Tuesday, August 19, 2014

Bagaimana jika Sultan tolak Azizah jadi MB?

Dengan kemungkinan sultan Selangor menolak nama Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar baru, PKR masih berteka-teki berhubung rancangan alternatifnya.

Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution (bawah) memberitahu Malaysiakini bahawa mereka akan menunggu sultan berangkat pulang daripada luar negara sebelum membuat sebarang perancangan.

“Kita tidak patut membuat jangkaan awal apa yang istana akan lakukan. Kita patut fokus tunggu sultan pulang,” katanya.

Sultan kini sedang berada di luar negara dan dijadual berangkat pulang pada 27 Ogos.

Istana Selangor semalam menyatakan bahawa Khalid memohon menghadap Sultan Selangor di luar negara bagi membincangkan isu pentadbiran negeri.

Bagaimanapun, setiausaha sulit sultan Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

Khabar angin bertiup bahawa sultan mungkin tidak berkenan memilih Wan Azizah menerajui negeri itu.

PAS dilaporkan mendakwa ada mendengar bahawa istana menolak cadangan melantik Wan Azizah sebagai menteri besar. 'Mk

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.