Pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH70 dalam perjalanan ke Tokyo, Jepun dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diarahkan berpatah balik selepas 50 minit perjalanan kerana faktor keselamatan, lapor The Star.
Akhbar itu melaporkan berdasarkan laporan di portal berita, pesawat itu berlepas dari KLIA ke Lapangan Terbang Narita di Tokyo pada 10.50 pagi tadi.
Sebaik saja tiba kembali ke KLIA, penumpang dimaklumkan penerbangan itu dijadualkan berlepas semula pada 1.15 petang menggunakan pesawat lain.
The Star melaporkan laman web MAS memaparkan MH70 berlepas dari KLIA pada 1.22 petang dan tiba di Tokyo pada 8.44 malam waktu Malaysia.
Setakat ini, akhbar itu berkata syarikat penerbangan negara MAS masih belum dapat dihubungi untuk mengulas berhubung insiden itu.
Semalam, negara baru saja berkabung menangisi mangsa tragedi pesawat MAS penerbangan MH17 yang dalam perjalanan pulang ke KLIA dari Amsterdam ketika ditembak hingga terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai.
Semua 298 penumpang dan anak kapal dalam pesawat Boeing 777-200ER itu maut dengan 43 daripadanya adalah warganegara Malaysia. Semalam, 20 jenazah menjadi kumpulan pertama dibawa pulang ke tanah air untuk disemadikan.
Esok, tiga lagi jenazah rakyat Malaysia dijangka tiba di KLIA jam 8.30 pagi manakala kumpulan ketiga jenazah mangsa MH17 itu masih belum mendapat tarikh untuk dibawa pulang.
MAS ditimpa malang dan menjadi perhatian dunia ketika empat bulan sebelum itu, pada 8 Mac pesawat MAS penerbangan MH370 dalam perjalanan ke Beijing lesap daripada radar awam dan hingga kini kapal terbang dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui.
Operasi mencari bagi fasa kedua mula dilancarkan bulan ini di Lautan Pasifik dan pengerusi Jawatankuasa MH370 dari Malaysia akan berlepas ke Australia tidak lama lagi untuk meneruskan perbincangan kaedah seterusnya digunakan bagi mencari MH370. – 23 Ogos, 2014. (TMI)
Sunday, August 24, 2014
Pesawat MAS ke Tokyo patah balik ke KLIA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.