Sekumpulan kakitangan perbadanan labuan telah mengugut orang-orang tua kampung dan miskin yang menjajah buah-buahan hasil tanaman mereka ditepi jalan Sg. Kinabenua - Kg. Bebuluh, tanpa memikirkan masalah dan kesusahan yang mereka hadapi.
Keluhuan mereka telah disampaikan kepada pihak-pihak bertanggungjawap namun tiada apa-apa tindakan yang dibuat.amatlah dikesali dengan apa yang berlaku orang-orang tempatan bagaikan pendatang ditempat sendiri, sedangkan di Pasar Peladang Labuan, mereka yang memonopoli penjualan sayur2 dan buah2an adalah orang luar yang berbangsa bugis.
Kiriman : Romai bin salaiman
Wednesday, August 11, 2010
Aduan: Nasib orang kampung yang Miskin
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
sebelum menyalahkan pihak berkuasa, lihat dulu diri sendiri samada tindakan itu mematuhi undang2 dan peraturan atau tidak.. sudah tentu lah ianya satu kesalahan jika berniaga di tepi jalan, orang bugis tu berniaga di Pasar Peladang Labuan yang memang telah diluluskan. disini nampak bezanya orang luar lebih tahu dan mematuhi undang2 berbanding dengan orang tempatan. jangan disebabkan Labuan itu adalah wilayah anda jadi anda boleh buat sesuka hati dan bersikap manjakan dengan kerajaan.
ReplyDeleteapa2pun kerajaan patut menyediakan tempat yang lebih baik kepada mereka bagi meneruskan aktiviti perniagaan mereka. saya harap keluhan mereka tidak diabaikan oleh pihak yang bertanggungjawab.
ReplyDeleteberniaga di tepi jalan adalah melanggar peraturan yang ditetapkan. harap pihak yang berwajib dapat menyediakan tempat atau lokasi untuk membolehkan golongan peniaga ini menjalankan perniagaan mereka.
ReplyDeletepihak berwajib juga perlulah memberikan keutamaan kepada penduduk tempatan berniaga di Pasar Peladang Labuan. ini bagi membantu penduduk tempatan dari segi peluang ekonomi.
ReplyDeletejika nak berniaga, biarlah ia mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
ReplyDeletePihak2x yang bertanggungjawab haruslah mencarikan tempat yang lebih sesuai untuk mereka meneruskan perniagaan mereka dan untuk mengelakkan sebarang masalah baru tertimbul.
ReplyDeleteDiharapkan masalah ini diberi perhatian daripada pihak berkuasa. Tolonglah membuat penyiasatan yang wajar serta membuat tindakan untuk melindungi orang kampung ini daripada ancaman orang luar.
ReplyDeletepihak berkuasa, berikanlah mereka tempat yang tersedia untuk menjual barangan mereka supaya dapat mencari rezeki.
ReplyDeleteseharusnya kerajaan menyediakan tapak untuk penduduk tempatan berniaga, keutamaan perlu diberi kepada penduduk tempatan.
ReplyDeleteSemoga selepas pendedahan ini akan adalah pihak berwajib menjalankan tanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini.
ReplyDeletekita kena tahu juga kenapa kakitangan perbadanan labuan menghalang mereka berniaga di kawasan itu. pasti ada sebab lain selain dari sekatan undang2. mungkin juga untuk keselamatan mereka kerana keadaan jalan disitu boleh mengancam keselamatan mereka..
ReplyDeleteSeharusnya mereka memberikan keutamaan kepada orang tempatan berbanding orang lain.
ReplyDeleteundang-undang mesti kita ikuti. sekiranya dilarang untuk berniaga ditepi jalan jangan langgar undang-undang kerana itu yang jadi seperti sekarang.
ReplyDeletekenapa orang luar pula berniaga dipasar paladang dan tidak diutamakan kepada orang tempatan terlebih dahulu. Utamakan orang tempatan terlebih dahulu baru orang luar.
ReplyDeletesekiranya pun dirobohkan, tolonglah sediakan tempat untuk mengantikan tempat mereka berjual itu. bina tempat baru untuk mereka meneruskan perniagaan mereka.
ReplyDeleteJika benar pasar Peladang dimonopoli orang luar, pekara ini mesti dikutuk sedangkan anak tempatan dipinggirkan dan tidak diberi ruang untuk mencari nafkah.
ReplyDeleteUndang-undang mesti dilaksanakan tetapi mereka juga perlu dibantu terlebih dahulu. Peluang untuk cari makan mesti dibekal.
ReplyDeleteSegala polisi atau undang-undang tiada lain melainkan untuk manfaat rakyat.
Keutamaan perlulah diberikan kepada orang tempatan dan bukan orang luar. Kerajaan tempatan perlulah menjaga kebaikan rakyatnya.
ReplyDeletesebenarnya bukan mereka mengutamakan orang luar. mungkin juga peniaga2 tepi jalan ini tidak mahu dikenakan bayaran atau sewa dan memilih tepi jalan sebagai lokasi mereka kerana tidak perlu terikat dengan sewa seperti di Pasar Peladang Labuan. oleh itu jangan ambil jalan mudah kalau mahu serius berniaga.
ReplyDeleteBagaimana orang luar boleh berniaga di Pasar Peladang? Adakah orang luar dibenarkan memohon lesen perniagaan?
ReplyDeleteRakyat tempatan mesti diberi keutamaan. Siasat kenapa orang luar diberi kebenaran berniaga di Pasar Peladang Labuan.
ReplyDeleteAda udang di sebalik batu. Kalau kepentingan orang tempatan diabaikan, kita bawa pekara ini ke peringkat yang lebih tinggi sehingga dilayan.
ReplyDeleteBukankah Pasar Peladang dibina untuk memberi peluang kepada rakyat tempatan mencebur diri dalam perniagaan?
ReplyDelete