Pakatan Rakyat sudah kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di menanginya pada PRU yang lepas. Selepas PRU yang lepas, masing-masing parti dalam Pakataan Rakyat memperolehi satu kerajaan masing-masing. DAP mentadbir Pulau Pinang dan PKR mendapat mandat untuk menjadi kerajaan di negeri Selangor.
Dengan pemecatan Khalid Ibrahim maka PKR telah hilang satu-satunya negeri iatu negeri Selangor dan sekarang Selangor di tadbir oleh Menteri Besar bebas tanpa parti dan empat orang Exco dari PAS.
PKR kehilangan kerajaan negeri terkaya di negara ini bukan di pecahkan oleh mana-mana pihak tetapi dicampakkan oleh PKR sendiri. Itu bukan lagi salah sesiapa dan PKR tidak boleh memindahkan kesalahannya sendiri kepada pihak dan individu lain.
Kesalahan Anwar bukan sahaja kepada rakan pimpinan seperti Khalid, tetapi kesalahannya terbit dari awal PKR di tubuhkan yang tidak selari di antara penjawat parti dan kerajaan. Anwar menjadikan Khalid sebagai Menteri Besar bukan beliau mahukan Khalid sangat, tetapi Khalid di perguna untuk mengimbangi pengaruh pendukungnya sendiri seperti Azmin dan yang lain-lain.
Kalau di pandang dari sudut moral politik dalam PKR itu sendiri, Anwar sepatutnya memberikan peluang kepada Azmin, yang merupakan orang yang paling setia dengan beliau untuk mengendalikan kerajaan negeri Selangor sejajar dengan kedudukannya sebagai Pengerusi kepada PKR Selangor.
Oleh kerana Azmin terlalu rapat dan setia kepada Anwar, Ketua Umum parti itu hanya mengambil Azmin ini sebagai 'orang semendanya sahaja, dipanggil datang dan disuruh pergi'. Segala-galanya Azmin ini dianggapnya sebagai 'tali untuk mengelak dan sebagai tangkai untuk menjinjing' sahaja. Dia mengambil Azmin ‘for granted’ sejak dari mula lagi.
Sekarang Khalid telah dipecat dan apa pun ‘consequence’ terhadap tindakan pemecatan Khalid dari PKR itu sepatutnya menjadi tanggungan PKR dan Pakatan Rakyat sendiri. Sekarang Khalid adalah seorang Menteri Besar bebas yang diperkenan oleh Tuanku Sultan dan Khalid telah memecat semua anggota Exco Selangor dari DAP dan PKR, kedua-dua parti yang sangat kuat untuk menurunkan Khalid dari jawatannya untuk menyambung ‘langkah kajang’ yang di akui oleh Anwar sendiri, satu agenda hendak memberhentikan Khalid dari menjadi Menteri Besar Selangor.
Alih-alih sekarang LGE pula yang berang dengan pemecatan Khalid dan meminta Khalid terus dengan mengekalkan Exco dari DAP dan PKR dalam kerajaan Selangor yang sekarang adalah Kerajaan Khalid yang di sokong oleh Exco-Exco dari PAS. PKR dan DAP berkata yang Exco-Exco itu di lantik oleh Tuanku Sultan dan hanya Tuanku Sultan sahaja yang boleh memecat mereka. Tetapi PKR dan DAP juga terlupa kenapa mereka mahukan Khalid berhenti kerana perlantikan Khalid sebagai Menteri Besar dahulu pun adalah di atas perlantikan Tuanku Sultan.
Sekarang Tuanku telah meminta Khalid meneruskan tugasnya sebagai Menteri Besar dan masalah pemecatan Exco oleh Khalid itu biarlah Menteri Besar dan Tuanku Sultan untuk menyelesaikannya. Jika perlu pemecatan itu di persetujui oleh Tuanku, itu adalah urusan Khalid dengan pihak Istana. Pimpinan DAP dan PKR ‘should stay outside and smoke cigars’.
DAP nampaknya sedang menghadapi masalah ciptaannya sendiri. DAP sekarang sangat panik kerana jika PAS akhirnya bersama dengan Khalid Ibrahim maka ia mengesahkan yang Pakatan Rakyat sudah kehilangan satu lagi kerajaan negeri yang di ketuai oleh PKR.
Ini semua adalah berpunca dari ‘Kajang Move’ anjuran Anwar Ibrahim dahulu dan sekarang untuk melangsungkan ‘Kajang Move’ itu tidak kesampaian kerana tersangkut di tengah jalan. 'Di sangka panas hingga ke petang, tetapi hujan di tengah hari'.
Kejatuhan kerajaan PR di Selangor adalah hasil dari tindakan Ketua Pembangkang itu sendiri. UMNO tidak pernah mempunyai apa-apa peranan dalam isu ini. Sekarang jika UMNO membuat kerja ‘overtime’ kerana keadaan, itu adalah kerana tindakan Pakatan Rakyat yang seolah-olah terminta-minta UMNO berbuat demikian.
UMNO yang begitu mengantuk, tiba-tiba Pakatan Rakyat terutamanya PKR tersorong-sorongkan bantal kepada mereka. Jadi jangan disalahkan UMNO jika mereka tidur nyenyak kerana PKR sendiri yang menyorongkan bantal kepada UMNO yang sudah begitu lama mengantuk itu.
Sekarang PKR dan DAP tidak dapat tidur kerana bantal-bantalnya telah diserahkan kepada UMNO. Sekarang PR sedang tercari-cari tempat berlindung kerana rumah yang dibinanya telah roboh akibat tindakan bodoh mereka sendiri.
Sekarang dari menjadi penguasa kerajaan yang megah dan kuat, sekarang ini ada tanda-tanda PKR dan DAP sudah menjadi pengemis dan kembiri politik di Selangor jika kita baca kenyataan-kenyataan dari pimpinan DAP dan PKR semalam. Salah seorang rakan politik saya yang begitu lama tidak saya temui berkata, “I feel sorry for DAP, Kenapalah mereka menumpang pokok yang hendak rebah tu”
Ada pepatah orang kampung saya, ‘togah dek lonjak, posok ketayap dikopalo’.
-http://aspanaliasnet.blogspot.com
Wednesday, August 13, 2014
PKR dan DAP kini pengemis politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.