Wednesday, December 7, 2011

Umno bukan parti berteraskan agama

KOTA KINABALU: Penolong Setiausaha Umno Sabah Datuk Masidi Manjun berkata, parti Umno bukan parti agama kerana di Sabah parti itu turut dianggotai oleh bumiputera bukan Islam.

“Dalam konteks Sabah, memang betul Umno bukan parti rasis, kerana kalau kita lihat, apabila Umno membuka cawangan di negeri ini, keahliannya terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum bumiputera Sino Kadazan dan Dusun bukan Islam.

“Malah di tempat kami sendiri di Ranau, Bendaharinya adalah Sino Dusun dan nama Cina,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat tapak bina Bangunan Konservasi Balai Seni Lukis Sabah di Batu 2, Jalan Penampang, di sini, kelmarin.

Masidi yang juga Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak yang menyatakan bahawa Umno bukanlah sebuah parti rasis malah ia adalah pencetus dan perintis kepada semangat tolak ansur antara kaum dan telah mencipta kestabilan sosial.

Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata, Umno juga telah membawa kemakmuran nasional sejak dahulu lagi menerusi kerjasama dengan mencipta prinsip atau konsep perkongsian kuasa unik melalui gabungan Umno, MCA dan MIC dalam Parti Perikatan.

Masidi berkata, apabila Umno sampai ke Sabah, parti itu sendiri dari segi identiti dan gerak kerjanya sudah bertukar kerana komposisi kaum di negeri ini adalah berlainan daripada Semenanjung.

“Kalau di Sememanjung, biasanya Melayu itu Islam tetapi di Sabah, ada bumiputera Islam dan bukan Islam … ia secara tidak langsung menjadikan Umno itu lebih bersifat nasional.

“Misalnya di Ranau, satu pertiga daripada ahli Umno seramai 20,000 adalah bumiputera atau Dusun yang bukan Islam iaitu Kristian dan sambutannya amat baik kerana kita bersikap adil,” katanya.

Masidi berkata, kejayaan atau kemunduran sesuatu parti itu bukan ditentukan oleh nama parti itu sebaliknya ditentukan oleh cara kepimpinan dan sikap pemimpin itu sendiri.

“Ini kerana parti adalah ciptaan manusia dan bukan ciptaan Tuhan. Kita boleh panggil apa sahaja nama parti misalnya kita panggil nama “Parti Emas” tapi kalau tidak dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat, tiada guna kita panggil “Parti Emas”.

“Begitu juga dengan Umno, walaupun ada perkataan “Melayu” tetapi apa yang terjadi ialah kita berkhidmat untuk semua kaum.

“Bagi saya, parti itu hanya satu wadah untuk kita meneruskan khidmat kepada masyarakat kerana parti itu sendiri bukan agama,” katanya.


-New Sabah Times

11 comments:
Write comments
  1. masidi, kau pun ikut UrmMNgOk jg jd penipu!!! tuhan pun korg bulih tipu/rasuah, apa lg rakyat biasa kan...

    ReplyDelete
  2. gaman masidi, UMNO,MIC,MCA adalah rasis...ahli2 yang bukan islam dlm UMNO sabah tidak tahu yang mereka hanya diperalatkan untuk meramaikan keahlian. Ahli bukan Islam dlm UMNO bukan berjuang untuk parti tapi hanya mahu cari peluang bisnes (kontraktor2)... tidak percaya tanya mereka... atau ...imbas semula maksud tersirat kewujudan UMNO (khasnya di SABAH)...

    ReplyDelete
  3. Wahai pembaca yang bijak...ungkapan "HIDUP MELAYU"...MELAYU adalah ISLAM, ISLAM adalah MELAYU"... Hidup MELAYU, HIDUP ISLAM, HIDUP UMNO... belum jelas lagi (rasissssssssssss......)

    Apa perasaan dusun, sino, bajau, murut (kalau mengaku la) dlm UMNO.

    ReplyDelete
  4. Meskipun UMNO dilihat sebagai parti berorientasikan Melayu tapi konsep perjuangan berdasarkan permuafakatan ini diterima baik oleh semua kaum termasuk di Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  5. Kenapa di Sarawak tiada UMNO?... itu ka diterima baik oleh semua kaum termasuk di sabah dan Sarawak... Sabah dan Sarawak ada orang Melayu ka (Melayu Brunei ada la)...kedua; kenapa ramai mantan USNO dahulu, kini sedang berusaha menghidupkan semula USNO Baru... ketiga;kenapa UMNO tidak ada respon +ve dan jitu terhadap isu ic palsu dan PATI... ada betul ka agenda masa depan UMNO di sebaliknya?

    ReplyDelete
  6. UMNO menjajah Sabah... UMNO mnguasai 2/3 daripada kerusi DUN dan Parlimen di Sabah... 1/3 daripadanya dibahagi-bahagikan oleh 4 atau 5 parti komponen BN yang lain dan 100% parti politik tempatan. Agenda apa ini?. Mana perkongsian kuasa yang adil.

    ReplyDelete
  7. permaufakatan apa ar pemerhati? org2 sabah ditipu hidup2 oleh umno. sebelum giliran ketua menteri umno, bukan main cucuk sana cucuk sini mau itu giliran krtua menteri. bila sampai giliran umno, entah bila mau bagi peluang org lain pula. org sabah ni memang bodoh2 semua demi RM200 dan beberapa keping zink, si dusun, si murut, si bajau, si lundayoh berduyun duyun jadi ahli umno mau jadi melayu sudah. entahlah org sabah tahu ka tidak maksud UMNO. tak tahu pula ada bangsa melayu jadi ahli PBS ka, UPKO ka, sedih betul.

    ReplyDelete
  8. KEK TAIK, UMNO BUAT SESUATU DILUAR BATAS ISLAM DAN MELAYU
    Share
    23

    Dengan berlakunya penyerahan hadiah kek tahi oleh UMNO Pulau Pinang..
    maka dapatlah kita sahkan..
    bahawa UMNO kini mengamalkan budaya yang kotor..
    budaya yang jijik...

    Satu budaya yang tidak pernah diajar di dalam Islam..

    hatta,budaya melayu adalah jauh dari apa yang telah dilakukan oleh UMNO ini..

    Kek taik tersebut dihantar oleh UMNO Pulau pinang yang diketuai oleh Mohamed Ghani Abd Jiman,
    kononnya sempena ulangtahun Ketua Menteri Pulau pinang itu yang ke 51 tahun..


    Menurut Ghani,idea itu datangnya dari kalangan pemimpin DAP Pulau Pinang sendiri,dilihat sebagai cubaan untuk melaga-lagakan pimpinan DAP Pulau Pinang..

    Beliau yang mewakili keperibadian UMNO negara ini mengatakan beliau telah mengeluarkan belanja sebanyak RM80 untuk mengadakan kek taik tersebut..


    Penghinaan beliau terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang dan juga kepada staff-staff kerajaan negeri
    (yang kemungkinan ada juga dari kalangan UMNO)
    telah dibiarkan begitu sahaja oleh pihak polis sedangkan pada ketika itu terdapat 10 orang pegawai polis di situ..

    Ghani turut memarahi seorang pegawai polis yang hanya mahu dikenali sebagai Jayaram apabila pegawai tersebut meminta orang ramai supaya bersurai..


    Ghani,dengan suara yang lantang mengatakan kepada pegawai tersebut,bahawa sebagai rakyat dia berhak beri hadiah kepada Ketua Menteri..


    Apabila beliau dihalang naik ke tingkat 28,pejabat Ketua Menteri,beliau menjerit-jerit macam orang gila..
    "kerajaan pondan" "penipu"..

    Ghani mengatakan Lim Guan Eng sebagai pondan kerana tak berani turun bersemuka dengan dia..
    sedangkan beliau sudah diberitahu Lim kini berada di taiwan..

    UMNO rasa bangga tak dengan perbuatan ini..?
    Lim Guan Eng langsung tak terjejas..
    tetapi taik ini akan menunjukkan kepada rakyat betapa politik UMNO terlalu KOTOR!

    ReplyDelete
  9. Nak tengok Gambarnya selanjutnya rujuk 'lianglahad.blogspot.com'

    ReplyDelete
  10. dear pemerhati:

    anda x tahu sejarah kemasukan UrmMNgOk ke sabah [memanipulasi USNO] n atas sbb itu, anda x perlu komen mcm bunyi/suara drpd saiful bukhari's back door!!!

    ReplyDelete
  11. kita (orang Sabah) bantu UBF menyebarkan perjuangannya terutama kepada orang muda (generasi muda), ceritakan sesiapa sahaja dan di mana sahaja ada kesempatan. Beritahu anak2 watan Sabah yang berumur 21 tahun ke atas supaya pergi mendaftar sebagai pemilih demi PRU13 - kita undi dan kasi menang calon atau parti yang memperjuangkan selaras perjuangan UBF....

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.