanguhan.
ReplyDelete