Keputusan penceramah bebas, Mohamad Kazim Elias untuk menolak pelantikannya sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno memberi tamparan hebat kepada Umno terutama kepada presidennya, Datuk Seri Najib Razak.
Sekurang-kurangnya dua pemimpin Umno mengulas mengenainya dan menyifatkan ia berlaku berikutan tidak mengikut peraturan yang ditetapkan Umno sendiri.
Bekas pemimpin kanan Umno, Tan Sri Dr Rais Yatim (gambar) yang menulis di Twitternya berkata: "Ustaz Kazim tolak jadi ahli MT Umno, yang rekomen beliau tu kenalah jawab. Kenapa tak buat kaji selidik dulu. Terus-terus jadi MT salah di sisi peraturan".
Setiausaha Penyelaras Barisan Nasional Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin juga sependapat dengan Dr Rais.
Beliau yang juga bloger Sang Kelembai berkata, pelantikan Kazim yang dibuat tanpa meminta persetujuan terlebih dahulu adalah perancangan salah.
Malah, katanya, ia lebih kepada tindakan cuba mendapat kredit peribadi atau dengan kata lain “membodek bos”.
"Akhirnya Ustaz Kazim Elias tolak dilantik MT Umno. Agaknya dia dah istikharah malam tadi. Satu tamparan hebat pada Umno.
"Ini dia kerja mereka yang tidak merancang dan buat strategi, hanya kerana nak dapat kredit peribadi pada Boss," tulisnya di Facebook.
Semalam, Kazim menolak pelantikan menjadi MT Umno yang diumumkan perdana menteri, baru-baru ini dengan mengemukakan tiga alasan.
Alasan tersebut adalah kerana komitmen luar sebagai penceramah, mahu menjaga urusan pentadbiran Pusat Pendidikan Al-Barakah dan ingin menjaga nama baik Umno daripada terus difitnah.
Keputusan itu diumumkan beliau selepas mengadakan pertemuan selama sejam dengan presiden Umno di bangunan Parlimen, beberapa hari lalu.
Zaharin berkata, "Perlembagaan Umno mestilah dihormati. Masa bertanding jawatan dalam Umno, kena ikut peraturan.
"Jika tak cukup tiga tahun jadi ahli, tak layak bertanding sebarang jawatan. Tak jadi ahli dan tak cukup tiga tahun jadi ahli boleh pula dilantik jadi ahli Majlis Tertinggi Umno.
"Boleh tak orang yang berkuasa di Ibu Pejabat Umno beri jawapan. Atau pembesar Umno buat Umno ini macam emak bapa dia punya," katanya. –TMI
Thursday, December 5, 2013
Ustaz Kazim tolak MT, tamparan buat Umno
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.