Sunday, December 4, 2011

Produk Makanan KR1M Tiada Kualiti?

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEilLytGLK2scnWyfgNNBO8iyB_eCWkcDd2DFJnQ4GRj_4T1n8Is6ptPieclGhv5fEyb3mQHHQko-OWDfnsyLTxxS3zt6laFUVAQ6QmAsLzriK0uWqapa0SsWNh4A8szXJSqC3s_tqmhKnA/s1600/pix_gal0.jpgKementerian Kesihatan mengesahkan bahawa sejumlah 13 jenis produk yang dijual di Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) tidak menepati spesifikasi Peraturan Kawalan Makanan 1985 dan tindakan telah diambil untuk memastikan ia dikeluarkan daripada rak-rak jualan.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong berkata, produk-produk itu ialah susu segar, susu sejat, susu pekat manis, sos tiram, jem buah-buahan, kari ayam tin, kordial mangga, minyak sapi, kacang tanah, mentega kacang berkrim,mentega kacang ranggup, sardin tin, dan soso tomato.

Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan.

Liow juga berkata, ekoran dari itu, pihak kementerian turut menjalankan pemeriksaan ke atas 30 kilang yang membekalkan makanan-makanan berkenaan ke kedai KR1M.

Beliau menyatakan pihak kementerian juga telah mengambil 93 sampel dari 43 produk makanan yang dijual di KR1M untuk tujuan analisis.

Katanya lagi, Kementerian Kesihatan akan terus memantau kualiti makanan yang dijual di kedai KR1M dan konsumer yang mempunyai maklumat ke atas sebarang produk yang meragukan supaya menghubungi pihak berkuasa dengan serta merta.

Isu mengenai kualiti produk yang dijual di KR1M yang tidak mematuhi spesifikasi yang ditetapkan oleh kementerian telah dibangkitkan oleh ahli parlimen DAP, Tony Pua baru-baru ini.

Dalam hubungan ini, kata Liow tindakan Tony Pua mengumumkan tentang perkara tersebut secara terbuka telah menjejaskan pihak berkuasa menjalankan siasatan kerana apabila pemeriksaan dilakukan sebahagian daripada produk yang meragukan itu telah pun dikeluarkan dari rak jualan.

Bagaimanapun Liow berkata, pihak kementerian telah berjaya mengesan siapakah pihak yang mengeluarkan produk-produk makanan itu.

Tambah beliau dari Januari hingga Ogis tahun ini, 125,709 barangan yang dibawa masuk ke Malaysia telah diperiksa di bawah Sistem Maklumat Keselamatan Makanan.

“Hasil siasatan dan ujian mendapati, 1.1% daripada barangan ini didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985,” ujarnya.

Untuk produk tempatan pula, 41,518 sampel telah diambil dari Januari hingga September tahun ini dan daripadanya 4.9% telah didapati melanggar Akta Makanan 1983 dan Peraturan Kawalan Makanan 1985.

5 comments:
Write comments
  1. KR1M harus jual ubat kanser 20 sen.
    Bagi penyokong KR1M.
    Demi keselamatan dan jaminan kesihatan KR1M.
    akan mnjual ubat kanser 20 sen... kua kua kua.
    - Bila isu KR1M diungkitkan... mamak kata nak beriat jatuhkan imej KR1M.
    ... OOOi... lebel KR1M cuma untuk mempromote lebel Najib.
    Faham Kah? barangan makanan pun boleh buat publisiti untuk umno.
    Kua kua kua.. ini kedai recycle.. kua kua kua.Lihat seterusnya..

    ReplyDelete
  2. mana dia orang yang sokong KR1M kata pihak pembangkang saja cari isu...ne ha...menteri dia cakap...itu barang endah lulus ujian..haaa...haaaaa....itu lah dia orang bilang kamu tidak percaya...sekarang...kita bukan tidak suka barang murah tapi biarlah yang baik..bukan cap manuk...

    ReplyDelete
  3. UMNgOk 'merayu' undi rakyat n membalas dgn pelbagai penipuan yg x berkesudahan terhadap rakyat...majoriti rakyat malaysia [pengundi] memang PALUI bah kan???

    1 lg projek tembirang UncivilizedMonkeyNO!!!

    ReplyDelete
  4. "Katanya, produk-produk ini juga tidak menepati spesifikasi penglabelan, komposisi produk dan tidak menepati aspek keselamatan makanan."

    Menerusi bual bicara langsung yang ditayangkan di Berita TV 3 semalam jelas menyatakan bahawa tiada produk KR1M yang berbahaya tetapi ada 11 barang yang tidak menurut piawaian dari segi komposisi dan pelabelan makanan .Ini adalah antara aspek keselamatan dan ianya tidak memberi maksud makanan itu berbahaya dan beracun.harap semua jelas mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  5. dear pemerhati:

    apa yg anda faham dgn "TIDAK MENEPATI ASPEK KESELAMATAN MAKANAN"? makanan itu x selamat ttp kau bilang x berbahaya????? brp IQ utk donkey?

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.