Sunday, December 4, 2011

Rakyat Sabah Paling Ramai Sertai UMNO

KEANGGOTAAN Umno mencecah 3,297,358 orang sehingga semalam, dengan Sabah mencatatkan bilangan tertinggi iaitu 487,447 orang.

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Bahagian Silam di Sabah mempunyai anggota teramai 44,440 orang, manakala Felda Air Tawar 2 di Kota Tinggi, Johor mempunyai anggota peringkat cawangan paling ramai iaitu 1,631 orang.

Jumlah keseluruhan perwakilan Umno yang hadir pada perhimpunan kali ini ialah seramai 2,711 orang, katanya pada Perhimpunan Agung Umno 2011, di sini hari ini.

Beliau berkata perhimpunan kali ini turut melibatkan 78 delegasi mewakili 26 parti dari 24 negara termasuk Bangladesh, Palestin, Singapura dan Indonesia, serta 64 perwakilan daripada 74 Kelab Umno Luar Negara.

Umno juga katanya menyebar luas penggunaan media baru melalui Facebook Media Umno Malaysia dan Twitter Umno Online dan juga informasi ringkas melalui SMS blast.

-Sabahkini

7 comments:
Write comments
  1. Menghairankan apabila jumlah ahli UMNO di kawasan silam lebih ramai daripada jumlah pengundi...ada beberapa perkara yang memungkinkan perkara ini berlaku: 1.Ahli terdiri daripada PATI kerana dipercayai bahawa hanya 1/4 sahaja ahli UMNO yg layak untuk mengundi. 2.Ahli UMNO pada masa yg sama juga adalah ahli PKR, UPKO, PAS, PBS, PBRS dll..cari makan ma.. 3.UMNO melanggar perlembagaan parti & negara kerana mendaftarkan kanak2 bawah umur untuk menjadi ahli.. 4.Ahli yg sudah mati tidak dikeluarkan dari senarai ahli.. 5.Ahli hantu untuk "meramaikan" ahli.. 6.Ahli palsu..7.Ahli terdiri daripada bukan MELAYU..banyak cina..kroni maa..fikir2kan la kerana banci penduduk negeri sabah menunjukkan penduduk yg dinyatakan sbg KAUM MELAYU tidak sampai100,000 orang di sabah.

    ReplyDelete
  2. UMNO/BN Bagi duit dalam PRU 13 ini Brother sapu sahaja, itu duit bukan duit nenek mereka itu duit RAKYAT, undi kamu itu haramkan pada UMNO/BN, undi lah Parti Baru atau Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  3. Betul itu keahlian Umno di Silam mencecah begitu tinggi (ramai) kerana PATI yang jadi ahli....Keningau pun ada sikit PATI jadi ahli juga...

    ReplyDelete
  4. Gara-gara bangsa Dusun dalam PBS yang keras hati dan tidak mahu bermuafakat dengan Usno dulu maka inilah jadinya bumi Sabah, jadi padang jarak padang tekukur- jadi medan permainan bangsa lain.Apa salahnya PBS dan Usno dulu bergabung membentuk kerajaan bersama ketika itu agar lebih kuat dan tiada yang kecewa, balas dendam atau iri hati

    Belajar Dari Sarawak
    Lihat Sarawak yang terus aman dan stabil sehingga kini.Mereka terus tolak UMNO kerana mereka sedar UMNO bakal memecahkan perpaduan sejati bangsa Sarawak.Cukuplah sekadar sebagai rakan dalam BN peringkat nasional.Umno, satu-satunya parti yang agak kecewa kerana gagal bertapak di Sarawak sedangkan parti-parti kecil pembangkang begitu mudah bertapak di sana.

    ReplyDelete
  5. Memang betul apa yang diperkatakan di Sabah rakyatnya ramai menyertai UMNO termasuk 1.2 juta PATI (Pendatang Asing Tanpa Izin) yang ada Mykad seperti orang2 Bugis 60% filipin 30% dan Pakistan 10% ini cukap kuat BN/UMNO untuk Pru 13 nanti,baru padan muka orang tempatan nak sangat mengundi Bn/Umno

    ReplyDelete
  6. Jangan anggap kepada majoriti ahli boleh membawa kemenangan apa jadi dengan selangor ahli umnonya mencecah lebih dari 1/2 penduduk negeri itu namun jatuh juga ke tangan pembangkang. jadi macam rakyat sabah masih lagi nak mempertahankan BN yang banyak menipu rakyat? rakyat fikir la sendiri.

    ReplyDelete
  7. kalau aku boleh "like" soma komen d atas ni,mmng pnuh ngan like ja komen2 d ats ni olh ku

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.