Pemimpin tertentu dalam PKR Sabah yang terlibat dalam menubuhkan Parti baru dikenali sebagai Parti Cinta Sabah (PCS)dicadangkan menerima hukuman penggantungan satu tahun.
Demikian menurut Saifuddin Nasuition dalam satu kenyataan kepada pejabat KABAR sebentar tadi.
"Pejabat Setiausaha Agung PKR pada 25 Ogos 2010 telah menerima hasil siasatan Jawatankuasa Disiplin terhadap aduan penubuhan Parti Cinta Sabah (PCS).
Laporan siasatan tersebut mengesahkan berlakunya perlanggaran terhadap disiplin parti megikut Fasal 27.7 iaitu patuh kepada perlembagaan parti, menjalankan dasar-dasar parti dan memelihara nama baik parti yang membabitkan 12 penama yang diadu sepertimana yang dilampirkan.
Jawatankuasa Disiplin juga telah mencadangkan hukuman penggantungan selama satu tahun dikenakan ke atas mereka yang akan hanya berkuatkuasa tertakluk kepada perakuan oleh mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada 29 Ogos yang akan datang," jelas Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang.
Kenyataan itu turut menyebut 12 penama itu diberikan peluang untuk mengemukakan rayuan dalam tempoh 14 hari bermula dari 29 Ogos ini.
PKR di Sabah khususnya di Tenom kini kian hangat berhubung pemilihan parti November ini.
Difahamkan pemilihan PKR Sabah ketika ini wujud beberapa kumpulan yang bersaing untuk memenangkan proksi masing-masing seterusnya menentukan hala tuju PKR Sabah yang tidak habis-habis dilanda kemelut sejak dua tahun lalu.
Berikut ialah senarai 12 Penama yang disiasat oleh Jawatankuasa Disiplin PKR Pusat.
1. Daniel John Jambun
2. Awang Ahmad Sah
3. Moses @ Mozes Michael Iking
4. Nicholas James Guntobon
5. Paul Kerangkas
6. Slvyester @ Balon Mujim
7. Innocent Makaji
8. Nasir Samie
9. Harry Kujukok Manisit
10. Rubbin bin Guribah
11. Gosibin Yosundang
12. Guandeee Kohoi.
Desas-desus setahun lalu juga mengaitkan PCS dengan Naib Presiden PKR, Datuk Dr. Jeffrey Kitingan dan turut dilaporkan di salah sebuah portal berita yang berpangkalan di negeri Sabah.
Malah, seorang pimpinan PKR Sabah ada mendedahkan senarai penaja PCS di laman sosial facebook, sejak setahun lalu.
Tidak lama selepas isu PCS timbul, pada Februari lalu muncul pula kumpulan tertentu di Sabah mahu menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai Parti Perpaduan Rakyat Sabah yang dikaitkan dengan Parti Ekonomi Rakyat Sarawak (PERSB) yang berhasrat meletakkan calonnya disemua kerusi Dun dan Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
PPRS difahamkan diterajui oleh Datu Mohd.Arshad Abdul Mualap,33, seorang ahli perniagaan yang satu ketika dulu merupakan ahli UMNO di Sungai Sibuga dan Datu Zulkifli Tun Datu Mustapha.
Parti ini yang entah dari mana asal-usulnya mendakwa mempunyai kira 80,000 penyokong di 25 bahagian di sabah.
Peliknya, sidang media khas yang diadakan di Inanam pada 18 Februari 2010 itu dilihat malu-malu untuk mengumumkan senarai jawatankuasa mereka kepada wartawan yang hadir.
Bagi PCS pula, ia dikaitkan dengan Parti Cinta Malaysia (PCM) yang cenderung menyokong kerajaan negeri Sarawak jika menang dalam pilihanraya negeri kelak.
-Masdarwahid Blogspot
Tuesday, August 31, 2010
Pimpinan PKR taja parti baru ?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
SABAH MERDEKA 47 TAHUN..
ReplyDeleteBangunlah wahai rakyat Sabah menentang penjajahan parti import dari Tanah Melayu..
Ayuh kita berdiri atas kaki sendiri..
jangan biarkan orang luar memijak2 tanah tumpah darah kita..
sampai bila kekayaan hasil bumi Sabah terus diambil mereka..
di manakah kemajuan yang kita harapkan setelah hampir seabad merdeka..
Bangunlah wahai rakyat Sabah..
Nasib Tanah tercinta ini terletak di tangan kita..
Marilah bersatu di bawah payung kepimpinan Rakyat Sabah sendiri..
Cukuplah kita terus menjadi Pak turut sekian lama..
Lihatlah hari ini nasib pejuang kemerdekaan Sabah..
langsung tidak disebut di media massa kebangsaan..
kenapa harus mengagungkan kemerdekaan penjajah baru ini..
Semoga Tanah Melayu sejahtera sempena kemerdekaan ke 53 tahun..
Wahai rakyat Sabah..
Mari kita agungkan kemerdekaan Sabah kali ke 47 tahun..
Mari kita bangunkan sendiri tanah tercinta ini..
Mari kita majukan Sabah Tanah Airku..
Bebaskan Labuan dari penjajahan Kerajaan Tanah Melayu..
MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA
SABAH MEMERLUKAN PARTI TEMPATAN YANG BENAR2 MEMEHAMI ASPIRASI PERJUANGAN RAKYAT SABAH..
ReplyDeleteAYUH PEMIMPIN SABAH..
JANGAN HAMPAKAN RAKYAT SABAH YANG INGINKAN PERUBAHAN
KEPADA PEMIMPIN YANG SEDANG BERSENANG LENANG ATAS KESENGSARAAN RAKYAT SABAH..
SEDARLAH..DAN INSAFLAH..
ANAK BANGSAMU MASIH MENGHARAPKAN KEBAIKAN DARI ANDA..
JANGAN JADIKAN KESILAPAN ANDA PADA MASA LALU DENGAN MEMBIARKAN LABUAN DIJAJAH DAN HASIL BUMI SABAH DIAMBIL UNTUK KEMAJUAN TANAH MELAYU MENYEBABKAN ANDA MEMBISU SERIBU BAHASA..
TEBUS KESILAPAN ANDA DENGAN PERJUANGAN BAHARU MEMERDEKAKAN SABAH DALAM ERTI KATA YANG SEBENARNYA
walau berapa banyak parti pun yang ditubuhkan, kalau masalah rakyat tetap tidak selesai, tiada guna juga tu..
ReplyDeletenak tubuh parti baru lagi? parti ini blum tentu akan berjaya.
ReplyDeletetidak perlulah untuk memnubuhkan apa parti pun, kerana tidak akan dapat juga menewaskan parti yang telah lama dituduhkan. Jadi sia-sia semua itu dilakukan. apa yang penting, cubalah untuk menyertai parti yang telah lama seperti UMNO. Ini memang sudah pasti kuat dan kukuh. Mari kita sama-sama untuk membantu rakyat sabah dan akan memberikan yang terbaik untuk rakyat.
ReplyDeleteBersatu untuk menentang musuh dalam selimut!!! selagi rakyat tidak bersatu selagi itu masalah tidak akan selesai...
ReplyDeleteYang penting matlamat asal tidak diketepikan dan rakyat mesti menjadi keutamaan..... Namun pertambahan parti hanya akan membahagi-bahagikan perjuagan yang asalnya hanya 1..
ReplyDeletePKR perlulah menyelesaikan masalah dalaman terlebih dahulu sebelum menjanjikan bulan dan bintang.
ReplyDeleteAhli PKR sendiri tidak senang dengan parti PKR itu macammana mahu menjadi pemerintah sekiranya sekarang sudah nampak kelemahan kurang sefahaman dari pihak sendiri.
ReplyDeletemunculnya parti baru akan mewjudkan lagi suasana politik yang baru. apapun rkyat tetap akan memilih parti yang benar2 kukuh iaitu BN.
ReplyDeleteapa juga guna tu PKR macam umno juga import dari malaya...hidup PCS estidi ko poul kerengkas..
ReplyDeletemasalah dalam PKR hanya akan melemahkan parti itu.
ReplyDeleteparti baru juga tidak akan menyelesaikan apa-apa. ini kerana parti baru belum tentu lagi kukuh dan tidak mempunyai ramai penyokong.
ReplyDeleteBagus kalau kita sendiri ada parti dari Sabah. Tak perlulah bergantung kepada parti dari Semenanjung.
ReplyDeleteSiapakah pemimpin Sabah yang boleh kita harapkan? Parti mana yang harus kita sokong? Ke mana arah tuju Sabahan?
ReplyDeleteApa2 lah, yang penting Sabah tetap harmoni!!!
ReplyDeleteBetul tu neiji sheito. Kalau kebajikan rakyat tetap terabai, tubuhlah apa parti sekalipun; konpom takda guna bah. Yang ada gimik, gimik, gimik!!!!!!!
ReplyDeleteKalau parti yang ditubuhkan pun kurang terurus, inikan pula pula parti baru.. Ingat senangka nak ambil kepercayaan rakyat!!
ReplyDeleteBukankah lebih baik kalau semua pihak bersatu... Tak payah tubuh apa2 parti, bersatu ja; konpom semuanya OK. hehee
ReplyDeleteTapi kalau nak sangat tahu parti mana yang jadi pilihan rakyat, jom kita tunggu dan lihat next GE nanti, apa jawapannya. hehhee
ReplyDeleteYa, bagus lagi kalau kita tunggu dan lihat bila PRU-13 nanti.
ReplyDeleteRakyat harus membuka mata dan cerdik menilai. Inilah pemimpin yang kononya berjuang untuk rakyat,hakikatnya mereka berjuang untuk diri mereka. Kita tolak pemimpin demikian.
ReplyDeleteInilah cara mereka berpolitik. Kepentingan diri diutamakan. Tapi mereka tidak faham walau apa parti baru yang ditubuhkan, akibatnya cuma satu iaitu kekuatan rakyat dipecahbelahkan.
ReplyDeleteBayangkan kalau kita dipimpin pemimpin yang tidak berpendirian dari senarai di atas.
ReplyDeleteApa kesudahan kita?