Bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini dibicarakan kerana didakwa memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pasukan pertahanan dalam ceramahnya di Ipoh dua tahun lalu.
Nizar didakwa melakukan kesalahan itu di Taman Desa Pakatan antara jam 9 malam hingga tengah malam pada 23 April, 2012.
Kertas pendakwaan menyatakan Nizar, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Changkat Jering mengeluarkan kenyataan: "Saya dimaklumkan Najib akan hubungi semua jeneral tentera untuk melakukan sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah dalam pilihan raya."
Pemimpin pembangkang di Perak itu didakwa mengeluarkan kenyataan berkenaan ketika ceramah menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Nizar dibenarkan ikat jami sebanyak RM4,000 dengan satu penjamin. – tmi
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.