Cuma tiga aktivis kelihatan mengadakan protes di luar dua premis McDonald's di Kuala Lumpur hari ini ketika seruan boikot ke seluruh negara dilancarkan ekoran konflik Israel dan Gaza.
Dua peserta protes yang ditemui di luar restoran itu di Bangsar mendakwa "ratusan" orang yang bersimpati dengan rakyat Gaza merancang menyertai protes hari ini.
Bagiamanapun kata mereka, hasrat itu dibatalkan selepas melihat kehadiran polis di premis-premis rangkaian restoran itu.
"Sekurang-kurangnya dua ratus orang tak jadi datang apabila melihat lima orang polis yang berdiri dekat sini," kata Amrayy Ahman, ahli NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM).
Mereka meletakkan bendera Israel dengan tulisan "sila pijak bendera ini" dan "pijak - [selfie] kaki - share di FB" di atas lantai sebagai tanda protes.
Malaysiakini turut mengesan seorang lagi individu yang melakukan protes solo di restoran McDonald's berhampiran Masjid Jamek selepas solat Jumaat petang ini.
Aktivis itu yang hanya mahu dikenali sebagai Saiful berkata, beliau bukan dari mana-mana parti politik dan telah melakukan protes sama sepanjang minggu ini. _MK
Saturday, August 9, 2014
Hanya 3 orang protes luar McDonald's KL
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Write commentsNote: Only a member of this blog may post a comment.