LIMA KEKUATAN teras yang ditekankan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam dalam ucapan perasmian Perhimpunan Agung Umno 2001, perlu dihayati setiap anggota parti kerana ia adalah penentu kerelevanan dan kelangsungan parti.
Meskipun teras itu bukanlah satu perkara baru, ia sebenarnya merupakan tunjang kekuatan Umno untuk terus bersaing dan sekaligus kekal relevan di pentas politik tanah air.
Teras itu dilihat mampu menyatupadukan anggota parti yang kini mencecah 3,297,358 orang.
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Mahathir yakin sekiranya lima teras itu diamalkan, tiada apa yang boleh menghalang parti itu daripada mencapai kemenangan.
Lima kekuatan teras yang dibangkitkan Najib semalam juga sepatutnya dilihat sebagai 'loceng amaran' kepada parti untuk mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang semakin hampir, katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Demi kelangsungan parti di masa hadapan, bukan sahaja mandat daripada rakyat, malahan sokongan daripada anggota Umno sendiri juga diperlukan bagi membolehkan Umno terus mengekalkan kuasa politiknya, tegasnya.
Mempunyai keahlian yang ramai juga, katanya, bukanlah jaminan bagi sesebuah parti itu melakar kemenangan dalam pilihan raya jika setiap anggota parti gagal menyerap dan menghayati asas perjuangan parti.
Mukhriz yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata terhakisnya teras tersebut juga dilihat punca hilangnya sokongan golongan guru kepada parti yang satu masa dulu merupakan penyokong kuatnya.
"Kalau saya lihat kepada ucapan dasar Presiden Umno pada tahun 1996, zaman itu adalah zaman ayah saya (Tun Dr Mahathir Mohamad). Waktu itu dia dah cakap, kekhuatiran beliau bahawa Umno ini tidak lagi sebagai parti yang dianggotai oleh cikgu dan mula berubah dianggotai kebanyakan orang yang berniaga.
"Dia cuba menggambarkan kalau parti kita ini bergerak atas kepentingan perniagaan, apa yang akan jadi kepada bangsa dan sebagainya. Sokongan guru pun dah tak sehebat dulu dan nampaknya macam seolah-olah menjadi ahli Umno ini, membuka pintu (platform) untuk menjadi Yang Berhormat. Kita juga harus lihat Umno ini bukan sahaja wadah politik tetapi juga wadah perjuangan," katanya.
Penganalisis politik yang juga Pensyarah Bersekutu Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Sivamurugan Pandian semalam berkata lima kekuatan teras yang terhakis itulah yang membawa kepada kekalahan Umno dan BN untuk mendapat majoriti dua pertiga di Parlimen pada pilihan raya umum 2008.
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pula berpendapat, meskipun tidak dibahas secara terperinci oleh para perwakilan, namun ia tidak bererti teras tersebut dipandang enteng.
"Perkara yang disentuh Presiden itu diterima oleh orang-orang Umno. Perkara yang dibangkitkan itu semalam ada yang pertama kali mendengarnya tetapi mereka memahaminya.
"Saya rasa ia tidak perlu dikupas (dibahas) lagi kerana dah begitu jelas. Yang penting sekarang adalah untuk menterjemahkannya kepada akar umbi," kata Menteri Dalam Negeri itu.
Lima kekuatan teras tersebut ialah keupayaan menggagas semula parti bagi memanfaatkan persekitaran yang baru; pengamalan prinsip wasatiyyah dalam semua bidang sama ada urus tadbir, perkongsian kuasa, iktisad yakni ekonomi, perhubungan kaum mahupun perhubungan antarabangsa.
Tiga lagi kekuatan teras ialah, Umno sentiasa mengulungi idea atau "supremacy of ideas" dalam era pertarungan minda dan persaingan sengit pasaran idea serta maklumat; meletakkan kebajikan rakyat di atas segalanya-galanya serta kebolehan Umno untuk mengotakan apa yang dikata dan menunaikan janji.
Najib dalam ucapan dasarnya berkata, lima kekuatan teras itu akan membolehkan Umno menghadapi apa pun badai dan mehnah yang merempuh parti, sama ada bersifat dalaman mahupun luaran.
Oleh : MOHD HISHAM ABDUL RAFAR (sabahkini)
Sunday, December 4, 2011
5 Teras Kelangsungan UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 KEKUATAN TERAS UMNO:
ReplyDelete*C4
*LEMBU
*POLIPIN
*RASUAH
*DIAMOND
MMG SAH..KUAT...
5 benda kenapa saya x undi UMNO / BN
ReplyDelete1) Wakil Rakyat tau buat janji x pernah tunaikan
2) Isu PTI dan IC PROJEK
3) Karabat2 UMNO yang kaya raya berlagak
4) UMNO gagal dalam menyediakan kemudahan asas DI pedalaman sabah
5) Perampasan tanah adat peribumi sabah
6) Pemberian IC kepada org pilipin dan indon ( FIX deposit)
7) 20 perkara sabah. xpernah tertunai
8) Tanah orang tempatan diberi kepada org indon
9) Rasuah menjadi-jadi
5 Teras Sebab UMNO Dipinggirkan: 1. Janji ta serupa bikin, 2. Idea lemah selalu tidak konsestan,3: Wasattiyyahnya mirip Assabbiyyah, 4. Teori ekonomi gah digembar- gemburkan saja,besar bajet tapi impak kecil, ketirisan tinggi.5. Hak rakyat bercampur-campur daripada didahulukan kepada dikemudiankan.
ReplyDeleteApakah janji mereka kepada rakyat di Sabah? idea Bahasa Inggeris dalam matematik dan sains, dulu digembar gembur sangat bagus tapi alih-alih rupanya ta ngam pula.Belanja dah besar, masa dah banyak terbuang, tenaga dah banyak digunakan.Cuba kita tengok tentang penggiliran ketua menteri Sabah pula, mula-mula kata ngam tapi alih-alih ta ngam pula.Akhirnya rakyat Sabah tertipu dan semakin banyak masalah terjadi.Pening kepala rakyat Sabah. Jadi masih nak pilih Bn/Umno? kalau setakat bagi RM masa pilihanraya, dan tangki,zink rakyat sabah ( Orang Kampung) dah cair abis la negeri sabah.