Daripada 30 buah lagu yang dipertandingkan di separuh akhir Muzik-Muzik bermula 18 November lepas, hanya 12 lagu bertuah yang berjaya dan layak ke Anugerah Juara Lagu kali ke-26 (AJL26).
Pengumuman penuh berdebar-debar semalam turut menyaksikan kejutan dari penyanyi, komposer dan seorang gadis yang sedang mencipta nama iaitu Yuna telah berjaya layak ke AJL 26 dengan 2 buah lagunya, “Gadis Semasa & Penakut”. Mungkin kali ini kita akan melihat keputusan yang berlainan pula dari Anugerah Industri Muzik 18 (AIM 18) yang lepas.
Tidak ketinggalan, lagu “Sedetik Lebih” yang dibawa oleh Jaclyn Victor turut berjaya menempah slot ke AJL 26 dan ini pasti akan menghangatkan lagi suasana dan keghairahan peminat. Aizat & Anas Amdan pula berjaya ke AJL 26 dengan lagu “Sungai Lui” dan ini merupakan kali ke-4 Aizat Amdan ke Anugerah Juara Lagu.
Apa yang lebih mengejutkan adalah lagu “Cinta Muka Buku” oleh Najwa Latiff telah berjaya mengalahkan lagu “Pokok” pada separuh akhir ke-2 yang lepas dan turut berjaya layak ke AJL 26 mengalahkan lagu “Cinta Teragung” oleh Hazama dan “Mata Hati” oleh Nubhan.
Berikut adalah senarai penuh 12 lagu yang akan ke Anugerah Juara Lagu 26 pada 29 Januari 2012 nanti.
1. Sungai Lui oleh Aizat (Aizat/Anas, Aizat/Anas)
2. Awan Nano oleh Hafiz (M.Nasir/Budi Hekayat)
3. Kisah Hati oleh Alyah (Manusia Putih/Manusia Putih)
4. Kalau Berpacaran oleh Shohaimi Mior Hassan/Ana Raffali/Altimet (Shohaimi Mior Hassan / Ana Raffali / Altimet)
5. Beribu Sesalan oleh Ning Baizura/Jaclyn Victor/Shila Amzah (Kevin Chin/Tinta)
6. Wanita Seluruh Dunia oleh Projek Pistol (Boy Clifford/Boy Clifford)
7. Karma oleh Faizal Tahir (Audi Mok/Faizal Tahir/Audi Mok/Faizal Tahir)
8. Kekanda Adinda oleh Atilia & Monoloque (Monoloque/Monoloque)
9. Gadis Semasa oleh Yuna (Yuna/Yuna)
10. Penakut oleh Yuna (Yuna/Yuna)
11. Sedetik Lebih oleh Anuar Zain (Edry Abd Halim/Edry Abd Halim)
12. Cinta Muka Buku oleh Najwa Latif (Najwa Latif/Ika Latif)
Monday, December 5, 2011
Top 12 Lagu Layak Ke AJL 26
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.