Kerana perkataan “Reformasi”, RTM telah mengharamkan lagu berjudul ‘Panik’ daripada disiarkan di radio. Itulah yang berlaku baru-baru ini pada kumpulan Bunkface yang popular dengan lagu-lagu seperti ‘Situasi’ dan ‘Prom Queen’.
Menurut sebuah laman hiburan tempatan, Sam atau nama penuhnya Shamsul Annuar Mohd. Baharum yang baru sahaja memenangi anugerah Komposer Muda Berpotensi pada Malam Mesra Badan Perlindungan Hakcipta Karyawan Muzik Malaysia 2011 (MACP) menjelaskan,
“Saya pun tidak faham apakah alasan RTM banned (mengharamkan) lagu itu daripada disiarkan di radio? Kami cuma diberitahu dalam lagu itu ada perkataan ‘reformasi’. Sekali lagi saya tidak faham, salahkah kami gunakan perkataan reformasi? Kami bukannya membawa mesej yang tidak baik.
“Reformasi yang saya sebutkan dalam lagu Panik tidak ada kena mengena dengan Gerakan Reformasi yang dilaung-laungkan oleh Pakatan Parti Politik Pembangkang,” katanya kepada media.
Keadaan ini turut menyebabkan Sam rasa mereka tidak dilayan dengan betul sedangkan lirik itu tidak merujuk pada mana-mana parti politik ataupun mempunyai unsur-unsur dalaman politik.
“Lirik-lirik tulisan saya adalah berdasarkan pengalaman hidup seharian yang saya lalui di mana saya mahu berkongsi dengan para peminat Bunkface. Jadi, adalah tidak adil apabila RTM dengan mudah mengharamkan sesebuah lagu seperti Panik,” ujarnya lagi.
Mungkin sebab inilah Bunkface memilih untuk meneruskan perjuangan muzik mereka di seberang. Apa-apa pun, mari kita terus sokong industri muzik tempatan.
-OhBulan
Inilah Rais Yatim yang mengetuai RTM takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga lagu yang terdapat perkataan reformasi pun takut hingga diharamkan.
ReplyDeleteLagu pun kerajaan menggeletar hingga suruh RTM haramkan!
ReplyDeletetengoklah kerja umno, mcm mana org melayu tak hancur kalau mcm ni, lagu pun kena haram..mcm mana org melayu nak cari makan klu mcm ni? org melayu bunuh org melayu = ?? org melayu bunuh warga mongolia = mayat berkecai di bumi malaysia tapi rekod kemasukan emegresen tiada pula, memang pelik org melayu ni''.. patutlah najib takut sangat org melayu hilang sbb kalau org melayu hilang, tiada lagi peluang utk org melayu makan rasuah. idup melayu..rakyat diperlembukan..
ReplyDelete1malaysia rakyat didahulukan bayar harga yg tinggi, pencapaian diutamakan supaya kroni dapat wang besar, sementara itu, polis melayu bilang 'TIADA KES' hahahah
ReplyDeleteeh, ada tak laporan audit negara tentang program permata rosmah tu? atau juruaudit takut rosmah sbb tu tak jadi audit? waduh..cerita melayu lagi...eloo neji and the gang, mana korang semua? belum dapat atap zink lagi kah? ehehehhh
ReplyDeleteartis antarabangsa yg dtg buat show mcm telanjang, pertandingan ratu cantik, filem2 berunsur jenayah, sex, kontroversi, provokatif ok pula...kuman di seberang lautan nampak ttp tahi mata didepan biji mata memang x nampak bah kan...
ReplyDeletePirit, UMNO kan suka tayang yang lucah-lucah macam di Carcosa Sri Negara itu. jadi kalau show macam telanjang itu memang kerja UMNO kan Pemerhati!
ReplyDelete