Thursday, August 14, 2014

YB Saari buat tindakan luar biasa

Orang putih kata,’ a friend in need is a friend indeed’. Sesuai untuk ditujukan kepada YB Saari Sungip yang sanggup membuat keputusan ‘menentang arus’ ketika partinya sedang ‘berkira-kira’ untuk membuat keputusan samada (mungkin!) untuk terus bersama Pakatan Rakyat ataupun ‘meninggalkan’ sahabat lama yang sedang ‘nazak’. Tindakan YB Saari Sungip dari PAS membayangkan iltizam yang terlalu tinggi untuk terus bersama-sama berjuang menyokong terus Pakatan Rakyat.

Memang wajar bagi YB dari Ulu Kelang ini mengambil tindakan sedemikian memandangkan ‘persahabatan’ yang telah terjalin antara PAS, DAP dan PKR telah agak sekian lama terjalin dan tentulah amat sukar untuk menyatukan semula jika berlaku sesuatu keadaan yang tidak diingini. Sebagaimana yang dinyatakan beliau bahawa persoalan tentang siapa yang akan menggantikan TS Khalid adalah merupakan ‘perkara kecil’ berbanding dengan isu keruntuhan sebuah kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang telah sekian lama dibina semenjak tahun 1998.

“I would like to remind my colleagues in PAS that we have built this strength from 1998... and we used it to bring fresh air to politics by creating a two-party system. …So, why do we want to give up this strength? To rebuild this will take another 20 to 30 years. We have gone through it” (Malaysiakini 12 Ogos 2014)

Dan perlu diingat oleh kepimpanan PAS secara umumnya, bahawa adalah amat tidak rasional dan lojik sekiranya penanganan isu kemelut Selangor dilihat melalui perspektif yang sempit. Harus diingat bahawa kelahiran Pakatan Rakyat (PAS,DAP,PKR) telah menelurkan kesan yanga amat besar kepada senario politik tanah air. PR yang telah melahirkan sebenar-benarnya Bangsa Malaysia yang sudah mula memahami perasaan dan aspirasi rakyat Malaysia yang sebenar. Rakyat Malaysia amat yakin bahawa PR akan memulakan ‘kehidupan baru’ bagi rakyat Malaysia sekiranya berjaya menawan Puterajaya. Bermakna rakyat telah meletakkan harapan yang begitu tinggi kepada Pakatan Rakyat.

Kini nampaknya harapan rakyat hampir berkecai dengan tercetusnya kemelut Selangor ini apatah lagi sekiranya PAS sudah mula ‘goyang’ dengan kedudukannya dalam Pakatan Rakyat. Dalam artikel berjodol, Presiden PAS belum mahu beri kenyataan isu MB’ bertarikh 12 Ogos 2014 (Malaysiakini) menyatakan bahawa, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang belum berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Ahad ini’

Apakah ‘muslihat’ pemimpin tertinggi PAS ini sehinggakan sanggup ‘mengenepikan’ hasrat ‘kawan’ yang betul-betul mengharapkan pertolongan dalam keadaan saat-saat yang memerlukan pertolongan. Apakah pemimpin berkenaan ‘mahu menahan lukah di pergentingan?’ atau sedang ‘menangguk di air keruh’. Apakah kepimpinan PAS sudah melupakan ‘falsafah’ yang dipegang selama ini bahawa sebarang masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan ‘akan bersetuju’ dengan isu-isu yang dipersetujukan disamping terus merundingkan isu –isu yang tergantung ( yang belum sesuai untuk diselesaikan’.

Bukan semua pemimpin PAS yang bersikap demikian. Tidak. Ramai yang sudah memahami senario politik Malaysia Kurun ke 21 disamping sedar tentang perkembangan politik di dunia. Sudah ramai pemimpin PAS yang sudah keluar dari ‘bawah tempurung’ dan mula ‘mengenali dunia’ yang penuh dengan reality. Walau bagaimana pun masih terdapat segelintir pemimpin PAS yang masih ‘bergelumang’ dalam ‘cocoon’ mereka yang tersendiri dan seolah-olah menganggap bahawa ‘dunia’ mereka adalah yang paling ideal di dunia ini.

Amat tidak wajar rasanya apabila ada pemipin tertinggi PAS yang menawarkan keahlian PAS kepada TS Khalid Ibrahim, sejurus selepas TS Khalid dipecat daripada PKR. Apakah pemimpin berkenaan tidak tahu ‘adab’ dan tatasusila dalam berparti terutama apabila mengaitkan parti kawan dalam satu pakatan. Apakah pemmpin sedemikian tidak ada ‘empathy’ untuk meletakkan dirinya di pihak yang bertentangan. Yang sedihnya ‘perlakuan’ sebegini dilakukan oleh ‘sekerat-dua’ pemimpin kanan dalam PAS.

Sedikit sebanyak keadaan dan imej Pakatan Rakyat kini, sudah tercalar. Banyak kenyataan-kenyataan yang dihamburkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab telah ‘mengecilkan hati’ banyak pihak. Bak kata pepatah Melayu, ‘ apabila mata berpandangan, maka budi kedapatan’.

Rakyat mula mempersoalkan kejujuran PAS dalam menangani isu kemelut Selangor ini. Apakah kepimpinan PAS (sebahagian pemimpinnya) betul-betul jujur untuk besama-sama dengan DAP dan PKR untuk menyelamatkan Pakatan Rakyat ataupun hanya menunggu peluang untuk ‘menangguk di air keruh’.

Apakah begitu keadaannya? -abuhassanadam

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.