Ketika isu kenyataan rasis pengetua di Johor masih “panas” manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengarahkan sebuah jawatankuasa menyiasat kes itu, seorang pengetua di Kedah didakwa mengeluarkan kata-kata menyinggung pelajar bukan Melayu.
Kenyataan rasis melibatkan pengetua di Kedah dikeluarkan minggu lalu.
Pengerusi Gerakan Kedah Dr Cheah Soon Hai berkata, pengetua sebuah sekolah rendah di Sungai Petani didakwa meminta murid-murid Cina supaya “pulang ke China”.
Sehubungan itu beliau meminta pentadbiran Najib mengambil tindakan disiplin.
Pengetua wanita itu didakwa mengeluarkan kenyataan itu Jumaat lalu dengan menegur murid-murid Cina tidak sensitif kepada rakan-rakan mereka yang beragama Islam dengan makan di kawasan sekolah ketika bulan Ramadan.
Kata beliau, pengetua itu meminta mereka kembali ke China jika mereka tidak boleh menghormnati budaya kaum lain.
“Mengeluarkan kenyataan seperti ‘penumpang’ di negara ini sama sekali tidak berasas,” kata Cheah dalam kenyataannya hari ini.
“Sekolah adalah tempat untuk belajar dan kenyataan seperti itu yang keluar daripada seorang pengetua tidak boleh dimaafkan,” tambahnya.
Cheah yang mewakili suara pelajar, ibu bapa dan ahli politik mendesak Putrajaya untuk mengambil tindakan tegas terhadap sekolah yang tidak bertolak ansur dalam isu perkauman.
Kes yang berlaku di Kedah merupakan insiden kedua dilaporkan yang melibatkan pengetua sekolah.
Awal minggu ini, pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putra di Johor diarah untuk mengambil cuti oleh Jabatan Pendidikan Negeri berikutan terdapat kira-kira 20 laporan polis telah dibuat pelajar yang menuduhnya membuat kenyataan menghina pelajar Cina dan India.
Pelajar-pelajar tersebut mendakwa Siti Inshah Mansor menggelarkan mereka sebagai “penumpang” dan menyamakan pelajar India yang memakai tali keagamaan sama seperti anjing.
Dalam kenyataan pertama mengenai kes itu, Muhyiddin berkata Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom agar menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan tersebut.
Alimuddin sebelum ini mengatakan perkara itu adalah salah faham dan sudah diselesaikan.
“Kami hendak mendapatkan fakta sebenar. Setakat ini reaksi bersifat emosional tetapi kita perlu adil dan mempunyai maklumat yang betul sebelum kita boleh memutuskan langkah yang perlu diambil,” kata Timbalan Perdana Menteri itu ketika sidang media hari ini.
Beliau berkata tindakan disiplin ke atas pengetua berkenaan akan diputuskan selepas laporan lengkap diterima.
Polis kini sedang menyiasat kes di Johor di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan. -TMI
Saturday, August 21, 2010
Kenyataan rasis: Pengetua didakwa hina pelajar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kalau malaysia menganggap isu rasis ini adalah isu yang serius, lakukan tindakan yang serius. ibubapa dan murid2 di sekolah itu cukup untuk membuktikan pengetua itu rasis. lakukan tindakan sebagai pengajaran bukan sahaja kepada pengetua itu tetapi untuk semua rakyat malaysia.
ReplyDeletesebagai seorang guru dan pengetua sekolah, ia tek seharusnya bersikap racis, kerajaan harus mengambil tindakan tegas terhadapnya. sikap racis hnya memecah belahkan perpaduan kaum di negera kita.
ReplyDeletesiasatlah dahulu..jika benar, ambil tindakan tegas terhadap pengetua tersebut. kenyataan rasis tidak patut dilakukan oleh sesiapa pun.
ReplyDeleteini memang betul, siasatan perlu kerana mungkin pelajar itu tersalah faham dengan maksud guru tersebut. Dan mungkin ada sebab kenapa perkara ini boleh berlaku. Oleh itu, pihak berkuasa harus menyelesaikan kes ini dengan secepat mungkin.
ReplyDeleteSesiapa sahaja tidak harus bersikap rasis kerana ia hanya akan membawa pelbagai masalah. Apa-apa pun diharapkan kes ini disiasat untuk mengesahkan kenyataan rasis pengetua tersebut.
ReplyDeleteTindakan tegas terhadap pengetua tersebut harus diambil. Sebagai guru dan pengetua, dia seharusnya menjadi contoh yang baik kepada murid2xnya. Saya berharap pengetua tersebut akan lucut dari jawatannya.
ReplyDeletebetul tu Lisa,, malah sebagai kakitangan kerajaan beliau sepatutnya menjadi penggerak kepada dasar2 kerajaan dan menegakkan konsep 1Malaysia. mereka dibayar untuk menyumbang kepada masyarakat, kerajaan dan negara, bukannya menjadi rasis. oleh itu, tindakan tegas wajar dikenakan kepada beliau..
ReplyDeletesebagai pendidik, pengetua tersebut tidak harus mengeluarkan kenyataan bersifat rasis..perbuatan sedemikian memberikan imej buruk kepada golongan pendidik..
ReplyDeleteisu perkauaman dan agama tidak seharusnya dipersoalkan oleh sesiapa pun seperti yang jelas dinyatakan dalam perlembagaan malaysia...mereka yang bersalah harus dihukum dan akta ISA harus dipertimbangkan untuk digunakan mendakwa mereka yang bersalah demi keselamatan negara dan rakyat.
ReplyDeletekita semua adalah rakyat malaysia..berbilang bangsa dan agama adalah keunikan masyarakat kita..sebagai seorang pendidik, pengetua tersebut seharusnya lebih bersikap sensitif dan tolenrasi kepada pelajar kaum lain..
ReplyDeletesiasatan menyeluruh harus dilakukan...jika didapati bersalah, pengetua tersebut harus dikenakan hukuman maksimum sebagai peringatan kepada masyarakat..
ReplyDeletediharapkan mana2 pihak atau orang perseorangan tidak akan mempersoalkan isu perkauman dan agama..apa yang penting adalah kesejahteraan sejagat demi kebaikan rakyat seluruhnya...
ReplyDeleteMakan time orang puasa pun boleh timbulkan kemarahan ka.. alahai.. Bersyukurnya aku hidup di Sabah. Semua kawan Muslim yg puasa langsung tak kisah pun aku makan depan dorang, malah siap cakap lagi 'tak perlu segan, makan saja nanti kamu gastrik...'
ReplyDeleteSabah juga la yg paling best :)
Memang lah kurang sopan makan di depan orang yang berpuasa tapi rasanya kalau nak saling menghormati, yang berpuasa pun mestilah faham keadaan org yg tak berpuasa kan... hehehhe
ReplyDeleteGuru hina pelajar adalah satu perbuatan yang melampaui batas. Who is he/she to judge a student? Please respect others if you want others to respect you.
ReplyDeleteTindakan tegas patut diambil terhadap orang yang menimbulkan isu perkauman dan bersifat rasis. Perbuatan ini tidak selaras dengan konsep 1 Malaysia, sebagai guru besar, adalah tanggungjawabnya untuk menjadi contoh kepada murid-murid, tapi sebaliknya dia menghina kaum lain dan perbuatan ini akan mempengaruhi murid-murid lain untuk terus menjadi racis.
ReplyDelete