Monday, August 11, 2014

Azmin Rebut Jawatan MB Selangor Dengan Wan Azizah?

Mohamed Azmin Ali bercakap kepada pemberita semasa majlis Rumah Terbuka Aidilfitri PAS di Taman Melewar, Kuala Lumpur, hari ini. ā€“ Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 10 Ogos,  2014. Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali mena‎fikan wujud perebutan jawatan menteri besar Selangor antara dirinya dengan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

"Siapa kata? Jangan buat spekulasi," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri majlis rumah terbuka PAS di Taman Melewar, Gombak, di sini hari ini.

Mengulas pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim‎, Pengerusi PKR Selangor itu berkata tindakan diambil demi menyelamatkan parti dan Pakatan Rakyat (PR).

"Dalam krisis ini kita kena bersatu padu, ini yang kita jalankan. Pastikan semua keputusan diambil untuk menyelamatkan parti dan PR.
"Pada saya, itu keutamaan sekarang ," katanya sambil meminta semua pihak bertenang dan menyerahkan kepada kebijaksanaan pemimpin PR untuk menyelesaikan isu ini.

Kekecohan di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya berlaku pada Rabu lalu apabila kenyataan media menyokong Azmin diangkat sebagai menteri besar diedarkan.

Sementara itu, Naib Presiden PKR Chua Tian Chang ketika ditemui menggesa supaya Khalid mengosongkan pejabatnya dengan cara terhormat sebelum usul undi tidak percaya dilakukan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

"Usul itu terlalu awal tetapi saya berharap beliau menghormati prosedur dan mengikut saluran politik," katanya‎.

Beliau turut menyamakan situasi Khalid dengan isu penamatan kakitangan kontrak Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Holdings Bhd yang diputuskan kerajaan negeri pada awal tahun ini.

Khalid pada Februari lalu dilaporkan berkata, penamatan 22 kakitangan kontrak terbabit menjimatkkan kos operasi PKNS sebanyak RM7 juta setahun.

"Seperti dalam kes PKNS, dia patut faham kehendak lembaga pengarah. Bila ada arahan pertukaran, perlu akur dan patuhi seperti mana dalam kes tersebut," katanya.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin pula berkata, Pemuda PR akan berjumpa dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa ini.‎

Beliau berkata, ketua Pemuda PAS Suhaizan Kaiat dan ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong juga akan berjumpa Hadi di Ppejabat agung PAS di Kuala Lumpur bagi mengemukakan jalan penyelesaian krisis Selangor.

"Kita akan jumpa untuk membincangkan agenda bagi memastikan agar mesej muafakat diselesaikan," katanya. –

- TMI

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.