Thursday, July 1, 2010

LDP TENOM RESAH PERGESERAN BERLARUTAN

PARA pemimpin akar umbi Liberal Democratic Party (LDP) di negeri ini khususnya kepimpinan LDP di Tenom terus mengharapkan agar pergeseran pendapat oleh kepimpinan tertinggi parti itu sejak kebelakangan ini dapat ditangani pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) dengan sebaik mungkin.

“Selagi masalah ketidak serasian pendapat antara LDP dengan parti-parti lain dalam komponen BN, selagi itu LDP di peringkat akar umbi sukar mengatur kesepakatan parti itu dengan parti lain dalam komponen,” kata Ketua LDP Tenom, Kapitan Ng Tet Hau dalam satu kenyataan pada isnin.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan penamatan perkhidmatan lapan pemimpin masyarakat di kawasan Tanjung Kapor yang tidak disenangi wakil rakyatnya yang juga Setiausaha Agung LDP, Datuk Teo Chee Kang seperti yang dilaporkan baru- baru ini.

Dalam laporan itu Teo menamakan pemimpin tertentu dalam Umno merupakan sebagai dalang kepada penamatan perkhidmatan itu yang bertujuan untuk menjejaskan kepimpinan LDP dengan motif tertentu.

Dalam pada itu, Kapitan Ng turut menggesa pihak tertentu agar berganding bahu bersama kepimpinan LDP untuk mengkaji bersama asas pembentukkan kerajaan BN di negeri ini yang berkonsepkan perkongsian kuasa agar segala kesangsian (jika terdapat) perlu diperbetulkan.

Tegasnya, LDP yang merupakan sebuah parti tempatan yang terkanan di negeri ini dalam BN adalah tidak wajar diperlekehkan mahupun diberi layanan seperti kelas ketiga yang menggambarkan seolah-olah peranan LDP itu terlalu kerdil dalam konteks membangunkan Sabah.

“Kita sebelum ini bersuara lantang adalah sekadar menyuarakan perkara perkara yang tidak betul untuk diperbetulkan dalam semangat satu kekeluargaan dalam BN. Sebaliknya kami tidak pasti apakah tindakan kami itu dilihat seolah-olah dibarisan oposisi lantas diberi tindakan sedemikian rupa,” kata Ng sambil mengingatkan bahawa trend seperti itu tidak menguntungkan dari aspek kekukuhan BN.

Sementara itu, Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman dalam satu kenyataan kelmarin (Isnin) mengingatkan barisan pemimpin BN tidak mendedahkan masalah dalaman kepada media, sebaliknya ia harus diatasi secara bijak menerusi perundingan dan perbincangan.

Beliau menambah bahawa pihaknya bersedia mendengar masalah yang dihadapi oleh komponen BN sekaligus mencari jalan penyelesaian secara muafakat.

Oleh: MAIL MATHEW (sabahkini)

19 comments:
Write comments
  1. Diharapkan semua komponen dalam BN boleh bersatu serta bekerja sama membantu rakyat. Janganlah nanti timbul perselisihan faham, tiada kebaikan untuk mana-mana pihak jika terjadi perbalahan.

    ReplyDelete
  2. Komponen2 BN di Sabah tak perlulah nak berbalah. mereka seharusnya bersatu, harap perselisihan ini dpt diselesaikan dgn cara yang baik.

    ReplyDelete
  3. parti2 komponen Bn Sabah seharusnya bersatu, bukannya berbalah untuk merebut kerusi. hai ini boleh melemahkan BN. mereka perlu fokus kepada perjuangan parti.

    ReplyDelete
  4. LDP haruslah bersatu untuk menangani perkara ini. Datuk Musa ada berkata, masalah dalaman tidak akan mendedahkan masalah dalaman kepada media. perbincangan antara pihak itu yang sangat penting..jadi lebih professional..

    ReplyDelete
  5. lakukan seperti yang disarankan oleh ketua menteri Sabah.. atasi setiap masalah dalam parti secara bijak melalui rundingan dan perbincangan. elakkan mendedahkan masalah2 dalaman ini kepada pihak luar kerana tindakan itu boleh memberikan kelebihan kepada mereka.

    ReplyDelete
  6. saya harap dengan adanya kenyataan dari ketua menteri, masalah ini akan dapat diselesaikan dari membiarkannya terus berlarutan.

    ReplyDelete
  7. masalah ini perlu diselesaikan dgn segera, tak perlu nak berbalah lagi. kerjasama lebih penting.

    ReplyDelete
  8. bersatulah parti LDP berjuang untuk rakyat Sabah. jangan asyik berselesih faham, perbincangan amat penting.

    ReplyDelete
  9. Tidak payahlah mo bergaduh. Ada lagi byk isu2x yang jauh lebih penting untuk diselesaikan. Adalah penting untuk komponen2x BN untuk berkerjasama mencari penyelsaian isu2x yang dihadapi oleh rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  10. betul tu Radzis.. gunakanlah masa yang ada ini untuk mencari masalah2 rakyat dan selesaikannya sebelum menjelang pilihanraya nanti.. masih banyak isu2 di Sabah ini yang memerlukan perhatian segera..

    ReplyDelete
  11. Why squabble when you have lots of things in your plate? Settle it professionally and the media doesn't need to know about your internal squabbles.

    ReplyDelete
  12. No more cat and dog fight, please.

    ReplyDelete
  13. It shouldn't be prolonged. Solve your internal issues first and started to think about stuffs.

    ReplyDelete
  14. Apa yang penting persefahaman dan perbincangan, untuk meyakinkan rakyat disamping melakukan perkerjaan dengan penuh amanah.

    ReplyDelete
  15. the most important element is unity!

    ReplyDelete
  16. to think of it..why do anyone want to show internal conflicts? especially in politics, it can never bring good

    ReplyDelete
  17. Tolong lah bersatu supaya perbalahan ni tak dimanipulasi oleh pihak lain. Lebih baik fokus ke arah yg lebih baik daripada memanjangkan perselihan yg timbul. hehehe

    ReplyDelete
  18. Selagi dalam satu barisan, semangat persatuan harus diamalakn dan segala perselisihan faham mesti diselesaikan secara perbincangan yang jujur.

    ReplyDelete
  19. Tindakan melantik dan memecat jawatan tidak boleh berlandaskan agenda atau manfaat parti politik atau individu tertentu, yang penting calon yang berkemampuan, jujur dan berjiwa rakyat dipilih.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.