Wednesday, August 20, 2014

Ekoran Kenyataan Tun M : Ahli Umno Mengatur Strategi

Pemikiran ahli UMNO samada peringkat akar umbi atau kepimpinan adalah seperti orang yang terlibat dengan bursa saham. Mereka amat mudah ‘tersentuh’ dengan berita-berita yang sensitif yang boleh menimbulkan ‘kocakan’. Dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir mengenai kritikannya terhadap DS Najib sudah cukup untuk membuatkan ahli UMNO ‘berkocak’ di seluruh negara dan tentunya mereka sudah tahu ‘which side of the bread is buttered’ memandangkan ada kemungkinan akan berlaku ‘the changing of the guard’. Apatah lagi apabila pada ketika ini sedang berlaku persidangan di peringkat cawangan dan bahagian UMNO di seluruh negara.

Tun Mahathir adalah seperti ‘Sang kelembai’ ( watak dalam cerita orang Melayu lama yang menggambarkan ‘Sang Kelembai’ sebagai makhluk luar biasa yang mana apabila ‘menegur’ seseorang itu maka akan bertukar menjadi batu). Begitulah agaknya dengan Tun Mahathir. Apabila beliau mengeluarkan ‘suara’nya maka akan terjadilah ‘ripples’ atau ‘ombak-ombak kecil’ di seluruh negara dan sekiranya tidak dibendung, maka ‘ombak’ itu akan menjadi taufan yang maha besar, yang boleh ‘menenggelamkan’ siapa sahaja.

Ahli UMNO samada di peringkat akar umbi atau kepimpinan peringkat tertinggi sememangnya bijak dalam ‘ilmu tafsir’ ia itu ‘mentafsirkan’ sesuatu keadaan politik sepertimana yang berlaku kini apabila Tun M tidak lagi berfikir panjang mengkritik DS Mohd Najib. Ahli UMNO tahu membaca apa yang tersirat. Ahli UMNO mula merasakan bahawa, ‘sekiranya tidak ada angin tentulah pokok tidak bergoyang’. Ataupun orang Putih selalu berkata, ‘there is no smoke without fire’.

Walau bagaimana kuat sekali pun penafian dan ‘damage control’ yang dilakukan oleh penyokong kuat DS Najib, namun ahli UMNO secara umumnya akan terus membuat penganalisaan dan terus menrus ‘mentafsir’ keadaan sedemikian. Apatah lagi dalam keadaan UMNO sedang mengadakan mesyuarat di bahagian masing-masing dan tidak lama akan mengadakan Persidangan Agung Tahunannya.

Mengikut kata Dato Zainuddin Mydin,’ “Ini adalah suatu strategi Mahathir yang akan membangunkan gelombang baru dari kocak arus yang tidak kelihatan dipermukaan dalam kehilangan keyakinan suatu bangsa yang merasa terumbang ambing dalam kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa depan mereka di negara sendiri,” Amat tajam kritikan demikian. ‘Letupan’nya juga mungkin seperti hahalintar membelah bumi.

Mestilah ada sesuatu ‘hasrat’ Tun M mengenenagahkan pendapatnya mengenai DS Najib itu. Seingat aku tektik yang sama digunakan oleh Tun M juga apbila ‘merancang menumbangkan’ Pak Lah dahulu ia itu ketika PAU hendak diadakan. Dan kali ini ‘giliran’ DS Najib pula untuk menerima ‘pukulannya’. Ataupun mungkin Dato Zainuddin Maidin tersilap mengemukakan pandangan sedemikian. Mungkinlah secara kebetulan sahaja. Mungkin..

Dato Zainuddin Maidin menjangkakan kenyataan Tun M akan menjadi ledakkan yang bukan kecil. Dan mengikut nya, beliau telah meramalkan “Ini adalah suatu strategi Mahathir yang akan membangunkan gelombang baru dari kocak arus yang tidak kelihatan dipermukaan dalam kehilangan keyakinan suatu bangsa yang merasa terumbang ambing dalam kepimpinan yang tidak jelas dan tidak tegas untuk menjamin masa depan mereka di negara sendiri,…..gelombang akan menjadi ribut taufan yang akan melanda perhimpunan Agung UMNO yang dijangkakan oleh Najib akan tenang kerana imej luar negaranya yang semakin semarak dan keadaan ekonomi yang tergambar sebagai semakin utuh kukuh,”

Apakah betul anggapan saudara ZAM sedemikian? Ataupun itu mungkin secara ramalan sahaja. Jikalau betullah begitu, maka dipersoalkan pula apakah hasrat sebenar Tun M berbuat demikian seolah-olah ‘dengki’ pula dengan kejayaan yang dicapai oleh DS Najib. Ataupun mungkinkah Tun Mahathir sudah memulakan perancangannya untuk ‘mengemukakan’ Mukhriz sebagai calon Perdana Menteri yang akan datang.

Membaca artikel yang ditulis oleh Tun Mahathir dan Saudara ZAM, akan menyebabkan ahli UMNO seluruh negara ‘mencari-cari’ apakah mesej terselindung yang terungkap dari kata-kata Tun Mahathir itu. Terlalu banyak mesej yang terselindung. Seolah-olah ternampak bahawa Tun M bukan sahaja mengkritik DS najib tetapi seluruh ahli UMNO dan perwakilan UMNO yang sentiasa menjadi ‘kaki ampu’ dan ‘kaki bodek’ yang tidak langsung berani menyatakan pandangan dan pendapat walaupun apa yang dikatakan oleh pemimpin atasan itu tidak betul.

Aku petik lagi tulisan Saudara Zam dalam Free Malaysia Today,” Beliau berpendapat, pesanan Mahathir cukup jelas mencabar seluruh ahli UMNO terutama pemimpin-pemimpin supaya berhenti dari mengampu dan membodek. “Cukuplah sekadar sanggup mengatakan di belakang tetapi kalian harus berani tampil kehadapan untuk menegur Najib secara terbuka di Perhimpunan Agung UMNO kelak dan juga sekarang ini di peringkat Bahagian. “Saya telah mengambil tanggungjawab ini dan sanggup menerima apa juga akibatnya kerana saya sendiri amat kecewa kerana semua nasihat peribadinya dan juga yang mewakili orang ramai yang tidak diberikan perhatian sewajarnya oleh Najib,”

Polemik ini tidak akan terhenti di sini saja dan aku yakin akan berterusan walaupun cuba ‘diempang’ dan ‘disekat’. Pengalaman lampau telah memperlihatkan bagaimana ‘cengkaman’ Tun Mahathir terhadap mangsanya. Ia akan terus mencengkam dan mencengkam sehingga mangsanya lemah dan tidak berdaya.

Tun Mahathir melengkapkan kritikannya dengan mengatakan,” Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.

abuhassanadam

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.