PAS tidak akan bergabung dengan Umno, kata, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Menurutnya, sewaktu perbincangan dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, mereka langsung tidak membincangkan isu untuk bergabung dengan Umno dan seterusnya menamatkan spekulasi yang bemain di minda ramai.
“Mesyuarat bermula pada 10.05 pagi dan tamat pada pukul 12.30 minit tengah hari namun nama Umno langsung tidak disebut dalam mesyuarat,” katanya dalam satu sidang media di sini.
Ujar beliau lagi, PAS tetap akan menyiasat dua ADUN yang menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor.
“Ini kerana mereka telah melakukan keputusan sendiri dan membelakangi keputusan tertinggi kepimpinan PAS yang sebelum ini menolak pencalonan Wan Azizah sebagai MB,” ujarnya. -FMT
Sunday, August 17, 2014
Pasti UMNO Kecewa Dengan Isu Selangor Terkini?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.