Saudara Pengarang,....SAYA memuji usaha Sabahkini.net kerana begitu yakin dan berupaya membongkar karenah birokrasi kerajaan terutamanya pelbagai penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik UMNO dan BN tanpa rasa takut dan tunduk kepada tekanan pihak terbabit.
Peranan Sabahkini.net sangat relevan untuk membantu negara dalam proses membersihkan korupsi dan penyelewengan yang boleh meruntuhkan negara.
Artikel terbaru berhubung isu pembolotan projek jutaan ringgit di kalangan pemimpin- pemimpin UMNO Bahagian Tenom dan juga isu proses pengundian berkomputer untuk projek PPRT di Kemabong berjaya membuka mata banyak pihak terutamanya SPRM kerana begitu seriusnya amalan rasuah dan penyelewengan berlaku di Tenom.
Jika dahulu, Tenom merupakan sebuah daerah tersorok di Pedalaman yang lebih dikenali sebagai daerah pengeluar Kopi Tenom, tetapi sekarang ini terkenal pula kemajuannya dari segi penyelewengan.
Pada awalnya, saya langsung tidak percaya bahawa dakwaan rakyat Tenom kononnya para pemimpin UMNO Tenom kebanyakkannya sudah mencapai status jutawan, ada rumah banglo di Kota Kinabalu malah di Kuala Lumpur; berkereta mewah dua tiga buah, tetapi itu mungkin usaha titik peluh pemimpin terbabit.
Namun setelah rahsia penyelewengan terbongkar, maka fahamlah saya bahawa kekayaan mendadak mereka berpunca daripada gejala buruk seperti pembolotan projek dan kegiatan sengaja ‘menaikkan harga tinggi sesuatu projek untuk kepentingan kekayaan mendadak mereka’.
Ironinya, kegiatan salah seorang pemimpin UMNO Tenom yang berjawatan dalam kerajaan, digaji kerajaan tetapi datang ke pejabatnya menghabiskan masa untuk mengurus projek dan kekayaannya, tetapi tidak diambil tindakan mengikut Perintah Am Kerajaan.
Anehnya lagi, pemimpin ini boleh lakukan ikut sesuka hatinya sama ada mahu datang ke pejabat buat kerja atau terus berminggu-minggu berpoya-poya di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur malah ke India.
Tiada siapa yang berani menegurnya sedangkan gajinya terus dibayar kerajaan. Persoalannya, apakah kegiatan ini terus menerus dibenarkan oleh kerajaan BN yang memerintah? Bagaimana pula pandangan parti-parti komponen BN lain yang berkongsi kuasa dengan UMNO? Wahai SPRM! Bangkitlah dari lamunanmu!
Kami sebagai rakyat jelata dan pembayar cukai, inginkan keadilan kerajaan BN dalam mengurus harta dan kewangan awam. agar negara ini tidak muflis gara-gara segelintir pemimpin yang rakus, tamak dan haloba. Sumbatlah mereka ini ke dalam penjara sebelum negara jadi bahaya!
Salam Media,
PENYOKONG KUAT BN TENOM
Sumber : sabahkini
Friday, August 13, 2010
PROJEK TOP-UP JADIKAN RAKYAT FED-UP?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Semua ini tergantunglah dengan pemimpin sendiri, jika mereka ingin teruskan mendapatkan sokongan rakyat, sikap dan tindakan sendiri perlulah diperbaiki.
ReplyDeletelagi banyak kes akan terbongkar kalau rakyat berani tampil buat aduan atau laporan. kalau mahu hapuskan gejala ini, bagi kerjasama dan jangan takut dengan kuasa dan pengaruh si pesalah.
ReplyDeletesetiap pemimpin haruslah mengutamakan kepentingan rakyat dan bukannya mengutamakan kepentingan peribadi. pemimpin diperingkat atasan sentiasa berusaha menentang penyelewengan, jadi pemimpin diperingkat daerah pun patut mengelakkan penyelewengan.
ReplyDeletejika benar ada pemimpin seperti ini, siasatan perlu dilakukan trhadapnya dan jika bersalah perlu diberi hukuman yang setimpal.
ReplyDeleteSaya tidak hairan dengan situasi seperti ini, namun apapun itu, untuk menjadi seorang pemimpin, kepentingan diri seharusnya diketepikan sebab mereka sudah dipilih oleh rakyat bekerja untuk rakyat... Dan rakyat adalah kepentingan utama mereka.....dan jika rakyat sudah tidak percaya dengan wakil2 mereka, undian untuk memberhentikannya saya rasa perlu untuk menjamin kepentingan rakyat, berjalan lancar...
ReplyDeletepara pemimpin janganlah berperangai seperti ini. tindakkan harus diambil sekiranya jumpa pegawai atau pemimpin sebegini. Tolongla rakyat dan bukan hanya mahu jadi kaya. fikirkan hal rakyat yang menderita.
ReplyDeletesetiap pemimpin haruslah jujur dalam menjalankan tanggungjawab mereka kepada rakyat. pemimpin perlulah menunjukkan sikap dan prestasi yang baik agar rakyat terus mempercayaai mereka.
ReplyDeletepemimpn yang tidak amanah tidak perlu disokong, rkyat kena memilih pemimpin yang benar boleh diharap. bagi perkara ini, adalah wajar ia disiasat.
ReplyDeletemacam mana kerajaan mahu melicinkan jentera pentadbiran mereka dan macam mana mereka dapat meningkatkan produktiviti kalau masih ada pegawai2 yang hanya tahu makan gaji tapi tidak ada komitmet kerja. kerajaan wajib memandang serius perkara ini dan begitu juga dengan amalan rasuah dalam setiap pemberian projek.
ReplyDeletePemimpin sebegini haruslah disiasat dan tidak layak untuk menjadi pemimpin dan sekiranya orang seperti ini ramai, musnahlah negara kita ini.
ReplyDeleteJika benar, mereka tidak layak jadi seorang ketua kerana sebagai pemimpin, mereka seharusnya menjadi role model untuk generasi muda. Amalan rasuah ini perlu dihapuskan dengan segera sebelum ia memusnahkan negara kita.
ReplyDeleteMana2 ja la... Dai pemimpin juga tu. Kalau mahu jadi pemimpin, pandai2 lah ambil hati rakyat k.
ReplyDeleteKalau lah hal ni betul, ambil lah tindakan yg sepatutnya dan jangan dibiarkan saja, nanti tambah teruk pula!
ReplyDeleteBetul tu eika. Kepercayaan rakyat terhadap pemimpin adalah sangat penting - so pemimpin harus lah mengekalkan kepercayaan rakyat terhadap mereka.
ReplyDeleteYa Dayang.Rasuah harus dihapuskan demi masa depan yang lebih baik!
ReplyDeletejika benar seperti apa yang didakwa, mengapa tidak melakukan perkara yang sepatutnya?
ReplyDeletemenyebarkan hal ini ke media, ianya seperti perbuatan yang sengaja dilakukan untuk memburukkan/ menjatuhkan seseorang itu...
ReplyDeletesaya setuju bahawa kepercayaan itu penting...oleh itu, pemimpin yang dipilih oleh rakyat atas dasar kepercayaan rakyat, haruslah memikul tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi..kepentingan rakyat haruslah diutamakan dan bukannya 'perut' sendiri..
ReplyDeleterasuah di kalangan pemimpin masyarakat harus diperangi habis-habisan...saya berpendapat bahawa, mereka yang didapati bersalah melakukan amalan ini, haruslah dikenakan tindakan undang2 yang lebih berat..
ReplyDeletewalau pa pun, rakyat haruslah lebih bijak memilih wakil mereka pada masa akan datang..
ReplyDeleteDiharapkan perkara seperti ini boleh dikurangkan supaya masalah yang sama tidak diulangi. Membuat demikian hanya akan mengundang kritikan daripada rakyat.
ReplyDeleteSiapakah pemimpin UMNO Tenom yang dikatakan berpoya-poya di KK, KL hingga India itu??
ReplyDeleteRasuah yang berleluasa dikalangan pemimpin politik menjejaskan intergriti kerajaan.
ReplyDeleteApakah perasaan rakyat apabila menyaksikan perubahan drastik pemimpin yang dipilih dengan rumah dan kereta mewah?
Sebagai pemimpin, diharapkan mereka akan meletakkan kebaikan rakyat dahulu seperti slogan 1 Malaysia PM kita "Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan"
ReplyDeleteSatu lagi contoh negetif dari pemimpin UMNO. Terdapat banyak saluran untuk rakyat meyalurkan ketidakpuasan mereka, samada UMNO akan mengambil berat dan bertindak, kita tidak tahu.
ReplyDeleteKadang-kadang gejala rasuah ini merupakan 'rahsia terbuka'.
ReplyDeleteRakyat tahu, tetapi pihak yang harus tahu tidak tahu pula.
Musang akhirnya terkeluar ekornya. Jangan lagi memberi peluang kepada pemimpin ini.
ReplyDeleteMemerangi rasuah memerlukan kerjasama dari semua pihak mahupun rakyat atau kerajaan.
ReplyDeleteMungkin lebih bagus jika PENYOKONG KUAT BN TENOM terus menyatakan nama si 'salah seorang pemimpin UMNO Tenom' tersebut supaya lebih mudah bagi pihak SPRM menyiasat. Kan?
ReplyDelete