Pengarah Projek Lahad Datu Energy, Ahmad Faraid Mohamad Yahya ketika memberi taklimat di Kunak pada 21 November 2009 berhubung cadangan pembinaan loji tenaga arang batu yang dicadang di Silam, Lahad Datu
Para pembaca di luar sana juga tentunya maklum mengenai isu ini apabila mereka mengikuti setiap laporan dan perkembangan semasa berkaitan isu loji tenaga arang batu yang dicadang pembinaannya di kawasan Parlimen Silam (Sinakut, Lahad Datu).
Di Kunak pada 21 November 2009 yang lalu, telah diadakan satu program yang diberi nama Taklimat Bersama Pemimpin Komuniti diadakan di Dewan Masyarakat Sri Kunak anjuran Sabah Electricity Sdn.Bhd (SESB) dengan kerjasama Pejabat Daerah Kunak yang turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Susilo Sumarto dan Pengarah Projek Lahad Datu Energy, Ahmad Faraid Mohamad Yahya.
'Kedatangan' para ahli panel (SESB) pada ketika itu antara lain bertujuan untuk mendapatkan respon daripada masyarakat Kunak tentang projek cadangan loji arang batu yang dicadang pembinaannya di Lahad Datu. Dalam tinjauan yang dilakukan, terdapat kemungkinan tidak sampai 200 orang yang hadir dalam sesi taklimat tersebut termasuk masyarakat daerah Kunak itu sendiri. - Ini mungkin boleh diambil kesimpulan bahawa dari peringkat awal lagi taklimat-taklimat dan perjumpaan bersama masyarakat mengenai projek tersebut sudah pun 'menolaknya' kerana bimbang apabila Loji tenaga arang batu dilaksanakan, ia memberi impak kepada kesihatan dan alam sekitar dalam jangka panjang termasuk kepada generasi berikutnya?.
Lebih memeranjatkan dalam sesi dialog yang diadakan di Dewan tersebut, seorang daripada responden yang hadir spontan mengemukakan pertanyaan kepada panel : "Mengapa loji tenaga arang batu tidak dibuat di Kunak?"
Ia suatu pertanyaan yang 'mendukacitakan' bagi pandangan peribadi saya. Saya tidak mengetahui sama ada responden yang mengemukakan pertanyaan itu memiliki ilmu dan pengetahuan tentang alam sekitar dan geografi serta hal berkaitannya?
Umum sudah mengetahui bahawa telah terdapat kilang perindustrian berhampiran pekan Kunak telah beroperasi berdekatan sebuah sekolah rendah termasuk perumahan penduduk di daerah itu yang jarak tidak sampai 100 meter!.. - lokasi yang tidak menepati kelulusan Jabatan Alam Sekitar kerana difahamkan sesebuah kilang yang didirikan seharusnya terletak 500 meter atau lebih dari lokasi perumahan atau bangunan lain . Itu adalah antara contoh jelas projek pembangunan yang tidak 'terancang' masa lalu di daerah Kunak kerana mengabaikan aspek tertentu termasuklah impak kesihatan kepada pengguna.
. Berbalik kepada sesi taklimat yang diadakan di Kunak pada November 2009 berkaitan Loji tenaga arang batu, Pengarah Projek Lahad Datu Energy, Ahmad Faraid Mohamad Yahya juga menyatakan dalam sesi tersebut bahawa, SESB juga akan memastikan yang Penilaian Terperinci Impak Alam Sekitar (DEIA) bagi projek itu akan dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan bertanggungjawab!.
Susulan dari sesi-sesi taklimat yang telah dijalankan oleh pihak-pihak berkaitan mengenai cadangan projek tenaga arang batu tersebut, pada 19 Ogos 2010, Jabatan Alam Sekitar menolak penilaian terperinci kesan terhadap alam sekitar (DEIA) berhubung pembinaan loji tenaga elektrik 300 megawatt itu yang berasaskan penggunaan arang batu.
Selepas itu, media kemudian melaporkan tentang perhimpunan oleh kira-kira 1,500 orang di Lahad Datu baru-baru ini yang mahu projek tenaga arang batu itu diteruskan juga.
Kronologi isu arang batu Lahad Datu ini seolah-olah dilihat seperti membentuk 'satu pusingan U' yang mana walaupun pihak Jabatan Alam Sekitar telah menolak DEIA berkaitan projek berkenaan, namun terdapat pihak tertentu lagi yang 'menyokong' terhadap pembangunan projek tersebut.
Inilah mungkin Kewajaran yang perlu dipertahankan oleh Green SURF (Sabah Unite to Re-Power the Future) untuk meminta Jawatankuasa Bertindak Dewan Rakyat mengemukakan nama mereka yang didakwanya mahukan projek loji tenaga menggunakan kuasa arang batu diteruskan perlaksanaannya di Sinakut, Lahad Datu.
Oleh : Ibrahim Tabir
pasal tu aku ckp org sabah ni senang di perbodohkan. mereka tak kisah bahaya atau tak yang penting pembangunan. bila mana semua orng menolak loji2 seperti ini, mereka pula menangis meraung mau benda begini dtg pada diorng. if not idiot, what else can we call them?
ReplyDeleteJabatan Alam Sekitar telah menolak penilaian terperinci kesan terhadap alam sekitar (DEIA) berhubung pembinaan loji tenaga elektrik 300 megawatt itu yang berasaskan penggunaan arang batu tersebut. bagaimanapun terhdapa pihak yang ingin projek ini diteruskan. apapun, perkara ini perlu dikaji semula.
ReplyDeletesemasa cadangan ini diprotes oleh pelbagai pihak, tiada pula yang tampil menyokong. cukuplah isu arangbatu ini sampai disini, lebih baik fikirkan cadangan lain yang lebih baik dari arangbatu. jangan timbulkan isu yang sudah pun diselesaikan..
ReplyDeleteWhatever it is, that's to be sure for a reason.
ReplyDeleteCarilah cadangan lain sekiranya tidak pasti apa yang patut dilakukan. Mesti penyokong projek ini kecewa, tapi kita harus mengiut dari keputusan kajian yang telah dilakukan. apa pun, tidak terlambat untuk mencadangan cara baru untuk membantu masalah kekurangan elektrik.
ReplyDeletedulu ramai yang membantah.. bila dibatalkan, ramai pla nak projek ini dijalankan. byk lagi tenaga lain boleh digunakan untuk menjana elektrik. masalahj kekurangan tenaga elektrik di sabah akan diselesaikan juga nnti.
ReplyDeleteBukankah logi arang ini dah ditolak.
ReplyDeletememang sudah ditolak untuk pembinaannya. Tapi sekarang ini ada yang tidak setuju loji itu ditolak dan mereka mahu loji ini dibina. itulah yang membuatkan kerajaan tidak tenang, tiba-tiba ada pula penyokong untuk loji ini. Apa yang penting sekaran, keputusan telah dibuat maka loji itu tidak boleh diteruskan.
ReplyDeleteapa yang penting masa ini adalah mencari kaedah yang paling sesuai bagi menjana tenaga.
ReplyDeleteSusah juga ni, bila kerajaan mahu membinanya, bukan main membantah kebayakan rakyat. Tapi lepas ditolak, muncul pula pihak yang menyokong. Memang buat pening kepala.
ReplyDeletekalaupun bukan era ini, loji arang batu dibina.. saya yakin suatu masa nanti loji ini pasti akan dibina juga sekiranya langkah alternatif tidak ditemui...
ReplyDeletePaling penting bagi saya ialah temukan langkah terbaik utk tanggani isu bekalan tenaga elektrik ini.
ReplyDeleteSoal sokong atau tak terhadap pembinaan loji ni, semuanya terserah pada individu itu sendiri. Tetapi paling penting bagi saya ialah orang yang memutuskan sepenuhnya sesuatu keputusan - buatlah pilihan yang terbaik!
ReplyDeleteMemang pening Jonny. Entah apa juga dalam fikiran orang zaman sekarang ni. huhuhu
ReplyDeleteJika rakyat tolak, jangan paksa rakyat menerimanya. Rakyat sekarang pandai fikir. Fikir untuk masa depan, fikir pasal perlindungan alam semulajadi untuk generasi akan datang dll.
ReplyDeleteApapun keputusannya nanti, saya cuma mengharapkan yang terbaik untuk Malaysia khususnya Sabah!
ReplyDeleteDiharapkan kerajaan akan mempertimbangkan tenaga alternatif yang lain sperti kuasa angin, air ataupun gas asli.
ReplyDeleteWalaupun logi arang batu ini ditolak, masalah kekurangan elektrik pun kenalah diselesaikan.
ReplyDeleteKalau rakyat tidak menyokong membina loji arang batu, jangan terburu-buru membuat keputusan. Biar lambat asal selamat. Jangan sampai menyesal, itu sudah terlambat.
ReplyDeleteCari jalan lain yang lebih mesra alam. Jangan berpandangan pendek dan sempit, kos loji arang adalah rendah tetapi kesannya buruknya panjang.
ReplyDeleteSabah bangga dengan alam semulajadinya yang indah dan bersih, jangan musnahkan di tangan kita.
Jb alam sekitar sudah menolak laporan impak alam semulajadi kawasan pembinaan loji.
ReplyDeleteTerbukti ia tidak menepati syarat yang diperlukan.
Biarlah isu ini tidak lagi berlanjutan.