Harga barang dapur kini merunsingkan kita terutama sekali kepada kaum ibu kerana harga barang basah naik mendadak setiap hari di mana berkemungkinan suatu hari nanti ikan kembong, sotong, udang dan ketam tidak lagi menjadi menu harian kepada mereka yang berpendapatan rendah.
Kalau gaji RM1000 dengan tanggungan keluarga seramai 6 orang bagaimana hendak menempuh kehidupan yang sempurna jika sekiranya dengan pendapatan RM1000 itu sahajalah jadi penyambung nyawa seisi keluarga.
Bayangkan untuk bayar sewa rumah yang paling murah mungkin rumah setinggan adalah tidak kurang daripada RM200.
Perbelanjaan sekolah anak-anak apabila dicampurkan tambang dan wang saku mereka tidak kurang RM5 seorang mesti disediakan jika tidak mahu melihat mereka belajar dalam keadaan kelaparan hingga ke petang.
Ikan kembong kini RM15 sekilo, sotong RM22 sekilo, udang pula RM22 sekilo dan ketam sudah mencecah harganya RM25.00 sekilo.
Bagaimana 5 tahun akan datang? tidakkah nanti harga ikan kembong akan mencecah RM30 dan sotong mungkin RM40 sekilo dan kemungkinan-kemungkinan ramalan sebegini tidak mustahil akan berlaku kerana sebelum ini pun telah pun menjadi kenyataan.
Rakyat Malaysia yang berpendapatan rendah sebegini mengeluh pendam dalam diam dan menjadi tradisi mereka ini tidak mahu menunjukkan kesusahan apatah lagi mengadukan nasib kepada orang luar dari lingkungan keluarga mungkin kerana menjaga maruah diri dan kerana tabah dan mungkin kerana keberkatan hasil pendapatan yang halal itu dapat mengharungi hidup dengan tenang dan rasa bersyukur apa yang ada tetapi nasib mereka ini sepatutnya terbela dan diambil perhatian sewajarnya.
SYED ABDULLAH JAMALULLAIL
AMPANGAN, SEREMBAN
Thursday, December 8, 2011
Harga barang naik mendadak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
harga gula utk pasaran domestik mendadak naik apabila kerajaan [melalui felda] mengambilalih sykt gula...kerajaan PRIHATIN maa...
ReplyDeleteBelum lagi masuk cukai GST lepas pilihanraya nanti kalau tidak kenakan cukai GST nanti kerajaan BN akan mangkrap kata Datuk Idris Jala. Jadi marilah kita ramai-ramai undi BN supaya kita boleh makan pasir kan pemerhati dan neji!
ReplyDeleteJADI UNDILAH BN..BARANG NAIK TAK APA BAGI BN MEMERINTAH 5 TAHUN LAGI..
ReplyDeleteSIAL BETUL BN/BARANG NAIK HIDUP KU SEMANGKIN TERHIMPIT.
ReplyDelete