Sunday, August 29, 2010

Isu Surau Al-Huda

Pada hari Ahad 22hb Ogos, saya sebagai ahli parlimen Serdang telah mengunjungi Surau Al-Huda, Kajang bertujuan untuk menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan untuk memperbaiki pagar surau, dan berbuka puasa bersama ahli jawatankuasa dan jemaah surau.

Oleh kerana saya telah dijemput untuk memberi sepatah dua kata, saya dengan secara ikhlas memberikan sedikit penjelasan mengenai program pendidikan kerajaan negeri yang memanfaatkan rakyat Selangor.

Saya menyesal bahawa perkara ini telah menimbulkan perasaan keresahan antara umat Islam negara kita dan isu ini telah diperhangatkan oleh pihak-pihak tertentu atas sebab-sebab politik.

Saya ingin menegaskan secara ikhlas dan murni bahawa lawatan saya ke Surau Al-Huda tidak berniat politik, dan tidak bermotif untuk menyebabkan kesucian surau dan masjid dipersoalkan.

Saya menyambut baik pesanan, peringatan dan nasihat dari semua pihak mengenai perkara tersebut, dan akan dengan segala upaya, menjalankan tugas saya dengan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa yang akan datang.

Akhir sekali, saya juga akan memajukan penjelasan dan permohonan maaf kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Sultan Selangor Darul Ehsan mengenai perkara ini.

Oleh Teo Nie Ching

9 comments:
Write comments
  1. kalau bukan atas sebab2 politik pun isu ini akan tetap hangat. bagaimanapun, yang penting beliau mengakui kesilapan ini dan telah memohon maaf.

    ReplyDelete
  2. hal ini hnyalah salah faham sahaja, lagipun beliau telah memohon maaf dan akan lbih berhati hati dalam agar tidak menimbulkan perasaan umat Islam.

    ReplyDelete
  3. Itulah sebab mainan politik yang tidak serik-serik. Para politik yang hanya suka membesarkan perkara kecil dan bukan membantu menyelesaikan masalah.

    ReplyDelete
  4. sesiapa pun perlulah peka dalam pekara-pekara sensetif. setiap pemimpin perlu mengelak daripada melakukan sebarang pekara yang boleh menimbulkan isu sensetif.

    ReplyDelete
  5. Ini salah orang yang menjemput beliau juga, kerana tidak memberitahu apa yang patut dan tidak patut sebelum masuk surau atau masjid. Tapi apa yang penting sekarang beliau telah pun memohon maaf atas perkara itu. harap janganlah diperbesarkan lagi isu ini.

    ReplyDelete
  6. pihak Surau seharusnya memberitahu kepada beliau mengenai etika dan adab disurau terlebih dahulu. apapun beliau jg dah memohon maaf, hal ini seharusnya dah selesai dan tak perlu dibangkitkan lagi.

    ReplyDelete
  7. Kira OK la tu, yang penting beliau telahpun meminta maaf :)

    ReplyDelete
  8. Pengajarannya, berwaspadalah dalam setiap apapun yang kita lakukan, ingat negara kita ni negara majmuk dan harus peka dengan sensitiviti kaum kerana s/ada kita sengaja ataupun tidak, sedar ataupun tak sedar kesilapan kecil yang dilakukan pasti menimbulkan huru hara :P

    ReplyDelete
  9. Janganlah kita terus membesarkan isu ini. Diharapkan perkara ini akan diselesaikan secara aman sesama diri.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.