Sunday, August 29, 2010

SYABAS KERANA BERANI GANTUNG TROJAN HORSE!

PADA petang 26 Ogos 2010, khabar penggantungan 12 orang ahli PKR yang selama ini dikenali sebagai ‘Kumpulan Trojan Horse’ atau ‘Keldai Jeffrey’ bertiup ibarat padang lalang disembar api di musim kemarau di kalangan ahli setia PKR di seluruh Negeri Sabah.

“Alhamdullilah syukur sekarang barulah PKR boleh buat kerja dengan aman tanpa gangguan kumpulan perosak ini,” kata mantan Setiausaha PKR Cabang Batu Sapi, Abdullah Madon.

Menurut Abdullah, kehadiran kumpulan ini dalam PKR lebih banyak menyumbang kepada mengganggu urusan pentadbiran PKR bertujuan menghancurkan PKR dari dalam.

Tindakan yang diambil oleh Ahli Jawatankuasa Disiplin parti, kata Abdullah, merupakan kali pertma pucuk pimpinan PKR membuat kerja dengan betul yang telah sekian lama dinanti-nanti ahli PKR di seluruh Sabah.

‘Mana boleh kita berunding dengan pengkhianat. Zaman dahulu hukuman ke atas pengkhianat ialah pancung kepala. Adalah tidak adil mereka hanya digantung selama 12 bulan jika dibanding dengan kerosakan kepada perjalanan PKR di Negeri Sabah yang selama ini telah mereka laksanakan,” tambah Abdullah lagi.

Apabila disoal mengenai kenyataan bekas Ketua Cabang PKR Batu Sapi, Datuk Nahlan Damsal yang kononnya merasa kehairanan apabila dihubungi oleh Ketua Umum Parti, Abdullah berkata, AJK PKR Cabang Batu Sapi telah mengundi tidak percaya ke atas pimpinan Nahlan Damsal.

“Siapa percaya kepada pemimpin flop-shot itu?” tegas Abdullah, ringkas.

Abdullah berkata, jika PKR mahu berjaya wujudkan perubahan kepada lanskap politik Negeri Sabah, tindakan pertama perlu diambil oleh pucuk pimpinan Parti ialah mempastikan kumpulan perosak ini dipecat daripada parti.

“Siapa tidak tahu latar belakang ketua mereka? Lihat saja berapa banyak parti yang telah dianggotainya, mana satu yang tidak bergolak. Nasib baik UMNO membatalkan permohonannya menjadi ahli, jika tidak UMNO Sabah sudah lama berkubur,” tambah Abdullah lagi.

Oleh: ZIELAH A (sabahkini)

12 comments:
Write comments
  1. lakukanlah apa yang sepatutnya, sebelum ini pun PKR suka ambil ahli yang suka lompat parti terutamanya dari umno/BN. jadi inilah kesannya kerana menerima ahli2 yang tidak berkualiti.

    ReplyDelete
  2. Diharapkan semua ahli yang suka melompat parti tidak akan diberi peluang lagi. Ini ditujukan kepada PKR dan juga parti BN. Rakyat sememangnya tidak suka akan ahli yang melompat sini sana.

    ReplyDelete
  3. masalah dalam PKR sabah menunjukkan bahawa parti ini tidak kukuh. ahli PKR sendiri bermasalah dan suka lpmpat parti.

    ReplyDelete
  4. dikalangan ahli PKR pun ada yang saling tidak sehaluan. ini hanya akan menampakkan kelemahan parti PKR.

    ReplyDelete
  5. Dalam politik ni kan macam2 boleh jadi.. S/ada keputusan ini betul atau tak, bagi saya yang paling penting ialah kebajikan rakyat haruslah diutamakan!

    ReplyDelete
  6. Biar rakyat yang tentukan sendiri samada mahu menyokong PKR ataupun hanya membiarkan saya PKR sebagai pelakon tambahan dalam drama bersiri politik. hehehe

    ReplyDelete
  7. Jika berani memecet ketua mereka Jeffery, cubalah. Sudah pasti pengaruh untuk PKR akan hilang di sabah dan tidak ramai yang ikut serta dengan PKR itu memang saya sudah pasti. Sekiranya berani cuba, saya mahu tengok kesudahan nanti macammana.

    ReplyDelete
  8. pemimpin-pemimpin dalam PKR pun ada yang tidak sependapat. masalah dalaman PKR ini adalah kerana mereka sendiri.

    ReplyDelete
  9. tindakan ini adalah amat berpatutan demi menjaga kepentingan parti..

    ReplyDelete
  10. BN juga seharusnya mengenakan tindakan yang sama kepada ahli yang melanggar peraturan parti..mereka inilah yang menjadi perosak kepada parti untuk memenuhi kepentingan peribadi..

    ReplyDelete
  11. Jika ingin memupuk keyakinan rakyat dalam parti PKR, maka mereka perlu terlebih dahulu memastikan parti mereka itu kukuh dan calonnya semuanya berkelayakan dan boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  12. Pemimpin yang tiada pendirian. Sentiasa berubah mengikut keadaan semasa supaya mendapat manfaat yang terbesar.
    Haruskah kita percaya dengan mereka ini?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.