Thursday, August 26, 2010

BN BINA SEMAKIN BANYAK ‘PROJEK CEK TENDANG’?

TERBENGKALAI...inilah bangunan Pusat Internet Desa di Kg Pulong yang terbangkalai ditinggalkan kontraktor sejak 2008

SIASATAN segera perlu dijalankan ke atas pembinaan Pusat Internet Desa di Kg Pulong, kira-kira 15 kilometer pekan Tenom kerana projek yang sepatutnya dapat meningkatkan taraf celik komputer penduduk itu terbengkalai pembinaannya sejak 2008 yang disifatkan sebagai ‘Projek Cek Tendang’.

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah memberitahu pihaknya difahamkan bahawa kontraktor yang sepatutnya menyiapkan projek berkenaan telah meninggalkan kerja-kerja pembinaan di separuh jalan dan tidak pernah muncul lagi.

“Sepatutnya pemantauan dibuat ke atas pembinaan Pusat Internet Desa itu agar dapat disiapkan. Kini projek berkenaan ditinggalkan terbiar dan menimbulkan tanda tanya bagaimana projek yang penting dan sudah mendapat peruntukan itu ditinggalkan terbiar, bagaikan cek tendang yang tidak dapat ditunaikan,” kata Jimmy.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC SAPP Melalap, tidak menolak kemungkinan bahawa projek itu telah melalui proses pelaksanaan yang tidak cekap sehingga menimbulkan masalah kepada sub-kontraktor pelaksana.

Menurut Jimmy, sekiranya benar projek berkenaan telah beralih tangan dari sebuaah syarikat kontraktor kepada kontraktor lain, bagaimana sub-kontraktor terakhir dapat menyiapkan pembinaan apabila jumlah peruntukan tidak lagi dapat menampung kos sebenar pembinaan.

Jimmy seterusnya meminta Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) yang bertanggungjawab melantik kontraktor tersebut agar mencari jalan penyelesaian untuk menyiapkan pembinaan kemudahan internet desa itu.

Pusat Internet Desa amat diperlukan di kampung-kampung untuk dimanfaatkan oleh penduduk dan golongan belia agar tidak ketinggalan menggunakan media siber untuk memperolehi pelbagai maklumat yang berguna untuk kehidupan masa kini.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

22 comments:
Write comments
  1. Itulah projek kenalah diberikan kepada kontraktor yang dipercayai dan berkelayakan. Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin, dana dah diluluskan, projek setengah siap. Baik menyelesaikan masalah ini supaya rakyat boleh menikmati kemudahan ini untuk meningkatkan taraf celik komputer.

    ReplyDelete
  2. siasat kenapa hal ini berlaku dan cari penyelesaian segera kerana projek terbengkalai seperti ini boleh disifatkan sebagai pembaziran. dalam pentadbiran sesebuah kerajaan, amalan pembaziran tidak patut berlaku kerana wang peruntukan adalah wang rakyat. saya harap dengan tersiarnya masalah ini, pihak2 yang berkenaan dapat mengambil langkah yang sewajarnya bagi menghidupkan semula projek tersebut.

    ReplyDelete
  3. kontraktor perlu lah bertanggungjawab dalam menyiapkan setiap projek yang diberikan. pembinaan projek terbengkalai berkenaan perlu disiapkan agar pusat internet desa dapat beroperasi seperti diharapkan.

    ReplyDelete
  4. mesti ada alasan trsendiri mengapa projek ini terbengkalai, ia perlu diperjelaskan dan jika ada masalah mengenai projek ini, ia perlu diselesaikan. projek ini perlu diteruskan bagi kepentingan penduduk. adalah rugi jika ia dihentikan.

    ReplyDelete
  5. Perkara sebegini selalu berlaku. Pusat Internet Desa amat diperlukan di kampung-kampung untuk dimanfaatkan oleh penduduk dan golongan belia agar tidak ketinggalan menggunakan media siber untuk memperolehi pelbagai maklumat yang berguna. Oleh itu, memang patut kerajaan mencari jalan untuk projek ini disiapkan kegunaan penduduk kampung yang berkenaan.

    ReplyDelete
  6. Jika keadaan berterusan begini, kepercayaan rakyat terhadap BN semakin hari semakin pudar... Ini akan mengundang masalah lain jika tidak dibendung. Dalam hal seperti ini, mereka seharusnya memilih pemaju yang berdisiplin dan pemaju2 juga harus bertanggungjawab terhadap projek yang telah diamanah kan kepada mereka..

    ReplyDelete
  7. projek ini bukan terbengkalai mungkin disebabkan masalah teknikal. apaun ia perlu dijelaskan kepada penduduk.

    ReplyDelete
  8. Ini sungguh merugikan sekiranya terbangkalai begitu saja. Harap pihak tertentu cuba untuk menyiapkan projek ini. jangan biakan kerugian berlaku.

    ReplyDelete
  9. Na harap pihak yang berkaitan tu tampil lah perbetulkan keadaan.

    ReplyDelete
  10. Kesia para penduduk nanti. Tak dapat berFB :P hehehhee
    Tapi yang paling penting ialah menikmati arus kemajuan teknologi... Jadi cepatlah tolong para penduduk ya.

    ReplyDelete
  11. Soal projek cek tendang pula, biarlah pihak yang bertanggungjawab uruskan. Kita taktau hal sebenar so janganlah buat andaian yang bukan2. Saya yakin setiap yang berlaku pasti ada sebabnya.

    ReplyDelete
  12. Setuju jieah. Kontraktor yang telah dipertanggungjawabkan harus melakukan tugasan mereka sebaik mungkin. Berusaha sedaya upaya bagi memastikan internet desa dapat disiapkan.

    ReplyDelete
  13. Ada betulnya komen ko tu songkilou. Tapi saya yakin kerajaan BN pasti memantau keadaan ini dan memastikan hal ni diselesaikan dengan baik. Jadi sama2 lah kita tunggu ya :)

    ReplyDelete
  14. Diharapkan lain kali kerajaan akan memberikan projek kepada kontraktor yang berkelayakan, dan mengambil tindakan supaya memastikan mereka menyiapkan projek tersebut dengan sempurna.

    ReplyDelete
  15. The BN government need to do something on this matter. If found to be true, BN will be in a big trouble.

    ReplyDelete
  16. Jangan biarkan pembangkang asyik mencari lubang kesalahan kerajaan. Buat la siasatan yang sewajarnya.

    ReplyDelete
  17. I believe misunderstanding do happen in this case. Thorough investigation is needed.

    ReplyDelete
  18. Apa-apa pun, diharapkan tindakan diambil untuk menyelesaikan masalah projek tertinggal ini.

    ReplyDelete
  19. Pembayaran sudah dibuatkah? Jika belum, lantik kontraktor yang lain yang layak meneruskan projek ini.
    Jika pembayaran sudah dibuat, siasat orang yang bertanggungjawap mengeluarkan pembayaran.

    ReplyDelete
  20. Pekara ini tidak harus berlaku. Wang yang diperuntukan adalah untuk meningkatkan mutu pengetahuan rakyat tetapi gagal mencapai matlamatnya.

    ReplyDelete
  21. Satu lagi pembaziran berlaku. Bila masanya kejadian ini dapat dihapuskan??

    ReplyDelete
  22. Apakah punca yang menyebabkan pekara ini berlaku? Ini bukan kes tunggal, sukar rakyat mempercayai slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.