Saturday, August 16, 2014

Gaya fesyen 'Jilboobs' diharamkan

Gaya fesyen 'Jilboobs' telah mencipta fenomena di Indonesia, tetapi ia telah kritikan banyak pihak termasuklah Majlis Ulama Indonesia (MUI) yang mengeluarkan fatwa adalah haram bagi kaum wanita untuk mengenakan pakaian muslimah tetapi masih menonjolkan bentuk tubuh atau berpakaian ketat

Namun apakah 'Jilboobs'? Ia sebenarnya adalah gandingan nama Jilbab (tudung) dan Boobs (payudara).

Menurut Timbalan Ketua MUI, Ma'ruf Amin seperti dipetik daripada laporan The Globe Journal, fatwa ini dikeluarkan memandangkan cara menutup aurat oleh golongan ini tidak bersesuaian dan tidak menepati syariat Islam tentang cara berpakaian.

"Sudah ada fatwa MUI soal pornografi, ia termasuk tidak boleh memperlihatkan bentuk tubuh, pakai tudung tapi berpakaian ketat. MUI secara tegas melarang (fesyen) itu.

"Kalau sebahagian menutup aurat, sebahagian lagi masih memperlihatkan bentuk-bentuk yang sensual, itu dilarang sama sekali," ujarnya.

Pada Januari 2014, sebuah komuniti wanita Muslimah dikenali sebagai Jilboobs Community dalam Facebook telah memuatnaik foto mereka mengenakan gaya fesyen tersebut sehinggakan ia mencetus reaksi kurang senang dan menerima kritikan ramai.

-yahoonews

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.