Thursday, July 1, 2010

Strategi 3: Memilih keyword yang tepat

Keyword atau kata kunci terhadap sesuatu perniagaan di Internet adalah penting. Pemilihan keyword akan menentukan kedudukan laman web anda dalam enjin pencari (search engine). Keyword yang tepat akan menetukan kejayaan laman web anda mendapat halaman pertama di enjin pencari.

Pengguna internet akan menaip kata kunci yang dicari di ruangan yang disediakan oleh enjin pencari dan enjin pencari akan mencari kata kunci yang ditaip.

Kesilapan yang sering berlaku apabila pemilik laman web menitikberatkan terhadap nama syarikat sendiri sebagai kata kunci. Sebagai contoh, anda mendirikan laman web perniagaan “baik pulih komputer” dengan nama syarikat “Mus Friendly”. Beberapa lama kemudian, anda menaip “Mus Friendly” di enjin pencari. Anda begitu gembira kerana laman web “Mus Friendly” berada di kedudukan pertama enjin pencari.

Sebenarnya anda telah melakukan kesilapan yang besar dalam menentukan kata kunci. Harus diingat bahawa seseorang tidak akan mencari “Mus Friendly” tetapi “produk atau perkhidmatan” yang anda jual. Oleh itu “baik pulih komputer” sepatutnya menjadi tumpuan kata kunci laman web anda.

Satu lagi kesilapan yang sering berlaku ialah meletakkan kata kunci yang khusus dan terlalu panjang. Elakkan daripada menetapkan kata kunci yang panjang. Kata kunci yang panjang akan mengganggu laman web anda untuk disenaraikan di halaman pertama enjin pencari.

Sebagai contoh, anda menetapkan kata kunci seperti “pakar dalam baik pulih komputer” pada laman web anda. Adakah seseorang akan menaip “pakar dalam baik pulih computer” di enjin pencari? Tentu tidak kerana kata kunci tersebut terlalu panjang. Seseorang lebih mudah menaip “baik pulih computer” di enjin pencari.

Oleh itu, beri tumpuan pada produk dan perkhidmatan yang anda jual sebagai kata kunci. Tetapkan kata kunci yang senang ditaip dan mudah diingati.

No comments:
Write comments

Note: Only a member of this blog may post a comment.