Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah.
Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.
Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.
Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?” ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.
Malaysia negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun
Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.
Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau.
“Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, “the proof of the pudding is in the eating’” beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.
“Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arahpembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?”
Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.
“Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya” kata Najib merujuk kepada DAP.
“Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden” tambah beliau mengenai PAS pula.
Tikam dari belakang
Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti.
“Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno.” Jelas Jui Meng.
“Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!”
Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?
Najib juga menggunakan perkataan seperti ‘berwawasan’ tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi.
Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit.
Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno.
Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah
Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan “rasuah”.
Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam.
“Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane ‘berwawasan’dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui ‘pelan permainan’ iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru,” kata Najib.
“Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita.
Bukan perkauman atau hipokrit
Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.
“Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional.” Ujar Najib. “Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan.”
Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian.
Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat ‘kenyataan yang lemah’ bahawa Umno bukan bersifat perkauman.
“Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun.” Ujar Jui Meng.
“Tidak ada sebab untuk bicara mengenai “wawasan” atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!”
-Malaysia Chronicle
Monday, December 5, 2011
Najib mengecewakan: Puji diri & burukkan Pakatan
Similar Posts
About sabahdaily
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Agak berat sebelah artikel ini memandangkan apa yang dikatakan DS Najib benar-benar menyatakan kebimbanganya mengenai masa depan orang melayu sekiranya UMNO gagal memenangi PRU 13 memandangkan perkara-perkara melibatkan Orang melayu semakin kerap dipersoalkan.
ReplyDeleteSdra Pemerhati sila baca ini betul-betul apa yang telah dilakukan oleh UMNO untuk Melayu jangan macam katak bawah tempurung saja.
ReplyDelete* Siapakah yang membenarkan Singapura keluar dari Malaysia? (UMNO)
* Siapakah yang menyerahkan tanah di Genting Highlands selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong dan menukar hutan menjadi lubuk judi?(UMNO)
* Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan RM50 bilion saham Bumiputera sejak Merdeka? (UMNO)
* Siapakah yang menyusutkan keluasan Tanah Rezab Melayu hampir 50% sejak Merdeka? (UMNO)
* Siapakah yang mengagalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dengan ketirisan berbilion ringgit (UMNO)
Wah! Hebatnya UMNO membela Melayu!
ReplyDeleteaku rasa si pemerhati ini ialah orang dari pasca merdeka mungkin dah berumur sekitar 70 atau 80an sbb itulah minda masih diselubungi isu melayu atau bangsa. ello pemerhati..kau ingat itu perlembagaan senang2 mau ubah kah? yang aku nampak dewasa ini, org melayu semakin ketinggalan jauh dibelakang sbb org melayu hanya tahu minta duit atau mengharap bantuan saja, bukan mcm bangsa lain seperti cina dan india yang memang kuat berusaha. org melayu ni paling pintar meninta duit terutama bila pilihanraya tiba. berduyun duyun org melayu datang ke bilik gerakan parti meminta duit, zink, mesin rumput, dapur gas, kain batik dsb. satu lagi, biasanya melayu ni kalau nak buka kedai, saudara mara dtg hutang pas tu tak bayar2. itulah kisahnya org melayu. so kalau umno memerintah sampai kiamatpun, org melayu tetap 'ME-LAYU' akan hilang dibumi 1malaysia najib. adapun org melayu menjadi kaya sbb makan rasuah. isu NFC, terang2 ada elemen rasuah dan slahguna kuasa tapi polis melayu kata takda kes'' so, kalaupun PR tak memerintah malaysia, org melayu tetap akan hilang dibumi sendiri. aku sedih sbb adanya rakyat malaysia yg jumud fikiran mcm si pemerhati tu.
ReplyDeletedear pemerhati
ReplyDeletedah macam mati akal..tak boleh fikir langsung. pemerhati tukang bersih najis lembu la
himpunan umporno.....d hadiri oleh geng2nya,kroni2 nya,ahli2 nya....utk mnagih kekayaan negara baru penuh dewan.Manakala himpunan PR akan terus d penuhi oleh rakyat jelata...wlaupun tanpa scawan teh-O. rakyat mngetahui....yg mana baik utk mereka.Pilihan telah d lakukan sejak2008 lg utk kebaikan mereka dan generasi masa depan mereka.
ReplyDeletesudah terbukti melayu akan lebih bermaruah beritegriti sekiranya PAKATAN yg memerintah..jelas juga selama ni pemimpin UMNO yg merompak khazana negara dan duit rakyat..sebagai rakyat MELAYU KHUSUS dpt melihat bagaimana hasil negara berlega di kalangan UMNOPUTRA DANBUKAN NYA BUMIPUTRA..ini fakta..NFC adalah contoh terbaik untuk kita buat penilaian dan DIPERTAHANKAN!..oleh hampir seluruh kabinet NAJIB...BANGKITLA WAHAI RAKYAT YG BERWAWASAN MELAYU AKAN HIDUP LEBIH CEMERLANG TANPA UMNO/BN...SOKONGLA PAKATAN RAKYAT...
ReplyDeletehahaha, dah meroyan rupanya Najib ni, bila pula Melayu gerhana kat Selangor dan negeri PR yang lain? UMNO yang menggunakan perkauman utk menakutkan orang Melayu. Sebab dalam Perlembagaan dah jelas melindungi hak Melayu. Apa kesah UMNO tak duduk Putrajaya dah dengan konco2nya
ReplyDeleteumno terus mundur...umno akan berkubur...
ReplyDeleteumno akan terliur nak tawan selangor
umno johor akan tersungkur....
hancur..hancur..umno hancur
BN memang commited... commited jaga kepentingan kroni... commited jaga lembu... commited racunkan rakyat (KR1M)... commited 'bunuh' rakyat (Lynas)... commited jual tanah... commited jual telaga minyak... commited bawak masuk pendatang asing... commited bagi I see kat orang asing... commited bagi duit kat bini... commited guna duit rakyat... commited jual tanah rezab melayu... commited hapuskan tulisan jawi... commited batal bantuan sekolah SAR... commited dengar nasihat YAHUDI...
ReplyDeleteangkat bakul sj laaa...
ReplyDelete