Wednesday, August 4, 2010

Bekas ADUN Selangor mati ditembak

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang, Kuala Selangor, Datuk Abd Aziz Mohd Noh, 63, dan pembantu peribadinya, Siti Norazah, 43, ditemui mati ditembak di KM476, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat Sungai Buloh pagi tadi.

Abdul Aziz dan Siti Rohana yang juga Naib Ketua Wanita Umno Tanjong Karang, dipercayai dalam perjalanan dari ibu negara menuju ke utara ketika kejadian kira-kira jam 11.30 pagi itu, dengan menaiki kereta jenis Toyota Caldina warna putih.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, mengesahkan siasatan awal mendapati ada kesan tembakan di kepala kedua-dua mangsa dan tembakan itu dipercayai dilepaskan dari dalam kenderaan itu.

Polis katanya, turut menemui pistol milik Abdul Aziz serta permit senjata api berkenaan di dalam kenderaan berkenaan.

"Menurut saksi di tempat kejadian, tiada individu lain berada dalam kenderaan mangsa ketika kejadian.

"Oleh itu polis meminta supaya semua pihak untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kejadian itu," katanya pada laman sosial Facebooknya, hari ini.

Khalid berkata, hasil bedah siasat mendapati kedua-dua mangsa mati akibat kecederaan di kepala iaitu dua kesan tembak di kepada Abdul Aziz manakala satu kesan tembakan pada kepala Siti Rohana.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Omar Mamah, ketika dihubungi, berkata polis pada mulanya menerima laporan kemalangan jalan raya membabitkan kereta terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya itu.

Katanya, apabila anggota trafik tiba di tempat kejadian dan mengeluarkan mayat kedua-dua mangsa, mereka menemui sepucuk pistol revolver .38 dengan tiga peluru sudah digunakan.

"Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan kesan tembak di sebelah kanan kepala dan ketika ditemui, hanya mereka berdua yang berada dalam kereta itu.

Jenazah Abdul Aziz akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 21, Shah Alam selepas Isyak manakala jenazah Siti Rohana pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Batu 7 1/2 Sungai Gulang-Gulang Tanjung Karang selewat-lewatnya malam ini.

Abdul Aziz meninggalkan isteri Siti Fatimah Mohd Noor, 62, serta dua anak perempuan, Norazilah, 40, pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS); Norazian, 37, pensyarah Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan seorang anak lelaki Mohd Anis Hisham, 33, Exco Pergerakan Pemuda UMNO.

Abdul Aziz menjadi wakil rakyat dari 2004 hingga 2008 dan pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abu Hassan Omar, pada 1997. -BH

8 comments:
Write comments
  1. Apa yang menyebabkan Bekas ADUN ini menjadi sasaran tembakan?

    ReplyDelete
  2. dari sumber lain, polis tidak menolak kemungkinan bahawa kes ini adalah kes pembunuhan dan bunuh diri dimana tidak ada orang luar yang terlibat. apa2pun biarla polis buat siasatan dahulu..

    ReplyDelete
  3. kes ini perlu disiasat dgn teliti, punca sebenar kejadian ini perlu diketahui.

    ReplyDelete
  4. biarlah polis menjalankan siasatan. harap polis akan dapat menemui jawapan terhadap kes ini.

    ReplyDelete
  5. Saya kurang yakin dengan kenyataan Polis bahawa kemungkinan kes ini adalah kes pembunuhan dan bunuh diri.Diharapkan polis siasat dengan lebih teliti.

    ReplyDelete
  6. If its true that its a "pembunuhan dan bunuh diri" case, then what is the motive??? Police, please further investigate this case.

    ReplyDelete
  7. polis haruslah membuat siasat lebih atas kes ini. ini kes menggunakan senjata api dalam pembunuhan ini.

    ReplyDelete
  8. Diharapkan penjelasan yang lanjut akan dibuat selepas penyiasatan yang teliti.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.