Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar hari ini walaupun berlaku sedikit kekecohan apabila ada beberapa orang yang tidak mempunyai pas kebenaran masuk cuba melepasi kawalan polis.
Persidangan bermula pada 10 pagi.
Semua ADUN Pakatan Rakyat memasuki dewan dengan diketuai Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Mereka mula memasuki DUN di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini, sejak jam 9.40 pagi ini.
Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan ADUN BN serta Bebas mula tiba pada jam 9.45 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.
S
peaker Datuk R Ganesan masuk sejurus sebelum persidangan bermula.
Dua persidangan dewan itu sebelum ini agak kecoh.
Ganesan kemudiannya mengumumkan beberapa peraturan baru yang dikuatkuasakan pada sidang dewan kali ini. Antaranya, gambar tidak dibenar dirakamkan, telefon bimbit juga tidak boleh dibawa masuk.
Ganesan juga mengingkat semua ADUN bahawa mereka perlu menghormati keputusannya selaku yang dipertua dan menghormati segala etika dan tatasusila dewan ketika berdebat.
ADUN Pangkalan Hulu, Tan Sri Mohd Tajol Rosli, mengemuka soalan pertama pada persidangan kali ini yang menyentuh soal defisit dalam bajet negeri tahun ini.
Za
mbry menjawab bahawa Bajet 2010 menganggarkan defisit sekitar RM23 juta tetapi ia tidak bermakna kerajaan negeri tiada wang kerana Perak masih mempunyai rizab RM847 juta dalam bentuk saham dan simpanan tetap.
Beliau berkata, rizab tinggi adalah petunjuk baik mengenai ekonomi negeri tetapi kerajaan Perak tetap berhemah berbelanja.
"Namun, usul perbekalan tambahan RM80 juta tidak kena mengena dengan rizab," katanya.
Ketika itu, Ganersan mengesan Nga Kor Ming (Pantai Remis) menggunakan kamera.
Beliau kemudiannya mengarahkan bentara untuk merampas kamera berkenaan.
Raka
n-rakannya dari DAP, Ngeh Koo Ham, Thomas Su dan beberapa yang lain kemudian tampil dan mula bertengkar.
Bagaimanapun perkara itu berjaya diselesaikan dengan kamera berkenaan tidak dirampas.
Selang beberapa minit kemudian, perwakilan Pakatan Rakyat mula menganggu jawapan Zambry dan ADUN BN pula membalas - menjadikan sidang kecoh seketika dengan pertikaman lidah kedua-dua pihak.
Pertengkaran juga berlaku apabila ADUN Pakatan dengan sengaja merujuk speaker sebagai 'pengerusi' atau 'Datuk Ganesan' kerana tidak mengiktiraf kedudukan kerajaan negeri yang 'dirampas' itu.
“Saya adalah speaker. Apabila berada di dewan ini, sila gunakan gelaran itu. Jika tidak saya akan ambil tindakan,” kata Ganesan.
Nga membalas bahawa Ganesan perlu menunggu keputusan mahkamah sebelum mendakwa jawatan itu miliknya, merujuk kepada perbicaraan kes tersebut.
"Okay," kata Ganesan kerana tidak mahu sidang terganggu.
Zambry turut menafikan dakwaan Nga, kononnya bahawa Perak adalah negeri miskin kerana sehingga Julai lalu jumlah miskin tegar di negeri itu hanya seramai 764 keluarga.
Beliau juga memberi amaran kepada Nga agar tidak memanipulasikan perangkaan itu dan membuat tuduhan palsu di media.
Selalu pun menimbulkan kekecohan tanpa sebab. Sebagai ahli dewan, diharapkan semua akan menjaga pertuturan dan juga tindakan sendiri, janganlah bertindak seperti orang yang tidak bertamadun, apa macam kalau rakyat ataupun orang luar ternampak sikap seperti ini?
ReplyDeleteahli dewan seharusnya mematuhi peraturan persidangan ini, tak perlulah nak membuat kecoh, ia hnya merendahkan martabat mereka sebagai pemimpin.
ReplyDeleteahli dewan sepatutnya tahu mengikuti peraturan. berilah tumpuan terhadap isu-isu berkaitan rakyat dan bukannya bertengkar. Sebagai pemimpin mereka harus menjadi contoh yang baik dan bukannya menunjukkan contoh yang negatif.
ReplyDeletebuatlahj apalah nak buat kecoh, kan lebih baik buat persidangan secara aman, ia tak mengambarkan ciri pemimpin.
ReplyDeleteinilah dunia bila dalam DUN, kekecohan tidak akan berhenti. mesti saja ada berlaku. sungguh memalukan orang-orang malaysia yang sebegini.
ReplyDeletepatuhilah peraturan yang telah diberikan. tidak faham bahasa Melayu ADUN-ADUN sekalian kah. Inilah kalau terlalu ikut perasan dan masuk telinga kanan kuar terus telinga kiri.
ReplyDeleteTak baik kalau sering kekecohan, ada apa-apa, baik duduk berbincang dengan aman.
ReplyDelete