Thursday, July 1, 2010

BN TAMBAH KAWASAN DUN MENGKABONG?

PENAMBAHAN kawasan Pilihanraya di Tuaran termasuklah untuk mewujudkan satu lagi Kawasan Dewan Undangan Negeri Mengkabong akan dapat memberikan peluang kepada ramai pemimpin muda yang mempunyai potensi untuk menjadi wakil rakyat.

Kerajaan dirayu agar mempertimbangkan tambahan kawasan pilihanraya itu kerana ia amat perlu berdasarkan kepada pertambahan penduduk di daerah ini, terutama kepada penduduk yang baru mendiami beberapa buah perumahan seperti di Telipok Ria dan Seri Rugading.

Ketua Penerangan Umno Bahagian Tuaran, Haji Ghulabdin Enjih menyatakan, Datuk Haji Hajiji Haji Noor yang berucap ketika mengulung perbahasan para perwakilan dalam Persidangan Umno Bahagian Tuaran pada Ahad lepas menyokong saranan serta permintaan seorang perwakilan, Omarkhan Amirussin yang mengusulkan kepada kerajaan agar tambahan Kawasan Pilihan Raya di Tuaran dapat dipertimbangkan.

Kata Ghulabdin, Hajiji yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah memberi pengakuan akan mengemukakan beberapa usul dan pandangan khususnya mengenai permintaan untuk menambahkan Kawasan Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Mengkabong yang dikemukakan semasa persidangan itu untuk tindakan kerajaan selanjutnya.

Beliau yang menyatakan bahawa perbahasan pada persidangan tahun ini amat menarik, kerana para perwakilan yang mewakili ahli akar umbi dari cawangan telah diberikan peluang lebih terbuka untuk mengambil bahagian dengan menyatakan pelbagai pandangan dan cadangan untuk memperkukuhkan kekuatan Umno dan Barisan Nasional (BN) di kawasan tersebut.

"Hajiji yang juga merupakan Wakil Rakyat Kawasan Sulaman menyatakan tertarik dengan usul yang dibawa oleh Ketua Cawangan Umno Pulau Tengah, Marsah Muyong yang mencadangkan agar Had Tempoh Perkhidmatan seluruh Wakil Rakyat Barisan Nasional yang terpilih ditetapkan tempohnya selama 3 penggal iaitu 15 tahun sahaja. Memandangkan cadangan itu memerlukan kajian teknikal yang terperinci maka beliau menyatakan akan mengemukakannya kepada pihak berkenaan untuk memperhalusinya," kata Ghulabdin memberitahu yang usul itu bukan merupakan ketetapan tetapi sekadar satu cadangan.

Sejajar dengan pelbagai pandangan dan kupasan untuk memperkukuhkan UMNO di kawasan tersebut yang telah disampaikan oleh para perwakilan ketika mengambil bahagian, maka pengurusan parti akan cuba mengambil perhatian dan tindakan wajar untuk memenuhi mana-mana saranan tersebut yang bersesuaian, kata Ghulabdin yang juga bekas Ketua Daerah Mengundi Batangan dalam Kawasan Pilihanraya Parlimen Tuaran.

Beliau bagi pihak Hajiji, secara langsung menyatakan penghargaan kepada semua pimpinan bahagian, ketua cawangan, perwakilan dan penyokong UMNO yang telah terlibat menjayakan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Tuaran sekaligus mengharapkan agar semua barisan kepimpinan samada di bahagian dan cawangan melaksanakan tanggungjawab kearah memantapkan perjuangan Umno demi bangsa, agama dan negara.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

19 comments:
Write comments
  1. Kenalah juga tengok keperluan rakyat di kawasan itu.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. cadangan untuk menambah kawasan DUN Mengkabong wajr dilakukan kerana pertambahan penduduk kawasan tersebut. dngn ini ia juga dapat membantu BN dalam memajukan kawasan Mengkabong.

    ReplyDelete
  4. Walaupun BN menambah kawasan DUN di Mangkabong tiada gunanya kalau keperluan rakyat tidak dilaksanakan.

    ReplyDelete
  5. Diharapkan dengan pertambahan kawasan DUN akan memudahkan BN menjlkan tugas mereka untuk memajukan kawasan Mengkabong. Adalah penting untuk BN memenuhi keperluan rakyat dan bukan setakat memberi janji yang tidak akan ditepati.

    ReplyDelete
  6. harap dngn adany Dun Mengkabong, ia akan dpt membangunkan kawasan mengkabong

    ReplyDelete
  7. dengan penambahan DUN mengkabong ini, ini akan dapat membantu BN dan suara rakyat dapat ditunaikan. jangan kita abaikan rakyat. itu yang sangat penting..

    ReplyDelete
  8. jika penambahan kawasan pilihanraya di Tuaran ini dilihat satu keperluan untuk memantapkan perjuangan umno, kerajaan wajar mempertimbangkannya.

    ReplyDelete
  9. apa pin jangan lupa untuk kepentingan rakyat. ini tidak ada masalah untuk penambahan DUN, tetapi rakyat jangan dilupakan.

    ReplyDelete
  10. harap dngn penambahan DUN Mengkabong, harap Bn akan semakin kukuh, disamping itu, harap kepentingan rakyat di kawasan tersebut akan diutamakan.

    ReplyDelete
  11. Jika penghuni di kawasan tersebut merasakan hak serta keperluan mereka tidak terjaga, namun ia wajar dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  12. Apa2pun yang penting rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

    ReplyDelete
  13. Pentingnya rakyat, bukan bangunan.

    ReplyDelete
  14. PENAMBAHAN kawasan Pilihanraya di Tuaran bukan sahaja untuk menambah peluang wakil rakyat tetapi membaiki keperluan rakyat.

    Tidak akan ada faedah jika ada 10 wakil rakyat, tetapi tidak ada kemajuan untuk rakyat

    ReplyDelete
  15. saya berharap wakil rakyat masa depan dapat berkhidmat untuk rakyat dengan baik

    ReplyDelete
  16. Bah kalau kena tambah bagus lah.. Mana tau dgn cara ni dapat pastikan keperluan rakyat dipenuhi :) hehehe

    ReplyDelete
  17. Diharapkan memang ada kebaikan menambah kawasan pilihanraya ini.

    ReplyDelete
  18. Yang penting perkhidmatan yang sempurna di kawasan dapat diberikan.

    ReplyDelete
  19. Harap ini bukan bertujuan untuk menambah Yb Yb semata-mata.

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.