Sementara rakan-rakannya menolak daripada menyentuh isu kontroversi projek ternakan lembu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC), yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Bung Moktar Radin (gambar) mempertahankan pendiriannya menggesa Ketua Wanita itu meletakkan jawatan.
Ahli Majlis Tertinggi Umno ini mendakwa isu NFC kini menjadi liabiliti kepada parti. Ahli Parlimen Kinabatangan yang lantang ini juga mengetepikan wujudnya sokongan padu bagi Shahrizat ketika persidangan agung sayap Wanita Rabu lalu.
Katanya: “Kita tidak tahu apa jenis sokongan itu.”
“Ini kerana tiada perwakilan yang dengan jelas menyatakan sokongan, sokongan bagi parti, ya ada, saya tahu,” kata beliau ketika ditemui di sisi Perhimpunan Agung Tahunan Umno 2011 di sini hari ini.
Timbalan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional ini mengaku isu NFC sudah menjadi liabiliti bagi Umno.
“Saya percaya sebab saya adalah penyokong kuat parti,” katanya.
Kata beliau, meskipun Shahrizat telah menjelaskan ketika perhimpunan tetapi apa yang lebih penting ialah persepsi publik.
“Ini bukan persoalan berkenaan penerangan. Saya fikir beliau sudah beri penjelasan.
“Ini bukan persoalan siapa yang salah. Ia adalah persoalan bagaimana publik menerimanya,” kata Bung Moktar lagi.
Bung Moktar berkata menjelang pilihan raya umum, adalah penting Umno tidak dilemahkan oleh skandal-skandal yang dikaitkan dengan mana-mana individu.
“Jadi, saya sudahkan pun menyatakan pendirian saya. Saya meminta beliau mempertimbangkan (keputusan agar letak jawatan)... disebabkan seorang individu, sebahagian terlibat,” kata beliau lagi.
Pertengahan bulan lalu, Bung Moktar memberitahu Dewan Rakyat bahawa menteri Kabinet yang bertanggungjawab dalam NFC patut meletakkan jawatan.
Perkara itu disebut sekali lalu ketika membahaskan ucapan penggulungan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Chor Har berkaitan Rang Undang-undang Perbekalan 2012.
“Pendirian saya cukup jelas, macam isu Fidlot, saya memang setuju ini bukan kerja Umno, ini kerja perseorangan. Pada saya orang ini harus bertanggungjawab.
“Kalau saya pada tempat ini, saya letak jawatan, menyusahkan. Dia punya kerja semua musnah. Mana tidak betul, kita kena betulkan.
“Walaupun dia menteri Umno, siapa dia, dia bersalah, letak jawatan lebih baik daripada jadi liabiliti keapda Umno dan Barisan. Kita tegas, sebab kita memerintah negara ini dengan adil,” katanya.
Ketika itu wakil rakyat tersebut tidak menyatakan nama menteri berkenaan di dalam dewan.
Tetapi kemudian Bung Moktar mengesahkan bahawa beliau merujuk kepada Shahrizat yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. -TMI
Sunday, December 4, 2011
NFC: Bung Moktar ulang gesa Shahrizat letak jawatan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
bukan sarijat saja...semua yb yang malas bertugas..malas turun padang..aduan rakyat tidak dihiraukan...seharusnya letak jawatan...kerana mereka ini juga akan menjadi liabiliti barisan nasional
ReplyDeleteapalah ci bung ni, mau suruh sarijat lepas jawatan konon...mau tunjuk hero di semenanjung...tapi di sabah, si bung buat apa? kenyataan terbaru si bung mahu menentang penubuhan RCI mengenai PTI di sabah. kepada semua rakyat sabah, lihatlah dan nilai sendiri pemikiran si bung ini. sebenarnya si bung ni tak layak tinggal di sabah...woi bung..lebih baik kau ikut bini baru kau tinggal di semenjung..kau ni macam pengkhianat besar di sabah. mungkin kau menang dulu sbb undi PTI yang diberi IC haram oleh UMNO sbb tu kau tak mahu RCI ditubuhkan. ingatkan bila dah berbini dua, fikiran dah matang...mabuk bini muda agaknya kau ni.
ReplyDeleteBung Moktar tak nak RCI sebab kawasan perlimen kinabatangan antara penyimpan PATI yang terbanyak sehingga tanah2 milikan bumiputera juga telah dibeli oleh PATI. Tak percaya datanglah kinabatangan dan anda akan bertemu dgn PATI di mana2. mrk telah diberi IC dan layak utk mengundi. Jahanam negeri sabah tanah air ku. Musnah oleh BN.
ReplyDeletemana pigi c neji dan kuncu kuncu biasanya ramai yg sokong kerajaan umno bising2 di sini. nah..isu lembu isu PTI takut mau jawab soalan kah? apa kita mau harap lagi dengan kementerian sekarang, hampir semuanya korup. JPN, imegresen lah yg bertanggungjawab memproses IC untuk di beri kpd PTI jadi pengundi umno. najib kasi naik lagi gaji kakitangan awam tanda terima kasih bantu kerajaan menang tiap2 pilihanraya. yg sedihnya, kakitangan awamlah yg paling banyak rasuah terutama emegresen, polis dan JPN. harap2 pakatan menasng PRU nti mau tengok apa akanter jadi kpd JPN dan emegresen.
ReplyDeleteRakyatmesia si neji itu salah seorang pemegang kad pengenalan palsu sebab itu dia pergi bersembunyi takut kena siasat kerakyatannya hehehe
ReplyDeleteSudah dua orang pemimpin UMNO suruh Sarijat ini letak jawatan tapi dasar Ketua Wanita tak tahu malu dahlah kalah dalam pilihanraya masih terhegeh-hegeh jadi Menteri. Wanita UMNO pun menuyokongnya tanpa guna akal fikiran. Mungkin inilah dasar UMNO sokong membabi buta pada ketuanya walaupun orang itu penipu, perasuah, penayang video lucah dan sebagainya.
ReplyDeletebetul la kali tu mous biasanya kalau di sabah yg mati2 pertahan umno ialah PTI yg di beri IC haram. Mmg teruk di sabah pasal isu PTI ni. Di tempat aku kerja sendiri aku punya ketua mengaku asal ibubapanya ialah PTI yg diberi IC merah oleh kerajaan. dia punya adik beradik semuanya dapat mykad. bayangkan begini kejadiannya di sabah. kalau isu PTI dan pemberian mykad haram tidak dihentikan, mungkin 50 tahun akan datang penduduk asal sabah akan memenuhi ladang2 kelapa sawit sbb anak2 PTI sudah jadi ketua. atau lebih malang lagi kalau jadi pemimpin politik. mengikut pemerhatian aku, daerah2 seperti sandakan, tawau, lahad datu, semporna, kunak paling ramai PTI dan hanya menunggu masa untuk di beri IC haram oleh umno utk jadi pengundi mereka. aku berani bertaruh semua daerah yg aku sebutkan itu menjadi penyokong kuat umno dan kerajaan. ini adalah faktor pemberian IC. sebab itulah kerajaan bermati matian menolak RCI diadakan. aku percaya YB safiee afdal dan dr patawari adalah PTI asalnya dan mereka ini berperanan merekrut PTI utk menjadi pengundi mereka.
ReplyDeletebung, kau pun ikut shaJILAT jg letak jwtn atas sbb yg sama - piara sapi emas n PATI!!!
ReplyDeletebunal sa yan.....bahasa suluk...
ReplyDeleteKenapa si Pemerhati tidak komen sikit fasal desakan orang UMNO sendiri pada Sarijat supaya meletak jawatan? Biul sudah otak si pemerhati kali menegakkan si Sarijat.
ReplyDelete