Monday, December 5, 2011

Kenapa Saya Keluar Dari UMNO?

PARTI UMNO adalah parti pertama saya menjadi ahli pada 1994. Sungguhpun saya pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Cawangan USNO Kg Petagas, saya tidak pernah menjadi anggota parti itu secara rasmi.

Saya di Edinburgh, Scotland selama 5 tahun dan balik ke Sabah pada September 1994. Ketua UMNO Bahagian Kota Belud pada masa itu ialah Datuk Seri Salleh Said. Dia juga Menteri Kewangan Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri Sabah. Sebaik bertemu, dia menjemput saya menyertai UMNO.

Pada masa yang sama, abang kandung saya Jamlidi Hj Oli adalah Ketua Bahagian PBS. Dia dijangka akan menentang Salleh Said di Parlimen Kota Belud atau DUN Usukan jika PRU diadakan kerana PBS adalah parti pembangkang ketika itu.

PBS pimpinan Tan Sri Pairin hanya kembali kepangkuan BN pada tahun 2001 setelah tewas pada PR negeri tahun 1999.

Walaupun abang saya seorang pemimpin kanan PBS, saya memilih UMNO kerana saya kenal UMNO. Saya pernah belajar dan mengajar mata pelajaran sejarah. Saya tahu siapa Onn Jaafar, Tunku Rahman, Tun Razak, Tun Hussien. Saya tahu sejarah Malayan Union.

Saya yakin berdasarkan sejarah perjuangannya UMNO adalah parti terbaik kepada saya dan rakyat Sabah!

Saya juga yakin parti UMNO boleh meneruskan agenda yang diperjuangkan rakyat Sabah melalui PBS tanpa perlu berkonfrantasi dengan kerajaan Pusat. Perjuangan memulihkan Perkara 20, Borneonisasi, otonomi, masalah PTI dan banyak lagi isu negeri, pada hemat saya rasa lebih mudah ditangani jika parti UMNO yang menerajuinya kerana hubungan yang rapat kepimpinan UMNO negeri dengan pimpinan tertinggi negara.

Begitulah tingginya harapan saya kepada UMNO!

Selepas berlalu PRU 1995, 1999, 2004, 2008 dan selepas 9 orang KM Sabah bertukar ganti sejak UMNO masuk ke Sabah. Bermula dengan Tun Sakaran Dandai, Datuk Salleh Said Keruak, Datuk Yong Teck Lee, Tan Sri Dompok, Datuk Osu Sukam, Tan Sri Chong Kah Kiat dan Datuk Musa Aman. Isu seperti royalti, perkara 20, PTI dan Borneonisasi masih tidak mendapat perhatian yang serius.

Kepimpinan UMNO Sabah dan Pusat terus mendendangkan lagu pembangunan. Manakala rakyat Sabah terus bergelumang dengan pelbagai masalah ekonomi dan sosial. Kadar kemiskinan masih di tahap yang tinggi. Kadar pengangguran terus berada di puncak statistik negara.

Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas.

UMNO adalah parti yang terbaik kepada orang Melayu di Tanah Melayu!!

Saya sedih keluar dari parti yang terus mengungguli perjuangan membela agama, bangsa dan negara seperti UMNO. Saya amat menghormati prinsip UMNO untuk membela umat Melayu. Tapi untuk UMNO membela dan memperjuangkan hak-hak orang Bajau, Kadazandusun, Murut, Ubian, Brunei, Orang Sungai, Kadayan, Bisaya, Tatana, dan rakyat pribumi Sabah yang lain barangkali belum sampai masanya!

Oleh : MUSLI OLI (sabahkini)

23 comments:
Write comments
  1. UMNO yang telah bertapak di Sabah harus menjaga kebajikan penduduk Sabah.

    ReplyDelete
  2. itu terpulang pada Musli untuk keluar dari UMNO, itu hak dia.

    ReplyDelete
  3. Sekiranya UMNO/BN mahu menerus bertapak di Sabah. Rakyat perlu diutamakan. Segalanya kena bersih baru rakyat yakin.

    ReplyDelete
  4. Biasanya orang bila keluar parti antara hajat/cita2 tidak kesampaian ataupun tidak sehaluan dengan perjuangan parti.

    ReplyDelete
  5. Masuk kandang kambing, mengembek. Masuk kandang kerbau, menguak. UMNO perlu ikut rentak orang Sabah kalau mahu dapat sokongan rakyat. Sabah terdiri daripada pelbagai kaum dan cara di sini tidak sama dengan di malaya.

    ReplyDelete
  6. Kalau sudah keluar dari UMNO nanti masuk parti barukan . . . lepas itu keluar lagi dan masuk lagi parti baru . . . ini lah dia dinamakan kata kudung....

    ReplyDelete
  7. dari mana sekalipun asal parti itu, jika ahli2nya terdiri dari pemimpin tempatan Sabah, mereka tetap boleh berfikir cara Sabahan dan faham dengan situasi Sabah..

    ReplyDelete
  8. Jika ada 100 belia dari Sabah yang berkelayakan mencari pekerjaan ke tanah Semenanjung, dimana kah mereka bekerja? Peluang hanya mampu dapat kerja sebagai GRO, tukang urut di Bukit Bintang atau kerja Kilang di Sungai Way. Sebaliknya jika ada 100 belia dari negeri-negeri dari Semenanjung ke Sabah, mereka akan menjadi ketua-ketua jabatan persekutuan, pegawai kanan dan kontraktor Petronas. Betul itu Musli, lihatlah jawatan Juruteknik di Jabatan-jabatan kerajaan perseketuan di Sabah. Tak akan tak ada orang Sabah yang Layak. Guru-guru J-Qaf pun tak akan tidak ada orang sabah yang layak. Fikirkanlah!

    ReplyDelete
  9. siapa cakap UMNO ingin membantu bumiputra sabah,cuba lihat 3 parti kerajaan dari USNO,BERJAYA,PBS ada kah parti ini merompak tanah NCR tapi sekarang UMNO boleh mengubah tanah NCR untuk di rompak dan diberi kepada kroni mereka,cuba berjalan-jalan di sandakan,kota merudu,sandakan dan keningau dan tenom banyak sudah tanah di ambil oleh kroni UMNO.jadi berubah lah rakyaat sabah,ubah sebelum parah.

    ReplyDelete
  10. Cuma rakyat Sabah sahaja yang boleh membantu rakyat Sabah sekarang. Harap pemimpin temptan kita akan berusaha memperjuangkan hak rakyat.

    ReplyDelete
  11. Harap pemimpin-pemimpin tempatan akan bersatu untuk kebaikan semua rakyat Sabah!

    ReplyDelete
  12. itu terserah kepada beliau sendiri untuk keluar parti atau tidak.

    ReplyDelete
  13. biasanya mereka yang tukar-tukar parti ni dikaitkan dengan tidak setia..

    ReplyDelete
  14. Najib najib, apa yg awk cakap ni? Klau sblom ni pun cakap awk byk flip flop, agak2nya dgn kenyataan awk ini rakyat nak percaya ke?? Yg sbnarnya berlaku adalah, masa depan melayu telah pun gerhana dibawah kepimpinan umno, begitu juga agama Islam pun dah jadi caca merba dlm negara. Utk kembalikan sinar pd gerhana ini, x dpt tidak kerajaan kena bertukar, itu sj caranya. Krn 54 thn umno memerintah, suasana bukan berubah kearah kebaikan, bahkan semakin menjadi buruk (sorry to saya that). Kenyataan awk itu hanyalah utk menyelamatkan umno sj sbagai kerajaan. Juga utk menyelamatkan puak2 umno sendiri spaya masih mampu manfa'atkan semaksima mungkin hasil dlm negara ini. Itu sj makna kata2 tersirat dari kata2 awk itu najib, no more no less...

    ReplyDelete
  15. benarkah UMNO Sabah tak perjuangkan kepentingan rakyat Sabah??

    ReplyDelete
  16. jangan sebab Sabah fixed deposit, parti2 Semenanjung bertapak di Sabah tapi tidak membela nasib rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  17. Illya, kau tak nampakkah apa UMNO Sabah buat tentang kebanjiran PTI di Sabah. Parti Komponen BN yang lain menyeru penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja tapi UMNO Sabah hanya membisu. Inikah pejuang? Buka sikit mata jangan tidur saja!

    ReplyDelete
  18. nah sekarang ketua menteri cakap penubuhan RCI hanya gimik politik pembangkang saja untuk meraih sokongan rakyaat sabah,memang lah satu satu parti politik yang tidak menyokong penubuhan ini ada lah UMNO...bah rakyaat sabah sudah nampak mana kaca dan mana intan kalau kamu masih lagi berdiri di belakang UMNO dan BN nercaya kamu lah makluk yang paling bodoh di muka bumi ini....tumbang kan BN ujudkan RCI untuk menangkap penjenayah dan penjual negara ini...

    ReplyDelete
  19. Parti bangsat UMNO sial harus dihancurkan bagi mengelakkan Sabah terus menjadi negeri termiskin walhal Sabah adalah negeri terkaya sbelum kemasukan parti bangsat UMNO. Warga Sabah janganlah terus menjadi bank undi parti bangsat UMNO untuk memboroikan kuasa politik parasit2. Warga Sabah hanya di'groom' menjadi pkerja2 kilang sedangkan orang2 smenanjung di'groom' menjadi pengarah2 dan ketua2 jabatan di Sabah sedangkan perkara busuk ini bertentangan dgn perjanjian 20 perkara malaysia.

    ReplyDelete
  20. Biarlah penduduk Sabah sendiri membuat penilaian dengan kebolehan UMNO/BN untuk Sabah. Setiap orang ada pandangan mereka sendiri.

    ReplyDelete
  21. UMNO perlulah menyelesaikan masalah penduduk Sabah. Mengenai jawatan yang ada di Sabah rasanya berikan keutamaan kepada penduduk Sabah itu sendiri.

    ReplyDelete
  22. su masalah pendatang tanpa izin dan isu projek lC adalah satu isu yang dekat di hati rakyat Sabah. Rakyat Sabah telah menunggu berpuluh tahun untuk mengatasi masalah ini. Terbukti bahawa keadaan ini bertambah parah setelah banci penduduk dijalankan pada tahun 2010. Penduduk Sabah bertambah secara mendadak kepada 3.2 juta orang berbanding dengan jiran negeri Sarawak hanya 2.4 juta.

    ReplyDelete
  23. tenggelamkan umno d laut cina selatan!

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.