Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak "terlalu lembut" dan sering berdiam diri terhadap isu-isu penting di negara ini, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ini katanya, adalah antara sebab beliau menulis di di blognya yang mengkritik Najib (kanan) pagi ini.
"Beliau terlalu lembut dengan semua... kadang-kadang tak respons, dan hanya berdiam diri.
"Apabila ada masalah pun dia tidak ada ambil tindakan," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur malam ini.
Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata beliau tidak meminta Najib berundur.
"Saya tidak meminta beliau untuk berundur, saya mengatakan bahawa saya tidak bersetuju dengan dasar-dasar beliau," katanya. -mk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.