Thursday, August 14, 2014

Suspek 'rompak' wang mangsa MH370 dikenal pasti

Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit mengeluarkan wang simpanan milik penumpang MH370 daripada akaun bank mereka.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya percaya ia dilakukan oleh orang dalam bank berkenaan.

"Kami kini sedang memburu suspek berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Perhimpunan Bulanan peringkat kementerian di sini, hari ini.

Empat akaun bank milik mangsa pesawat penerbangan MH370 yang dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu dikesan 'dirompak' apabila wang simpanan mangsa berjumlah lebih RM100,000 lesap daripada akaun berkenaan. [Link]


Difahamkan, kehilangan itu disedari pada 18 Julai lalu oleh seorang pengurus bank selepas mendapati berlaku pengeluaran dan pemindahan wang daripada keempat-empat akaun oleh individu tidak dikenali.


Dalam perkembangan lain, Khalid dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail akan berlepas semula ke Amsterdam, Belanda bagi esok menyelesaikan masalah perundangan dan siasatan berkaitan nahas MH17

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kunjungan kali kedua ke Amsterdam itu menghormati perjanjian sedia ada dilakukan antara kerajaan Ukraine dan Malaysia sebelum ini selain menyelesaikan baki siasatan nahas MH17.

"Kami amat komited bagi menyelesaikan masalah perundangan berkaitan nahas berkenaan," katanya.

-MyMetro

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.