Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengingatkan parti itu supaya berbuat sesuatu jika tidak mahu "nikmat" pemerintahan terus berada di pihaknya.
"Jika kita tidak buat sesuatu, nikmat pemerintahan yang diberikan kepada Umno, nikmat kemajuan dan kesejahteraan tidak akan kekal jika kita tidak berbuat sesuatu," katanya.
Dalam sesi penggulungan di perhimpunan agung Umno hari ini, bagaimanan berkata, setakat ini respons yang diterima terhadap usaha tranformasi perdana menteri disambut baik.
Menyentuh soal calon boleh menang, Khairy berharap selepas ini perbincangan itu hendaklah ditamatkan dan menerima siapa sahaja calon yang dinamakan Datuk Seri Najib Razak.
"Selepas ini tak payah lagi cakap. Cukup dengan ikrar kita akan menyokong siapa saja yang presiden pilih sebagai calon boleh menang," katanya.
Beliau juga berkata, selain calon boleh menang, jentera juga mesti berjalan supaya Umno menjadi parti boleh menang bagi menyokong calon terpilih.
"Sekarang ini PM boleh menang kita sudah ada," katanya sambil menegaskan keperluan gandingan orang lama dan baru dalam menghadapi pilihan raya.
Sementara itu, Bernama melaporkan Khairy berkata faktor calon boleh menang semata-mata belum tentu menjamin
kemenangan BN sekiranya mereka tidak mendapat sokongan dan bantuan daripada jentera pilihan raya parti di kawasan masing-masing.
"Peringatan kepada kita semua, calon boleh menang itu seorang sahaja bagi setiap kawasan, setiap kerusi... kalau nak harapkan calon boleh menang bawa diri sendiri, bawa badan dia sahaja, dia tidak boleh menang.
"Kalau sekiranya calon boleh menang itu hanya atas kertas, seorang diri hebat, (dia) tidak akan menang kalau tidak mendapat sokongan jentera-jentera Umno, orang Umno yang tidak bernama, yang tidak ada jawatan, yang bertungkus lumus kempen siang malam membantu beliau, dia akan jadi calon kalah," katanya.
Beliau berkata Umno kini telah mempunyai formula 'winning Prime Minister' (Perdana Menteri yang menang) dan 'winning candidate' (calon yang menang) serta perlu diperkasakan dengan tekad dan perpaduan ampuh anggota Umno di setiap peringkat untuk mewujudkan 'winning party' parti yang menang.
"Kalau kita hanya agungkan calon boleh menang tidak cukup, kita kena agungkan jentera, winnable party (parti boleh menang) untuk menang pilihan raya," katanya.
Katanya Pemuda yang diiktiraf sebagai 'hulubalang' parti berikrar akan menyokong pucuk pimpinan tertinggi dan bersedia berjuang menghadapi pilihan raya, apabila semboyan dibunyikan.
Khairy berkata program transformasi yang diketengahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya menarik minat generasi muda terhadap kerajaan BN terutama dalam menyelesaikan kebimbangan golongan itu.
Beliau berkata program transformasi telah mengurangkan kerisauan generasi muda berhubung masa depan mereka terutama dalam isu peluang pekerjaan, keusahawanan serta pemerolehan kediaman.
"Kalau kita cakap soal perumahan, anak muda nak cari rumah pertama, kita tengok bagaimana Presiden (Najib) memperkenalkan Perumahan Rakyat 1Malaysia, skim rumah pertamaku, anak muda kini senang beli rumah dapat nikmat daripada Umno dan BN," katanya.
Beliau berkata daripada segi keterbukaan dan kebebasan kerajaan juga, golongan berkepentingan mula memberi maklum balas positif terhadap usaha kerajaan memansuhkan beberapa akta yang membawa sinar harapan baru terhadap demokrasi negara. -MK
Sunday, December 4, 2011
KJ Bimbang Gelombang PRU13
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Selama ni rakyat tak nampak pun satu perjuangan umno yg sebenar...masalah2 seperti kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, masalah gaji minima, masalah ketelusan, masalah penyelewengan, masalah PATI, masalah rumah pertamaku...masalah2 ini kalau bukan NGO atau pihak pembangkang bersuara dan perjuangkan selama ni mana maunya umno BN melayan dan mendengar rintihan kalau dgr pun mereka akan putar belit sedikit supaya bunyinya logik..bila mahu pilihanraya dan mendapat sokongan..barulah rakyat dapat mendegar suara2 laungan dari pihak umno terutamanya dgn bunyi2 rakyat didahulukan pencapaian diutamakan..jika tidak mana kn mereka mau melayan segala rintihan rakyat kalau bukan musim meraih sokongan.
ReplyDeletePM ltk la spe pn calon UMNO@BN..., rakyat pasti tolak secara besar2an..
ReplyDeletePRU13 ni MALAYSIA SPRING.. InsyaAllah..., apabila amanah dkhianati, rasuah & penyelewengan sana sini, rakyat pasti bangkit mnuntut prubahan..puak2 penyamun 1 per 1 akan tsungkur...kemudian kita dakwa penyamun2 ni 1 per 1..kita bongkar sume penyelewengan mereka..biar penjara jd kdiaman mereka slps PRU13 ni..ayuh rakyat malaysia, jadikan PRU13 ni mimpi ngeri buat mereka..kasi goyang sama BN..haha.
Bukan orang tak suka dengan Pak Lah, orang tak suka dengan KJ dan dasar UMNO...
ReplyDeletebah PRU 13 baru lah nampak gelombang tsunami sebenarnyanya saya cadangkan kepada pemimpin BN simpan lah sedia barang-barang berharga di peti simpanan kerana selepas PRU 13 mereka akan masuk lubang seperti gaddafi di libya dan husni mubarak di mesir.
ReplyDeletekeraKJ mungkin sdh menduga bahawa dirinya bukan lg winnable candidate tanpa pengaruh pak lah. spt cowgirl shaJILAT, ketua pemuda UMNgOk yg x layak utk sebarang jawatan dlm kabinet ini adalah LIABILITI...
ReplyDeleteRakyat Malaysia selama ini menikmati kehidupan yang baik dengan peluang ekonomi,pendidikan , serta keamanan yang sangat baik dibawah pentadbiran kerajaan selama ini.Sememangnya ada isu yang masih belum dapat ditangani oleh kerajaan kerana bukanya mudah untuk menyelesaikanya terutamanya apabila ianya melibatkan isu global dan bukan masalah Malaysia sahaja.Semoga rakyat bijak memikirkanya.
ReplyDeleteMasalah penubuhan RCI untuk PTI masalah global ke pemerhati? Masalah PTI ini masalah yang boleh menjahanamkan masa depan rakyat Sabah kau faham? Kenapa UMNO menolak penubuhan RCI ini? Kerana UMNOlah pemebela PTI yang tersohor dalam negara. Cuba kau suruh sikit UMNO tubuh RCI ini. Bukankah semua komponen BN Sabah menyeru penubuhan RCI ini tapi UMNO menolak ertinya UMNO memandang rendah permintaan ahli komponennya.
ReplyDeletedear pemerhati
ReplyDeletejangan jadi penderhaka di bumi sabah..ko ingat tu..