Tuesday, August 17, 2010

Lelaki dipenjara kerana ketawa dalam mahkamah

FAYETTEVILLE (North Carolina): Bagi seorang hakim, mahkamah bukanlah tempat untuk ketawa atau bersenda gurau.
Ketika hakim Toni King mengendalikan kes di depannya, seorang lelaki, Johnny Montgomery, tiba-tiba ketawa.

Kelakuan Montgomery itu menyebabkan King berang dan bertanya mengapa lelaki berusia 47 tahun itu ketawa.

Bagaimanapun, Montgomery enggan menyatakan puncanya.

Akibatnya, King mengarahkan Montgomery dipenjara.

Ketika pihak berkuasa bersiap sedia membawa Montgomery ke pusat tahanan, mereka secara kebetulan menemui tiga gram kokain dalam pakaiannya.

Akibatnya, Montgomery berdepan dengan dakwaan memiliki dadah. Jurucakap mahkamah berkata, tiada tarikh ditetapkan setakat ini bagi sebutan kes berkenaan.

Katanya, Montgomery juga belum diwakili mana-mana peguam bela. - Agensi

5 comments:
Write comments
  1. lelaki ni ketawa msti kerana terkena kesan akibat pengambilan dadah. ada2 ja dorang ni.

    ReplyDelete
  2. Why on earth would this man go to court when he is high on drugs.

    ReplyDelete
  3. Saya ingat lelaki ini dipenjarakan hanya kerana ketawa, rupanya tambah lagi kesalahan mengambil dadah.

    ReplyDelete
  4. pekara macam ni jarang-jarang berlaku..dah lah memiliki dadah, masih berani lagi masuk ke mahkamah.

    ReplyDelete
  5. memang nasib orang itulah merasa dipenjara. pertama atas tuduhan ketawa dalam mahkamah tiba-tiba terbongkar dengan kes dadah pula.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.