Wednesday, August 27, 2014

Model separuh bogel didenda RM400

Dua orang model mengaku salah atas tuduhan “menimbulkan kegusaran awam” melalui tindakan mereka berpakaian separuh bogel ketika satu sesi fotografi di Ipoh.



Laporan Berita Harian menyebut, tuduhan dijalankan ke atas model lelaki, Low Kah Wai, 27 dan seorang lagi model wanita gandingannya, How Jo Yee, 21.

Kedua-dua tertuduh mengaku salah apabila pertuduhan dibacakan ke atas mereka di Mahkamah Majistret Ipoh, lapor akhbar tersebut.

Majistret Haslinda A Raof seterusnya menjatuhkan hukuman denda RM400 setiap seorang. Kedua-dua tertuduh berdepan hukuman penjara sebulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan. -mk

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.