SERAMAI enam orang pekerja asing Indonesia yang menggunakan Pas Lawatan Kerja Sementara merayu Konsulat Indonesia di Malaysia membela maruah mereka yang dihina oleh 100 orang Polis Malaysia yang menyerbu mereka di waktu subuh menjelang satu Ramadan dan menahan mereka di dalam lokap yang sempit selama empat hari tanpa sebarang kesalahan jenayah.
Turut mendukacitakan, kesemua isteri dan anak-anak mereka seramai 35 orang berusia antara 35 hari hingga 13 tahun turut disumbat ke dalam lokap yang sempit dan kotor bersama tahanan yang lain tanpa belas kasihan.
“Apa dosa kami pak? Kami cuma kerja ngikut arahan majikan. Kami nggak ada salah apa-apa pak. Kenapa kami ditangkap? Kasian anak-anak kami, kayak anjing dikandang (kurung) begitu,” ujar Bahlan Bin Pabe yang kesal kerana Konsol Indonesia di Tawau enggan membantu mereka walaupun majikan sudah melaporkan berhubung tangkapan mereka.
KEJAM.... Betapa kejamnya polis Malaysia kerana mengheret wanita dan kanak-kanak ke kancah jenayah sedangkan mereka tidak tahu apa-apa. Apakah kanak-kanak dan wanita ini dijadikan Sandera (Tebusan)?
Kata Bahlan, mereka diambil bekerja secara sah oleh Gabungan Saga Sdn.Bhd, konktraktor yang menguruskan kontrak perladangan dengan OKK Hassnar MP Ebrahim sejak tiga bulan lalu tidak menyangka polis Malaysia akan bertindak secara kasar tanpa perikemanusiaan, terutama terhadap wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa.
“Mereka begitu tega jadikan kami sandera (tebusan) agar majikan kami tampil. Tetapi apabila majikan kami datang untuk bebaskan kami, mereka (polis) nggak apa-apa in majikan kami,” ujar Bahlan yang mendengar perbualan polis bahawa alasan mereka ditahan ialah untuk memaksa majikan datang ke balai polis bagi menghadapi dakwaan.
Kata Bahlan, beliau terkejut kerana tidak menyangka dakwaan rakan yang baru pulang dari Malaysia bahawa polis Malaysia kejam adalah benar kerana sebelum ini beliau mengganggap mereka sengaja mahu menakut-nakutkan beliau agar tidak datang ke Malaysia.
“Walau polisi (polis) beragama Islam, tapi nggak punyai perasaan sesama agama. Apalagi kami ngerjain ibadah puasa. Apa salah itu ibu-ibu dan anak-anak kok sama ditangkap kayak banjingan? Mereka kan nggak tau apa-apa. Kan baik kalau mereka biar saja di rumah. Biar kami saja yang digiring ke balai,” ujar Bahlan yang kesal kerana rayuan mereka tidak diendahkan polis Malaysia.
Kesemua mereka termasuk seorang lelaki warga tempatan, Mohammad Bin Awang ditahan di bawah Seksyen 448, Kanun Keseksaan berdasarkan Laporan Polis Kinabatangan/1487/2010.
Enam pekerja asing Indonesia yang menggunakan pas lawatan kerja sementara yang ditahan ialah;
01. Busry Bin Rahmat
02. Yusuf Duren
03. Jerry Bin Kassim
04. Jusman Bin Gasing
05. Bahlan Bin Pabe
06. Udin Bin Ary Sad
Manakala isteri pekerja yang ditahan terdiri daripada;
01. Harni Binti Lahari
02. Rosma Binti Made
03. Augustina Paulus
04. Faridah Bin Randu
05. Tina Bte Sukardi
06. Rosdianah Bte Made
07. Sudarmi Bte Made
08. Yusmah Bte Wahidin
KASIHAN....Betapa pilunya saudara mara ibu malang ini di Indonesia kerana mendapat khabar ibu yang masih dalam pantang dan anak kecil yang berusia 35 hari terpaksa bermalam di Lokap berlantaikan simen tanpa selimut. Masih adakah perikemanusiaan di kalangan polis?
Dalam pada itu, Krew Sabahkini.net berjaya menghubungi Mantan Ketua Daerah Sandakan, OKK Hassnar MP Ebrahim, pemilik benefisial tanah berkenaan untuk mendapatkan ulasan.
Menurut Hassnar, tiga hari sebelum puasa, beliau telah memberi cuti tanpa rekod kepada para pekerja ladang warganegara Indonesia selama tiga hari agar mereka dapat menyambut kedatangan Ramadan dengan selesa.
Namun menjelang subuh, 13 Ogos 2010, di antara jam 3.00 hingga 5.00 pagi satu battalion polis seramai 100 orang telah dikerah Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim dan Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abdul Kadir menangkap tujuh pekerja ladang termasuk seorang warga tempatan yang mempunyai pasport dan permit kerja yang sah.
Menurut OKK Hassnar, Polis mempunyai niat malafide menangkap para pekerjanya dan pekerja kontraktor pada subuh Jumaat agar dapat memberi tekanan kepada pekerja supaya berhenti kerja kerana mereka tidak dapat dijamin keluar selepas tempoh 24 jam kerana cuti umum.
“Sifat khianat Iblis dan otak Syaitan yang ada dalam kepala Pesuruh Jaya Polis Sabah dan Ketua Polis Daerah Kinabatangan menunjukkan betapa pengecutnya mereka kerana hanya berani menangkap pekerja yang tidak mampu melawan,” Ujar Hassnar dengan nada kesal dengan peristiwa melontar najis ke Kedutaan Malaysia di Indonesia dan membakar bendera jalur gemilang kerana marah dengan layanan buruk kerajaan Malaysia terhadap warga Indonesia.
Menurut Hassnar, dua orang pegawai kanan polis (Noor Rashid dan Jaini) sewajarnya dipersalahkan kerana membangkitkan kemarahan rakyat Indonesia dengan menahan mereka yang tidak berdosa termasuk wanita dan kanak-kanak kecil yang tidak tahu apa-apa.
“Mereka terlalu bacul kerana tidak berani menangkap saya, sebaliknya menangkap pekerja Indonesia yang mempunyai permit yang sah dengan pelbagai tuduhan palsu termasuk menceroboh tanah berhak milik,” kata Hassnar yang mendesak Ketua Polis Negara menukar dua pegawai polis ini yang telah disamannya kerana salah laku dan salahguna kuasa polis pada 2007.
Kata OKK Hassnar, Noor Rashid dan Jaini mungkin dalam keadaan terdesak terpaksa mengikut arahan ‘Taukey’ Cina (kemungkinan akibat sogokan) yang menggunakan Sijil Anak Negeri Palsu melakukan kezaliman kepada warga Indonesia yang bekerja secara sah.
Sehubungan itu, OKK Hassnar meminta Ibu Pejabat Polis Bukit Aman agar menjalankan siasatan kenapa Noor Rashid dan Jaini menyalah gunakuasa polis mengerah 100 orang polis menyerang ladangnya yang masih dalam pertikian mahkamah, sedangkan polis tidak mempunyai bidang kuasa menceroboh tanah berhak milik, apatah lagi jika masih dalam perbicaraan di Mahkamah Undang-Undang.
“Saya menggesa agar Konsol Indonesia campurtangan kerana warga negara mereka yang bekerja secara sah menerima layanan buruk daripada Polis Di Raja Malaysia yang langsung tidak berperi kemanusiaan,” kata OKK Hassnar yang mengakui sedang menyediakan laporan rasmi untuk dihantar kepada Konsol Indonesia dalam masa terdekat.
Menurut OKK Hassnar, kejadian ini mengulangi serangan polis pada 27 November 2007 di ladang berdekatan dengan kejadian terbaru. Ketika itu, Noor Rashid dan Jaini yang menerima arahan daripada ‘Mafia Perladangan’, Kwan Bersaudara (Kwantas Corporation Berhad) mengerahkan lebih 200 orang anggota polis pelbagai pangkat yang lengkap bersenjata menyerbu tanah bergeran dan menangkap 17 pekerja yang berdokumen dengan mencipta tuduhan palsu, kononnya mereka ‘mengadakan perhimpunan haram’.
Akibat daripada serbuan haram polis tersebut, OKK Hassnar telah memfailkan saman terhadap Noor Rashid, Jaini dan lebih 50 pegawai polis yang telah menyalahguna kuasa mereka menyerbu ladangnya yang mempunyai geran hak milik pada jam 2 pagi untuk merampas semua parang dan tombak yang digunakan untuk bekerja di ladang. Kes tersebut akan dibicarakan pada September 2010.
WAJAH..."Apakah mereka yang berjubah polis ini layak digelar manusia jika berperangai Iblis dan berwajah Syaitan?" kata OKK Hassnar.
“Saya amat sedih dengan sifat kebinatangan CP dan Jaini yang tidak berhati perut menyumbat wanita dan kanak-kanak yang tidak berdosa ke dalam lokap yang sempit dan berbau busuk seperti kandang babi dalam keadaan mereka berpuasa. Di mana Jabatan Kebajikan dan SUHAKAM?,” getus OKK Hassnar dengan nada kesal kerana polis Malaysia sengaja mencetus kemarahan agar warga Indonesia di Sabah memberontak.
Walaupun kesemua mereka telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah empat hari ditahan di lokap, namun kata OKK Hassnar, tidak dapat membasuh dosa ‘The Satanic Police’ Noor Rashid dan Jaini yang sewajarnya diberi hukuman berat dan digantung tugas masing-masing setelah beliau memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu awal tahun ini.
Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)
kalau masuk rumah orang islam kena pakai ayat ' ASSALAMUALAIKUM...kata orang beri salam...dan kalau keluar rumah harus pamitan...minta diri...kata orang....itu adat harus di ikuti nah makanya gitu juga masok negeri orang harus pakai hukum..aturan....undang undang,,,kalau pas lawat melawat ajalah..ini kok mau kerja....apa sudah jadi..kan itu sudah melangar hukum...undang2....polis anya menjalankan/undang2 tugas...tuan fikir dengan waras yaaa.kalau ngak ada polis...
ReplyDeletewaduh kok..macam kisah ini hasil akal-akalan penulis engak bisa begitu pak..itu namanya gelampauin bohong itu nanti didengerin BENDERA disala tafsir kita pak..
ReplyDeleteKayaknya yang mengomen nggak faham undang-undang imigrasi di malaysia sih. mereka ini guna pas lawatan kerja sementara maksudnya permit kerja, bukan pas lawatan saja gitu kok. polisi mau sergup majikan, tapi takut. lalu jadikan pekerja kambing hitam. bisa nggak bacain dulu akta imigrasi bagi fikirin mau ngomen atau nggak. kasian deh warga kini kos dikeluyurin gini ginian kayak gombal
ReplyDeleteayah_min2min..
ReplyDeleteko ni betul tidak faham tetang artikel ini. Orang indonesia itu berkerja di sini dengan cara yang sah. maksud pas lawatan kerja itu, pas berkerja di sini. bukan pas lawatan. Polis yang betul-betul polis mesti berkerja dengan amanah dan adil bukan jadi kutukkan orang ramai kerana kelakuan yang tidak patut.
nampaknya perkara ini perlu disiasat dgn teliti, tahanan juga manusia dan perlu dilayan dgn baik. polis tak seharusnya bertindak sedemikian.
ReplyDeleteOKK Hassnar sudah banyak kali mendedahkan salah guna kuasa oleh polis2 ini, tapi sampai sekarang mereka masih berkuasa 'memerintah' di Sabah. sampai bila2 pun masalah2 yang dihadapi di Sabah tidak akan selesai selagi pihak berkuasanya 'diizinkan' untuk menyalahgunakan kuasa.
ReplyDeletepatutnya yang ditangkap dan disumbat ke dalam lokap ialah pendatang haram, bukannya yang lengkap dokumen. sudah la kejam, suka buat kerja yang sia2 dan buang masa...
ReplyDeletepihak polis tak patut bertindak seperti tersebut, nilai kemanusiaan perlu diambil kira terhadap tahanan.
ReplyDeletePerkara ini perlu disiasat secara terperinci.
ReplyDeletePolis DiRaja Malaysia menjalankan tugas ikut undang-undang dan peraturan Negara Malaysia, bukan ikut suka hati mereka sendiri. Jangan jadi penghianat negara kerana kepentingan diri sendiri, undang2 Malaysia mesti dipatuhi.
ReplyDeleteDalam hal menguatkuasakan undang2 dan peraturan tidak pilih bulu dan tiada yg terkecuali, sayugianya sesiapa yang tinggal di negara Malaysia wajib mematuhi undang2 negara ini, dan tidak sesuka hati melakukan sesuatu yg melanggar peraturan dan undang2 negara, terutama peraturam imigresen,.Yang anak2 orang indon ini semua ada pasport kah itu, kerana semua rakyat asing semada kecil atau dewasa mesti ada dokumen sah masuk negara ini, jika tidak ada anda menghadapi tindakan undang2 negara ini.
ReplyDeletesiasatan dan penjelasan diperlukan agar semua dapat mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
ReplyDeleteUndang-undang perlu dipatuhi. Namun begitu, perkara ini perlu disiasat dan dijelaskan supaya tiada salah faham yang ada.
ReplyDeleteJika benar kata penulis diatas bahawa wanita2 yang ditahan mempunyai dokumen sah, polis harus memberi penjelasan mereka ini ditahan atas apa kesalahan.
ReplyDeletePOLIS ANYA BERTINDAK MENGIKUT UNDANG UNDANG,,POLIS MALAYSIA PROPISIONAL,,KALAU ADA YANG SEBILANGAN KECIL YANG TAK BERTANGGUNG JAWAP...JANGAN DI BABITKAN SEMUA POLIS...SAUDARA HARUS FAHAM KALAU TIADA POLIS APA AKAN JADI NEGARA....SAYA HARAP SAUDARA BACA UNDANG UNDANG PERATURAN JENAYAH....
ReplyDeleteBetul, pihak polis haruslah bertindak mengikut peraturan juga. Jangan kerana setitik nila rosakkan susu sebelanga.
ReplyDelete